+ KaJiaN SoSiaL +

SeLaMaT BeRKuLiaH !

| 30 December 2010
Assalamualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia kepada semua pengunjung teratak PISMP Kajian Sosial Semester 1/2011 IPG KDRI. Kami dari PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari/2011 Ingin Mengucapkan SELAMAT BERKULIAH kepada semua guru pelatih IPG KDRI khususnya dan guru pelatih dari seluruh IPG di seluruh Malaysia amnya. Semoga sesi baru bagi tahun baru ini akan memberikan kita semangat yang tinggi menggunung dalam memartabatkan jatidiri agar menjadi seorang guru pelatih yang berwibawa dan seterusnya sebagai seorang pendidik yang berjasa kepada Agama & Negara. Ingatlah bahawa amanah kita sebagai seorang guru teramat besar dan sukar untuk dipenuhi. Justeru segala kudrat 4 kerat harus dikerah dalam merealisasikan pemprofesionalan kerjaya perguruan. Insyallah dengan keluarnya kita sebagai seorang guru kelak, kita akan dapat mengangkat martabat seorang guru disisi manusia kerana sekarang sudah ramai manusia yang mempertikaikan jasa guru mereka sendiri. Sesungguhnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan kerjaya yang paling mulia disisi Allah jika kena pada syariatnya. Justeru, marilah kita sama-sama bermuhasabah dalam membentuk keperibadian kita sebagai seorang guru.
Wassalam.

SeLaMaT TaHuN BaRU 2011 !

|
Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera hendaknya kepada semua yang sudi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 ini. Kami dari PISMP Kajian Sosial Semester 1/2011 iIPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu, ngin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 Masehi kepada anda semua. Semoga tahun baru yang menjelma ini disematkan dengan semangat perubahan yang penuh iltizam oleh semua guru pelatih di IPG seluruh Malaysia. Ingatlah selalu ungkapan untuk menjadikan tahun ini (2011) adalah lebih baik dari tahun sebelumnya (2010) dan tahun2 sebelumnya. So, We Need To Change. Itulah yang perlu dilakukan oleh setiap insan kerana setiap insan itu pelupa (An-Nisyan). Justeru insan (manusia) itu seharusnya diperingatkan mengenai sesuatu dari semasa ke semasa. Maka bersempena semangat tahun baru ini, marilah kita perbaharui azam tahun baru dan kita tambahkan dengan azam yang masih belum tertunai sewaktu 2010 sedang berlangsung dahulu.

Namun tepatnya 1 Januari 2011 ini, ada seorang insan yang bergembira dengan kedatangan tarikh tersebut iaitu Aminnulhakim Bin Abd Isa. Aminnulhakim ataupun Akim dilahirkan pada 1 Januari 1990 dan pada 1 Januari setiap tahun dia akan menyambut ulangtahun kelahirannya. Walaupun mungkin tidak sempat untuk meraikannya bersama sahabat sekelas yang lain, kami tetap mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-21 buat hakim walaupun hanya melalui perhubungan maya ini. Kepada Hakim, semoga maju jaya dalam segala apa yang akim tempuhi sepanjang tahun 2011 dan tahun-tahun akan datang. Ingat kim, umur kau dah 21 tahun, dh lebih 2 dekad dh, dah tua tau, he3x... Dan jangan lupa daftar nama sebagai pengundi si SPR sebab khabar angin mengenai Pilihanraya Umum ke-13 semakin hangat diperkatakan, takut tak sempat nak mengundi, rugi tau, undi adalah satu amanah dan harus dipertanggungjawabkan oleh kita. Selamat Maju Jaya.
Wassalam...



MeRRy ChRisTMaS 2010M

| 25 December 2010

Salam sejahtera ke atas kamu semua, Kami guru pelatih PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 ingin mengucapkan Merry Christmas kepada semua penganut kristian dan sesiapa sahaja yang menyambut hari natal tahun 2010M ini. Semoga setiap daripada kita menempa kejayaan masing-masing dalam apa jua bidang yang mendatangkan kebaikan kepada masyarakat sejagat hendaknya. Bersama kita menerapkan semangat muhibbah dalam kalangan rakyat Malaysia sesuai dengan seruan perdana menteri kita iaitu Dato' Seri Najib Bin Abd Razak iaitu seruan kearah perpaduan 1MALAYSIA.

TaHNiaH, ReSuLT SeMuA CeMeRLaNG !

| 16 December 2010
Assalamualaikum w.b.t. semuanya.

Kali ni kitaorng nak share ttg kputusan result peperiksaan akhir semester 3 2010 baru2 ni yang dah keluar dah, he3x...Alhamdulillah, smuanya lulus dengan cemerlang. Semuanya mendapat pangkat lulus bagi semua matapelajaran yang diambil. Semoga momentum kecemerlangan ini akan sentiasa berkekalan buat selamanya, insyallah Amiinn.... Semoga kita dapat melangkah memasuki alam pembelajaran di IPG KDRI peringkat ijazah sarjana muda perguruan dengan penuh keazaman dan meningkatkan lagi usaha dengan gigih dan berterusan. Sesungguhnya hanya dengan usaha kita akan mendapat kecemerlangan dengan izin Allah, jika tiada usaha, maka kecemerlangan tidak mungkin akan datang bergolek kepada kita yang hanya insan biasa tanpa sebarang keistimewaan.

Usaha + Doa + Tawakkal = Kejayaan (insyallah)

Di bawah ini merupakan senarai keputusan yang dikeluarkan oleh pihak unit peperiksaan IPG KDRI, setelah ditapis dengan teliti oleh admin, maka senarai pelajar kelas KS Sem 3/2010 berjaya dikeluarkan dengan jayanya. Cuma ada sedikit kesilapan bagi nombor I.C Shamil, sepatutnya di hujung nombor I.Cnya ialah angka 7, tetapi dikeluarkan ialah angka 1. Mungkin ada kesilapan di pihak unit peperiksaan. Yang penting smua kita lulus dengan cemerlang, Alhamdulillah...
Wslm


SeLaMaT MeNYaMBuT 1432 HiJRiaH

| 06 December 2010
SELAMAT MENYAMBUT
TAHUN BARU HIJRIAH
1432H / 2010M

BeNaRKaH PuSPa NaK PiNDaH

| 01 December 2010
Assalamualaikum semuanya,

Kali ni kitaorng nk share ttg berita sedih sgt2, satu IPG KDRI dh tahu tmasuk pakcik drebar bus, makcik cleaner, kak lebry, pok gurad & mok guard n smualah. Berita ttg lelaki india MACHO batch kitaorng (ambilan 2009) iaitu Pusparajan A/L Thiagarajan merangkap bakal ketua kelas kitaorng sem depn akan berpindah ke IPG lain. Sedihnya, bru je hbis PPISMP dh nk pindah. Pusparajan kata dia kne pindah sbb nk jaga fmily dia, ayh dia slalu kne ulangalik hospitl n mak dia temankn ayh dia g hospital, so kedai tggl xder sape nk jaga. Jadi dia nk tolong parent dia la kot.

Sedih do, dh 1 1/2 thun kitaorng bsama dlm sekelas, mngharungi suka & duka, g jumpe org asli d sungai berua, g bank negara, g lawatan ke situ ke sini, at last PPISMP dia nk kuar. Maka berkuranglah bilangan student kelas kitaorng menjadi 21 person dari 22. Sush la geng laki nk wat kumpuln time KKBI or KKP sbb x ckup sorg, kan biasanya KKBI or KKP ni 3 org per group. Puspa puspa, kenapelah jdi cmtu, adui.... xder la tmpt guarauan kitaorng nnt, tmpt kitaorng nk share plbgai maklumat. Apapun kptusan perpindahan tu nnt, kitaorng sntiasa mngharpkn yg tbaek utk PUSPA, tpi hrap2 x tukar la. Klu dia x jdi tukar, takut ksian fmily dia lak. Tak tahu la mcm mne. Takpelah puspa, klu ader pape maklumt ttg perpindahan bgtau la kitaorng, at least dtg la IPG jmpe kitaorng dlu sblm tukar mktb tu yerk. Jumpe dgn kawan2 dlu la...

Sila baca quote kt bwh ni utk kepastian ttg perpindahan puspa ke IPG lain, tpi still x pasti lgi la...



 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +