PERSIAPAN SEHARI SEBELUM PROGRAM
Pada pkul 11.30 pagi ari khamis, kitaorng pun bkumpullah di hadapan Dewan Al-Farabi utk bsedia ke program anak angkat ni. Program khidmat bakti ni @ program ank angkat sbnenarnya, he3x... Pada pagi yg panas tu, maka kitoarng pun berkumpullah di depn dewan utk berlepas ke lokasi program, he3x..
KETIBAAN & MAJLIS PERASMIAN
Alhamdulillah, dlm pkul 3 lebih2 kitaorng pun smpai la di kampung Lubuk Lesung, Kemaman, Terengganu. Smua peserta sempat brehat n letak barang di perkarangan masjid dan bergerak ke hadapan balai raya kg. lubuk lesung. Lepas tu kitaorng pun berehat la di bwh kanopi yg ader disediakan.
GOTONG ROYONG KELILING KAMPUNG
Pada keesokan harinya, kitaorng pun ader aktiviti yg tbaru iaitu aktiviti gotong-royong. Aktiviti ni diadakan di sekeliling kampung. Kesemua peserta telah dibahagikan kpd 6 kumpulan besar dan diketuai oleh seorang AJK JKKK Kg. Lubuk Lesung. Semua peserta telah dibawa ke lokasi gotong-royong yg telah ditetapkan dan acara gotong-royong pun bermula.
KELAS BIMBINGAN DI S.K. AIR PUTIH
Sewaktu peserta program lain sibuk mengerjakan gotong-royong, beberapa peserta telah terlibat dengan kelas bimbingan UPSR yang diadakan di SK Air Putih. Kesemua yg tlibat akan berkumpul di hadapan balai raya pada jam 8 pagi dan btolak ke sana jam 8.30 pagi dgn 4 buah kenderaan. Kelas Kitaorng pun tlibat sama utk kelas bimbingan ini. Tapi yang menyedihkan, xder kelas bimbingan Kajian Tempatan, yang ada subjek sains. So kitaorng telah diarahkan oleh AJK Kelas Bimbingan utk mengajar subjek Sains sewaktu aktiviti ni. So dgn berat hatinya kitaorng pun terimalah, he3x... kelas bimbingan ni tamat pada jam 12.30 tengahari, nk dkat2 solat jumaat dh...
SOLAT JUMAAT & AKTIVITI BERSAMA FAMILY ANGKAT
Setelah selesai sesi kelas bimbingan di SK Air Puith dan kegiatan gotong-royong keliling Kg. Lubuk Lesung, maka kitaorng pun berehat la n bsedia utk solat jumaat. Masjid Lubuk Lesung dkat je dgn Balai Raya Kg. Lubuk Lesung, masjidnya xlah bsar sgt sbb penduduknya tidaklah terlalu ramai. Klu dilihat dari masjidnya, kita mugkn menganggapnya sbgai surau je, tpi sbnarnya masjid tau... Lepas je solat jumaat, kitaorng pun menghabiskan masa bersama keluarga angkat. Ader yg sempat di melaawat sekeliling Kg, ader yg smpat gi mandi Air Terjun, ader yg smpat di Memancing n mcm2 lagi tau.
SOLAT BERJEMAAH & JAMUAN OLEH PENDUDUK KAMPUNG
Setelah selesai melakukan aktiviti bersama keluarga, meronda keliling kampung, mandi dan memancing, pada malmnya pula kitaorng telah mengejakan solat maghrib dan isyak secara berjemaah bersama-sama penduduk kampg. Lepas je solat isyak, ader jamuan kecil-kecilan oleh penduduk kampung bersempena solat hajat yang diadakan kerana ada seorang penduduk kampung yg telah selamat membeli sebuah kereta VIVA putih 1000cc. Jadi solat hajat tersebut diadakan utuk keselamatan kereta dan pemandunya, insyallah...
FORUM ILMIAH & BBQ
Pd malamnya pkul 9.15 malam bertempat di dewan serbaguna balai raya JKKK Kampng Lubuk Lesung, telah diadakan sebuah forum ilmiah yang bertajuk 'MENJAGA TEPI KAIN ORANG'. Ahli panel forum ni terdiri dari 2 org peserta program dri IPG dan seorang penceramah bebas tempatan dari Kg. Lubuk Lesung. Moderatornya pula ialah saudara Kuboq (bukan nama sebenar) dari unit PAI 3.
GOTONG-ROYONG MELAPAH DAGING KORBAN
Setelah selesai pada malamnya menjalani aktiviti forum ilmiah dan memakan ayam BBQ beserta meehun best, pada pagi 2 Aprilnya pulak, ktiaorng tlibat dgn aktiviti yg plg bes iaitu melapah daging lembu utk dijadikan hidangan tengahari, he3x... Lembu ni merupakan sponsor dari MB Trganu iaitu Dato' Ahmad Said sendiri. walaupun cuma seekor, tapi nikmat gotong-royongnya memang terasa. Semangat kekampungan terasa dlm diri kami, maklumlah ade sstengahnya (terutama dari unit lain) x pernah lapah lembu pun, apatah lagi melihat daging lembu disembelih. Tapi Pusparajan mmg xleh tengok, dia ni jnis lovely animal skit, he3x... btul ke tak bahasa inggeris pun tak tahu, maen hentam je, he3x... Aktiviti ni bermula pagi2 lagi dlm jam 8.30 gitu la, dan berakhir menjelang tengahari iaitu jam 11.30 kot. Kne cepat2 sbb lpas tu ader majlis pnutup lak, lpas majlis pnutup ader mkan tengahari beramai2 di bawah kanopi depn dewan serbaguna balai raya JKKK kg. Lubuk Lesung.
MAJLIS PENUTUP PROGRAM
Setelah selesai upcara bergotong-royong melapah dging lembu dan dimasukkan ke dlm kawah, kitaorng pun balik umah fmaily angkt msing2 n siap2 utk majlis pnutup lak. Majlis pnutup dijangka jam 12.30 tengahari. Maka semua peserta termasuk parent angkat telah bersiap2 utk menghadiri majlis ni. Perasmian penutup pada kali ni akan dirasmikan oleh Pengarah KETENGAH, dan turut dihadiri oleh Timb. Pengarh IPG KDRI, dif2 jemputan dari KETENGAH dan Majlis Daerah Kemaman sendiri. Sungguh meriah sbb rmai yg dtg, tambahan pula kebanyakan yg datang adalah dif jemputan penting smuanya.
BERTOLAK PULANG KE IPG
Setelah selesai majlid perasmian penutup, penyerahan kembali anak angkat kepada Timb Pngarah IPG KDRI, maka berakhirlah dia program khidmat bakti siswa Kg. Lubuk Lesung. Setelah selesai majlis, para hadirin telah dijamu dengan sedikit jamuan tengahari yang telah sama2 diusahakan pada paginya. Sesi penggambaran diantara anak angkat dan family angkt juga diadakan utk mengabadikan kenangan bersama. Lepas tu, masing-masing telah berkesempatan utk bersalaman sebelum menaiki bas utk bertolak pulang ke IPG. Pada jam 3 petang, maka ketujuh-tujuh unit termasuk unit Kajian Sosial telah menaiki bas dan bertolak ke IPG. Perjalanan yg mengambil masa selama 3 jam telah membuatkan kitaorng smua tido sepanjng perjalanan, mungkin akibt letih kot, he3x....
PROGRAM BAKTI SISWA
KAMPUNG LUBUK LESUNG,
KEMAMAN, TERENGGANU
31 MAC 2011 - 2 APRIL 2011
PISMP KS SEM 1/2011
KAMPUNG LUBUK LESUNG,
KEMAMAN, TERENGGANU
31 MAC 2011 - 2 APRIL 2011
PISMP KS SEM 1/2011