+ KaJiaN SoSiaL +

SuBJeK SeMeSTeR HaDaPaN

| 29 November 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini, semoga semuanya sihat belaka hendaknya. Sedar tak sedar dalam sebulan lagi kita akan melangkah ke semester baru bagi semua guru pelatih di seluruh IPG di seluruh Malaysia. Sungguh masa begitu cepat berlalu. Kepada semua guru pelatih dari unit PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011, kalian boleh ketahui subjek-subjek yang akan dipelajari pada semester hadapan. Nampaknya sem depan kita masih akan belajar geografi, etnografi & sejarah, itu yang pasti. Malah di dalam subjek WAJ 3106 Hubungan Etnik juga kita akan belajar sekali lagi mengenai DEB, DPN, Wawasan 2010, 13 Mei 1969 kesultanan melayu melaka, topik yang sama diulang sejak PPISMP. Justeru cekgu2 KS/PS semua mesti mahir dn dpt skor tinggi subjek WAJ 3106 Hubungan Etnik ini, hehehe Bagi kami guru pelatih PISMP Kajian Sosial di IPG Kampus Dato' Razali Ismail, kami mengambil subjek Pengajian Melayu sebagai subjek elektif II dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan sebagai subjek elektif I. Justeru itulah kami akan mengambil subjek BMM 3101 Pengajian Sukatan Pelajaran BM Sekolah Rendah. Apapun jom tengok senarai subjek yang akan PISMP Kajian Sosial belajar di semester hadapan iaitu semester 3/2012...

Klik Untuk Perbesarkan Imej

Dan kepada semua guru pelatih, tak kira di mana sahaja kalian menuntut ilmu keguruan, kalian bolehlah mendapatkan koleksi nota2 PISMP terutama subjek-subjek yang umum diambil oleh semua guru pelatih seperti subjek dengan kod WAJ, EDU, PJM & BMM. Bagi subjek dengan kod PSS hanya guru pelatih Kajian/Pengajian Sosial sahaja yang mengambilnya. Untuk mendapatkannya, sila layari http://notapismpks.blogspot.com atau klik je di ikon sebelah kiri atas laman blog kami ini, pelbagai nota yang boleh kalian dapati. Malah nota2 PISMP Sem 1 & 2 juga boleh kalian dapatkan atau suggestkn pada junior-junior. Semoga bermanfaat, Sekian, Wassalam....

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +