+ KaJiaN SoSiaL +

SeMiNaR BuDaYa IPG

| 29 February 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1dunia kepada semua pengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya. Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan kalian semua aktiviti terbaru yang baru sahaja kami sertai malam tadi. Aktiviti yang dimaksudkan ialah Seminat Budaya IPG yang diadakan di Dewan Al-Farabi IPG KaDRI pada pukul 9.00 malam dan berakhir sekitar jam 10.30 malam lebih2. Seminar ini diwajibkan keatas semua mahasiswa guru yang menginap di Kolej Kediaman IPG KaDRI. Pembentangan pada malam itu ialah Puan Norzaini iaitu pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu IPG KaDRI. Agak ramai juga hadirin yang hadir pada malam ini kerana memo telah dikeluarkan seminggu lebih awal, jadi tidak berlaku sebarang pertembungan dengan apa-apa aktiviti. Jom kita ikuti gelagat yang wujud disepanjang program.

Latarbelakang Budaya IPG yang diperkenalkan seawal peralihan Institut Pendidikan Guru dari Maktab Perguruan.


Gelagat yang wujud disepanjang program berlangsung.


Boleh dikatakan 90% kerusi penuh pada malam itu.



Puan Norzaini sedang memberikan ucapan sewaktu seminar.



Lepas selesai pembentangan Budaya IPG, Puan Norzaini sempat menayangkan video lucu bagi menghilangkan mengantuk kan.



Lepas hbis tgk video, smua hadirin berdiri dan ramai2 menyanyikan lagu Bahtera Merdeka klu tak silap admin, admin pun x pasti gk lagu melayu klasik ni, hehehe



Program pn tamat pada jam 10.30 lebih2 lepas selesai En. Zaharim berucap utk penutup majlis.

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

SeMiNaR PeRToLoNGaN CeMaS

|
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1dunia kepada semua pengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini, semoga segala aktiviti yang kami kongsikan bersama dapat menjadi contoh kepada perancangan kalian untuk melaksanakan aktiviti. Blog ini sebenarnya blog untuk kami berkongsi pendapat, aktiviti dan segala acara yang kami sertai. Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang kami sertai, malangnya kadang-kala kami terlupa mengabadikan kenangan sepanjang program tersebut melalui lensa kamera kami, hehehe Apapun insyallah kami akan berkongsi dengan kalian semua.

Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan kalian semua aktiviti yang kami sertai baru-baru ini. Sepertimana IPG lain, pada setiap hari selasa, IPG kami akan mengadakan hari Kokurikulum dan kesemua mahasiswa guru yang mempunyai unit kokurikulum tak kira pengakap, KRS, PBSM, PPK or dsb diwajibkan memakai pakaian unit msing2 dan diwajibkan untuk menghadirkan diri di perbarisan unit Ko pada setiap pagi selasa. Jadi tiap2 hari selasa kami akan hadir. Pada hari selasa lepas iaitu 28/2/2012 baru2 ni, kami seperti biasa menghadiri perbarisan unit KO. Tetapi memandangkan ramai pensyarah dari unit Kokurikulum terlibat dengan Bina Insan Guru (BIG) bagi PISMP Sem 1, maka pada hari tersebut perhimpunan hanya diadakan sebentar sahaja dan kesemua mahasiswa guru dijemput ke Dewan Al-Farabi untuk mengikuti Seminar Pertolongan Cemas yang disampaikan olen Tuan Hj M. Yusof. Jom tengok situasi sepanjang seminar berlangsung.

Atas : Shamil WorkinginClass dgn Am. Bawah : Abang2 DPLi dari unit PSV.



Maka seminar pun bermula la....



Dari definisi Pertolongan Cemas, matlamat, kaedah2 smuanya disyarahkan oleh beliau.



Kaedah CPR juga diterangkan...






JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

PeSTa BuKu TerRenGGaNu 2012

| 22 February 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1dunia kepada semua yang sudi berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Semoga kalian semua sihat walafiat hendaknya. Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan anda sebuah event yg akan diadakan di Kuala Terengganu iaitu Pesta Buku Terengganu 2012 yang diadakan di Terengganu Trade Center (TTC) yang berhadapan dengan Perpustakaan Awam Terengganu dan bersebelahan dengan Mydin Mall & Giant Mall di bandaraya Kuala Terengganu. Pesta Buku ini akan diadakan selama seminggu iaitu bermula pada 23 Februari 2012 (Khamis) dan akan tamat pada 29 Februari 2012 (Khamis jugak). Kiranya seminggu la. Kepada sesape yang berada berdekatan boleh la berkunjung ke pesta buku. Masuk percuma ye, xder sebarang tiket dikenakan, siap ada aircond lagi. Disediakan juga gerai2 makanan & minuman tapi kena bayar la, wakaka Oklah, bertemu di Pesta Buku Terengganu 2012 nanti ! Wallawey !
Wassalam..





JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

LaTiHaN SkeTSa SeMPeNa EnGLisH WeeK 2012

| 21 February 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1dunia kepada semua pengunjung yang sudi berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 Ambilan 2011 ini. Semoga kalian smeua sihat walafiat hendaknya di samping insan yang tersayang, ceewah...

Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan kalian semua aktiviti terbaru kami. Pada minggu ini, Jabatan Bahasa-Bahasa telah menganjurkan English Week atau dalam BMnya Minggu Bahasa Inggeris. Walaupun English adalah bahasa barat dan penjajah, kita tak dapat menafikan bahawa bahasa penjajah ini penting dalam kita berinteraksi malah untuk mendapatkan ilmu. Ini kerana negara kita masih kurang menghasilkan karya-karya terjemahan kerana tiadanya galakan dari pihak pemerintah. Semoga kerajaan menyedari isu ini, dengan adanya terjemahan, maka mudahlah untuk rakyat negara ini mendalami pelbagai bidang ilmu yang sukar untuk didalami melalui pakar dalam negara.

Untuk minggu ini, kami akan menyertai pertandingan sketsa bahasa inggeris dan diwajibkan kepada semua unit untuk terlibat tanpa sebarang pengecualian. Pada mulanya kami agak keberatan untuk menyertainya, namun atas dasar timbangrasa dan semangat setiakawan, maka kami sertai juga dengan bermatlamat hanya sebagai hiburan dikala stress. Takde niat nak menang pun, hehehe sebab kami pun banyak lagi aktiviti dan kajian lapangan yang nak dibuat. Jadi demi memastikan perjalanan persembahan nanti lancar, maka kami telah mengadakan latihan untuk memantapkan persembahan lakonan. Sebenarnya sketsa memerlukan pelakon untuk bercakap sendiri, namun kami mengambil kaedah mudah dengan menggunakan format pentomen dalam persembahan, iaitu pelakon di atas stage tidak perlu bersuara dan hanya narrator yang terdiri dari 4 panel iaitu Iqbal Smarties, Fahmi Usahawan KS0 merangkap Ketua Unit, Syuhada Dungun dan seorng sahabat kami dari unit PAI 3 iaitu Husna. Sebenarnya untuk persembahan ini, kami bergabung dengan unit PAI 3, geng ustaz & ustazah yang sporting gitu. Jom ikuti latihan sketsa kami...

Sesi latihan sedang diadakan di Bilik Kuliah 6, Blok PKPG.

Saudara Kubo @ Ujang @ Firdaus yang memegang watak Abah, wakaka

Begitu serius mendengar penerangan dan perbincangan untuk sesi persembahan nanti berpandukan skrip yg telah disediakan.


Maka sesi latihan persembahan bermula, agak kaku sebenarnya, tapi lama2 OK la tu, hehehe


Waa... nampak tak prop kitaorng, prop dekat belakang tu, yg ader tayar sekerat, tu la prop kereta kami, kami pinjam dri org gk, hehehe






JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

SaMBuTaN MaULiDuRRaSuL PeRiNGKaT IPG KaDRI

| 09 February 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua yang sudi berkunjung lagi ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Semoga kalian semua sihat walafiat hendaknya. Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan kalian semua sebuah aktiviti terbaru yang kami sertai. Baru sahaja sehari berlalu iaitu Majlis Sambutan MaulidurRasul Peringkat IPG KaDRI. Majlis ini diadakan pada 9 Februari lalu iaitu hari khamis yang diadakan di IPG kami dan juga kawasan sekitar IPG. Program ini melibatkan semua mahasiswa guru dari semua peringkat termasuk abg2 KPLi, DPLi & GSTT. Majlis bermula seawal 7.30 pagi dengan semua guru pelatih berkumpul di dataran perhimpunan dalam Jabatan masing-masing. Bagi kami PISMP Kajian Sosial, kami telah berkumpul bersama-sama dengan senior dan junior lain di bawah Jabatan Kajian Sosial. Unit di bawah Jabatan Kajian Sosial ialah Kajian Sosial, Pendidikan Seni Visual dan juga Sejarah yang baru diperkenalkn di IPG. Setelah selesai kesemua mahasiswa guru dan juga para pensyarah berkumpul, maka barisan perarakan bermula. Untuk memastikan keselamatan dan kelancaran perarakan, beberapa pasukan pemantau trafik dari pasukan pegawai Kadet Remaja Sekolah IPG KaDRI telah ditugaskan untuk berkawal di beberapa persimpangan sepanjang laluan perarakan. Dari unit kami 5 anggota ditugaskan untuk berkawal sepanjang laluan perarakan. Yang terlibat ialah Fahmi, Adib, Syazrin, Amsyar & Ayyas... hehehe di bawah ni menunjukkan Ketua Unit kelas kami bagi semester ni iaitu Fahmi sedang posing di atas motor Egonya sewaktu sedang menanti rombongan perarakan tiba.


Setelah sekian lama menanti, akhirnya kelihatan dari jauh rombongan perarakan MaulidurRasul IPG KaDRI melintas checkpoint kawalan. Sungguh bersemangat, Tuan Pengarah pun ada sekali.


Individu2 yang terlibat dalam perarakan MaulidurRasul. Geng blok kolej kediaman kami ni, hehehe



Kelihatan sepanduk yang dibawa oleh setiap jabatan. Sebenarnya ada pemarkahan utk setiap sepanduk dari setiap Jabatan. Dan pemenang akan diumumkan sewaktu majlis ceramah Maulidur Rasul setelah tiba di IPG nanti.

Sebenarnya untuk perarakan ini juga, murid-murid sekolah SK MPKT juga terlibat dan dibawah menunjukkan gerombolan murid-murid yang sedang berada dalam perarakan. Semuanya kelihatan hepi...



Haa, di bawh ini merupakan perarakan dari Jabatan Kajian Sosial iaitu jabatan yang menaungi unit/kelas kami. Kelihatan kakak2 & abang2 senior mengetuai perarakan. Junior2 yang lain juga ada di belakang bersama dalam 1 kelompok.



Ha, di bawah ni mrupakan geng kelas kitaorng yang sempat lagi bhenti posing utk amik gambar, hehehe Dari kiri Mimi, Aishah, Syuhada, Asilah, Aida & Farahiyah, hehehe Hepi dpt tangkp gambar ek, hehehe




Dibawah ni lak Hanafi & Luqman, pegawai KRS yang berada di checkpoint hadapan. Setelah tamat barisan perarakan, maka kami trus ikut barisan perarakan dari belakang. Jika ada sebarang masalah atau sapa2 yang pengsan, x bmaya insyallah ada backup...




Di bawh ni lak geng KS0 kami iaitu Amsyar yang menunggang motosikal 135 LC. Tersengih nampaknya, hehehe

Akhirnya kami selamat tiba di IPG dan kesemua yang terlibat mengambil pluang yang ada untuk berehat, minum2, makan2 dan borak2 sblm msuk ke dewan utk acara seterusnya, hehehe


Sedang mengambil makanan di bawah khemah berhadapan dewan al-farabi...

Bile dh dapat makanan, kami pun berehat bawah pokok dekat Dataran Ilmu dan minum2 sambil makan2 gitu. Sambil2 tu borak gk la, hehehe


Pegawai KRS yang mengiringi perarakan pun berehat jugak la, hehehe

Bile dh siap makan & minum, kami pun bergegas msuk ke dalam Dewan Al-Farabi utk 1 lagi majlis iaitu Forum MaulidurRasul & MaalHijrah yang serentak diadakan pada hari ini. Ramai juga yang datang, hehehe lgpn smua nk tggu pngumuman pemenang perarakan pagi tadi. Dalam pkul 10.45 pagi, majlis pn bermula dengan ketibaan Tuan Pengarah IPG KaDRI.




Sebelum Forum dan upacara2 lain dilangsungkan, majlsi dihindangkan dengan persembahan nasyid yang sungguh merdu dan mengasyikkan...

Setelah itu, bermulalah majlis dengan Pidato keagamaan dari 2 org wakil DPLi-JQaf yang menyampaikan pidato mengenai Hijrah & Maulid Rasul.


Wah2 kuboq, siap berposing dgn tepon lagi tu, org bz ni....hehehe

Maka majlis Forum Satu Lembaran Hijrah Ummah pun bermula dengan moderatornya ialah Ust Sabawi yang sempoi gitu, hehehe



Akhirnya majlis tamat pada jam 1 tengahari dan kesemua hadirin dibenarkan pulang untuk berehat. Walaupun letih sepanjang program terutama yang terlibat dengan perarakan, tapi banyak kenangan manis dan pengalaman yang dapat dikutip sepanjang program berlangsung. Tapi yang tak besnya kami kne ganti kuliah utk hari ni. Klu ikut jadual 4 jam kne ganti, nasib baik utk subjek Hubungan Etnik, En. Hasnul telah ganti awal2 lagi.... Tinggal subjek PSV je nk kne ganti, hehehe Oklah, bertemu lagi di post akan datang, semoga sihat selalu, Wassalam...

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !
 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +