+ KaJiaN SoSiaL +

TaHNiaH DiaTaS KeCeMeRLaNGaN ExaM AkhiR SemEsTeR 5

| 21 June 2013
 Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung setia Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Semester 6/2013 ini. Apa khabar kalian semua? Diharapkan semuanya sihat walafiat hendaknya. Kepada mahasiswa guru PISMP Sem 6 tu sudah bersedia ke untuk berpraktikum. Klu di IPG kami 14 Julai nnt bermulalah praktikum kami. Insyallah, doakan kami semua dapat buat yang terbaik tau.

Post pada kali ini bertujuan untuk mengucapkan TAHNIAH diatas keputusan yang cemerlang dan amat memberangsangkan di dalam peperiksaan semester kepada semua mahasiswa guru terutama ahli-ahli teratak kami. Alhamdulillah berdasarkan tinjauan rawak, kebanyakan ahli-ahli kelas kami memperoleh keputusan yang cemerlang. Semoga kecemerlangan ini dapat ditingkatkan lagi pada semester ini dan semester-semester akan datang.


Maklumlah sekarang ni banyak keluar isu ketiadaan jaminan posting/bekerja kepada mahasiswa guru di IPGM seluruh M'sia. Diharapkan agar dasar memberikan jaminan posting ini tidak berubah kerana kami telah menjalani pelbagai latihan-latihan perguruan yang maksium. Dah berpuluh kali kami ke sekolah sama ada menganjurkan penyelidikan, peninjauan dan seminar bersama pihak sekolah. Ditambah pula kami berpraktikum sebanyak 3 sesi dengan jumlah keseluruhan 6 bulan. Cukup untuk menjadikan kami mahasiswa guru yang terlatih insyallah.

Semoga kami dapat mengekalkan momentum pembelajaran kami untuk mendapat pointer yang tinggi bagi membolehkan kami ditawarkan kerjaya sebagai seorang guru. (akhirnya pembelajaran di IPGM pun jadi berorientasikan peperiksaan, bukan lagi kemahiran-kemahiran softskill sptmana yang diwar-warkan dahulu. Diharapkan pihak kementerian menilai dengan baik kerana banyak pelaburan telah dilaburkan kepada kami. Jangan kerana segelintir sahaja yang bermasalah, habis kelambu dibakar. Itu bukan tindakan yang bijak. Kami pun tinggal 3 semester sahaja lagi untuk berusaha bersungguh-sungguh dan struggle dalam memastikan pointer terkumpul kami berada pada tahap yang cemerlang, insyallah. Diharap semuanya berjalan dengan baik. Dan kalian jangan lupe untuk turut sama mendoakan kejayaan kami menjadi pendidikan anak bangsa kelak, insyallah

Wassalam....

LaWaTaN ke BTPNT & PKG

|
 Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung yang sudi berkunjung ke Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Semester 6/2013 ini. Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan kalian semua mengenai aktiviti grand terakhir kami semester lepas iaitu LAWATAN KE BTPNT & PKG. Lawatan ni bersempena bersesuaian dengan PSS 3110 Pentaksiran Dalam Pengajian Sosial. Jom ikuti perjalanan lawatan kami.

Bertolak ke BTPNT.


Samai di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu.
 

Mendengar taklimat mengenai BTPNT dari Encik Jadid.
 







Mengisi buku pelawat BTPNT.
 


Majlis pemberian cenderahati dari IPG KDRI kepada pihak BTPNT.
 

Seteleh selesai taklimat, kesemua peserta dibenarkan meninjau kawasan sekitar BTPNT dan kemudahan-kemudahan di sana antaranya perpustakaan BTPNT yang mempunyai pelbagai sumber berguna untuk pedagogi dan pendidikan.
 






Setelah selesai meninjau pusat sumber BTPNT, kami dibawa melawat makmal komputer BTPNT bersama en, Jadid dan diberi penerangan mengenai perisian-perisian yang digunakan untuk menghasilkan video pendidikan.
 






Sawadikap !
 

Ucapan dari pengarah program, saudara Inspektor Aminnulhakim sebagai ucapan penghargaan kepada pihak BTPNT terutama En. Jadid.
 

Sesi bergambar bersama.
 

Menaiki bas untuk bertolak ke PKG Bukit Besar bagi mendengar taklimat mengenai kaedah penilaian dan pentaksiran oleh pihak JPNT.




Mendengar taklimat mengenai kaedah penilaian dan pentaksiran terutama pentaksiran PBS yang diaplikasi di dalam KSSR.
 





LaWaTaN PJ ke ISN & SSMP

|

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 6/2013. Alhamdulillah kini tak sangka ye, dah 9 semester bersamaan 4 tahun kami belajar di IPG, masih teringat lagi kkisah-kisah mule2 kami masuk ke IPG KDRI dulu, terasa masa cepat sungguh berlalu. Klu nak tengok kisah-kisah diari kehidupan kami di IPG, kalian boleh search atau check di entry blog kami ni. Dari semester 1 PPISMP pada tahun 2009 lagi blog ni diupdate, Alhamdulillah dan masuk 4 tahun kewujudan blog nih. Insyallah blog ini akan sentiasa diupdate dari semasa ke semasa sebagai suatu kenangan buat kami semua. Mungkin bile masing-masing dah posting pun blog ni akn tetap kekal dan kami akn informkan kepada kalian semua tentang apa sahaja maklumat dan aktiviti yang kami sertai, insyallah.

Pada kali ini kami nak berkongsi dengan kalian semua aktiviti kami iaitu LAWATAN PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI KE ISN & SSMP (Sekolah Sukan Malaysia Pahang). Lawatan ni diadakan sempena melengkapkan amali subjek PJM 3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani. Kelas kami telah bergabung dengan kelas PISM Sains untuk bersama-sama terlibat di dalam lawatan ini. Antara lokasi yang kami pergi ialah Institut Sukan Negara dan juga Sekolah Sukan Malaysia Pahang di Gambang. Sewaktu di KL kami menginap di Asrama Majlis Belia Malaysia MYCA 1 malam manakala sewaktu melawat SMSP kami menginap di asrama SMSP yang serba baru. Jom kita ikuti foto-foto kami sepanjang berada di sana, yeaahh !

Dalam perjalanan ke KL, sempat singgah di R&R Batu 6, hehehe





Setelah 5 jam perjalanan, dicampur pulak makan buah langsat sewaktu dalam perjalanan, akhirnya kami selamat tiba di Asrama Majlis Belia Malaysia, agak selesa walaupun bangunan lama. Tertera gambar PM kesayangan kita, Dato' Seri Najib. We Love Dato' Najib.





Pada keesokan harinya kami bergerak ke Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil, sempat makan pagi di kafeteria berdekatan Stadium Bukit Jalil sebelum melawat ke ISN.



Berdekatan Stadium Bukit Jalil. R-Dob sempat lagi bergambar, yeeaahh !



Bile dah selesai makan pagi, roti canai, mee goreng, nasi lemak dll, kami pun bergerak ke ISN untuk mendengar taklimat dan melawat kemudahan disana.






Melawat ke kemudahan penyelidikan di kompleks ISN, memang superb kemudahan2 yang ada di sini, klu kemudahan ni ada di IPG, memang hebat sangat2 (just dreaming)..


Sempat menjalani ujian kecergasan, ada pumping, ada lompatan jangkauan, lari pecut, yoyo test dan sebagainya.



Bile dah selesai, majlis perpisahan dan penghargaan terdapat pihak ISN diadakan, kelihatan saudara pengarah program, Muhammad Adib a.k.a R-Dob sedang memberikan kata-kata aluan.



Cenderahati dari pihak IPG KDRI kepada pihak ISN.


Dah selesai lawatan di ISN, kami segera menaiki bas untuk bertolak ke Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Gambang. Tapi sebelum tu sempat singgah di KL, makan2 dan jalan2 di KL (sempat gak singgah di Plaza Low Yatt)...



Kami tiba di SMSP nak dekat tengah malam dan selamat menginap di bangunan asrama SMSP yang baru. Sekolah ni merupakan sekolah yang baru dibina dan mempunyai pelajar tidak sampai 200 orang meliputi 3 tingkatan sahaja dengan yang paling senior tingkatan 3. Waktu kami sampai pun asrama tu senyap je, pelajar-pelajar tak ramai.



Sempat minum malam di kafeteria sekolah.



Keesokan harinya kami bersiap-siap untuk melawat sekitar sekolah, sempat minum pagi di kafeteria SMSP.






Dah selesai sarpan, kami dibawa melawat ke sekitar sekolah, bangunan utama bilik darjah yang memang sunyi sebab tak ramai pelajar, melawat dewan yang waktu tu ada pertandingan bola jaring antra SBP, melawat gimnasium yang penuh dengan pelbagai kemudahan dan melawat balapan yang baru siap dibina.







Dibawah ni perpustakaan sekolah, masih tidak lengkap kerana baru menerima perabot, buku-buku masih belum boleh dikatalogkan.


Mendengar taklimat mengenai sekolah di bilik mesyuarat yang disampaikan oleh pihak pentadbir sekolah sendiri. Pengetua sekolah ni jugak merupakan salah seorang sahabat sekuliah pensyarah kami di IPG KDRI, Tuan Haji Yunus.






Ucapan alu-aluan dan pemberian cenderahati dari dan kepada pihak IPG KDRI.




Melawat sekitar bangunan utama bilik darjah. Memang sunyi sebab tak ramai pelajar.










Melawat gimnasium sekolah yang serba lengkap dengan peralatan yang terkini.







Melawat balapan dan padang.








Makan tengahari sebelum bertolak pulang ke IPG KDRI.






Maka tibalah masa perpisahan dengan SMSP. Lepas zuhur kami bertolak pulang ke IPG KDRI.




 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +