+ KaJiaN SoSiaL +

MaSaK BuBuR LaMBuK RaMaDHaN

| 31 July 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Malaysia : Janji Ditepati : ) Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan kalian semua aktiviti terbaru kami iaitu memasak bubur lambuk bersempena Ramadhon ini. Aktiviti diadakan di Balai Islam al-Muttaqin IPG KDRI. Jom kite ikuti langkah penyediaan bubur lambuk versi PISMP KS Sem 4/2012.

LANGKAH 1
- Basuh Beras 5KG
- Potong daging & kisarkan menjadi halus
- Sepaket 1KG Fishball, Crabball or others
- Awah (loghat qelate) atau rempah ratus dlm loghat standard (admin pun x pasti sbb yg sdiakan rempah ni geng wanita KS, ceewah)



LANGKAH 2
- Masukkan beras yg dh dibasuh ke dalam periuk.
- Masukkan air secukup rasa (dalam 2 jari sukatan dia, insyallah)
- Tunggu hingga mendidih.









LANGKAH 3
- Sediakan awah (rempah ratus)
- Masukkan daging kisar menggunakan tangan, jangan masukkan sekaligus.
- Masukkan santan sekotak (ala santan yg ready to buy & use tu)
- Masukkan rempah ratus yg dh dikisar gitu.
- Kacau sehingga sebati perlahan-lahan.
- Masukkan garam kasar (2 senduk)





Cara masukkan daging kisar ke dalam ramuan bubur lambuk.


Masukkan garam gk, dalam 2 senduk je.


LANGKAH 4
- Kacau perlahan-lahan dengan gentle agar sebati.
- Masukkan Fishball, Crabball dll yg telah dipotong halus ke dalam periuk.
- Bile beras tu dh hancur dan sedikit pekat (tak terlalu cair), bermakna ianya sedia untuk dimakan oleh awop2 yg nak makan.
- Cedok bubur ke dalam flask atau bocong nasi untuk kekalkan kehangatan dan kepanasan bubur sewaktu berbuka puwasa kelak.




LANGKAH 5
- Bersihkan sisa yg mengotorkan kawasan memasak.
- Sapu sampah2 yg ada.
- Gosok/bersih/cuci periuk dan peralatan memasak dgn sabun.
- Bersihkan kawasan memasak (yg ada minyak)








Akhirnya habislah aktiviti memasak bubur lambuk kitaorng. Nak dekat berbuka nanti kami mari amik bubur lambuk, best tak, hehehe

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

SaLaM RaMaDHaN al-MuBaRaK

| 20 July 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 4/2012 ini. Semoga kalian semua sihat walafiat hendaknya dalam menempuh bulan yang penuh keberkatan dan rahmat Ilahi ini. Kami PISMP Kajian Sosial Sem 4/2012 ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN YANG PENUH KEBERKATAN RAMADHAN AL-MUBARAK. Semoga kita mengambil peluang yang telah dikurniakan Allah Taala ini untuk melipatgandakan amal ibadat dan sedekah jariah kita demi mendapat keredhaannya. Bersama-sama kita mengejar keberkatan malam Lailatul Qadar di 10 terakhir Ramadhan, insyallah.



JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

JaMuaN MaKaN DuRiaN KS0

| 17 July 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung yang sudi mengunjungi Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 4/2012 ini. Diharapkan semua sihat walafiat hendaknya bersama family tercinta (buat sape yang waktu bace post ni dia dh ade kt umah la, hehehe)

Bersempena dengan musim DURIAN sekarang ni terutama di Terengganu, kami ingin berkongsi dengan kalian semua aktiviti kami terbaru yang diadakan pada petang 16 Julai 2012 (Isnin) lepas iaitu JAMUAN MAKAN DURIAN KS0. Tapi jamuan ni hanya melibatkan ahli KS0 lelaki sahaja yang diadakan di blok kediaman hostel laki. 4 plastik durian habis kami makan, hehehe memang best terutama kepada hantu-hantu durian spt dot....dot....dot.... hehehehe


Ada macam2 jenis durian yang sempat kami makan, ada yang lembik, medium & hard, hehe macam berus gigi lak. Buah durian dicekah/dikopek menggunakan pisau rambo (bukan yg john rambo punye) Plan nak simpan nk buat tempoyak tapi x dpt jugk sebab hbis smua dimakan, best woo, hehehe


Yum.... Yum.... besnya jejaka di dalam gambar ni makan durian, habis dipulunnya, hehehe



Dalam 20 bijik lebih gak durian yang kitaorng makan, petang tu makan, malam pun makan lagi, memang hantu durian la, hehehe tapi nk wat macam mane kan, memang durian atau raja buah ni memang sedap. Nikmat yang Allah beri kita jange lupo....


JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

PeRaSMiaN iHYa' RaMaDHaN IPG KDRI 2012

|

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung Teratak Terindah IPG KDRI. Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan kalian semua aktiviti terbaru di IPG KDRI yang kami ikuti iaitu Majlis Pelancaran Sambutan Ihya' Ramadhan 2012 IPG KDRI. Majlis ini telah diadakan pada 16 Julai 2012 di Dewan Utama IPG KDRI iaitu Dewan Al-Farabi. Sambutan ini telah diadakan tepat jam 2.30 petang dengan kehadiran semua warga IPG KDRI termasuk staf akademik dan kakitangan IPG KDRI.

Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan 2012 IPG KDRI dan Pelancaran Tabung Ihya' Ramadhan ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dengan Kerjasaman Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG KDRI atau secara khususnya oleh Biro Agama, Kerohanian dan Disiplin IPG KDRI. Alhamdulillah sambutan yang diterima agak menggalakkan oleh warga IPG KDRI dan majlis berjalan dengan jayanya. Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengarah IPG KDRI iaitu Tuan Haji M. Shaipullah Bin Awang Ibrahim. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ceramah mengenai Penghayatan Madrasah Ramadhan oleh Ustaz Sabawi dari Jabatan Pendidikan Islam.

Hadirin yang hadir sewaktu majlis berlangsung.


Gaya ceramah secara santai dan penuh jenaka yang disampaikan oleh Ustaz Sabawi sedikit sebanyak dapat menghalang hadirin dari mengantuk. Diselitkan juga dengan loghat Manglish beliau yang boleh mencuit hati hadirin.

Selain itu, sesi ceramah ini juga memberikan ruangan kepada para hadirin untuk bersoal jawab dengan Ustaz Sabawi berkenaan dengan hukum hakam di bulan Ramadhan al-Mubarak kelak. Antara soalannya ialah boleh atau tidak memakai contact lense, tidur sewaktu berpuasa, derma darah dan sebagainya. Jawapan diberikan secara santai oleh Ustaz Sabawi namun begitu menjawab soalan yang dikemukakan oleh penanya.



Hahaha, di bawah ni lak gelagat para ahli KSO yang turut serta di dalam majlis tersebut. Setia mendengar setiap bait kata oleh Ustaz Sabawi. Sungguh ilmiah.




Setelah tamat sesi ceramah dan bersoal jawab bersama Ustaz Sabawi, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dari pihak Jabatan Pendidikan Islam (JAPIM) kepada penceramah iaitu Ustaz Sabawi. Cenderahati disampaikan oleh Tuan Timbalan Pengarah IPG KDRI, Tuan Haji M. Shaipullah dengan diiringi Ketua Jabatan JAPIM, Ust Salleh.


Majlis diteruskan lagi dengan sedikit klip video mengenai keistimewaan Madrasah Ramadhan al-Mubarak yang disunting oleh unit Multimedia BADAMD JPP IPG KDRI. Sungguh kreatif dan menjadi suatu idea baru kepada majlis keramaian di masa hadapan kelak. Majlis pada hari tersebut tamat sekitar jam 4.30 petang dan hadirin bersurai.


JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !
 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +