Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semuanya, syukran jazilan, arigato gozaimas kerna sudi berkunjung ke blog kelas kami walaupun kami dh lama x update, maklumlah masing2 sibuk dgn pelbagai eseiment yg berlambak. Klu korang nk tahu, di IPG kitaorng dan juga mgkin di IPG2 lain, bile ader 1 eseimen dtg, mesti ader 3 or 4 lagi yg datang, tu yg letih n x menang tangan kitaorng tu. Dh la tiap2 esemen tu kne wat kajian la, penyelidikan la, tpi yg tu yg sush tu. Tapi bile dh siap dibinding, hnya Allah tahu betapa puasnya kami, hehehe Apapun pada kali ni kami nk share ngan korang smua moment kitaorng pegi wat kajian lapangan geografi persekitaran dan geografi manusia di Pulau Langkawi ari tu. Ingat tak sebelum ni ader dlm post kitaorng bgtau yg kitaorng akn gi wat kajian lapangan di Langkawi. So ni la dia hasilnya, ditambah plak dgn gambar2 yg amat bermakna sbb nk gi balik langkawi ni ntah bile lak la. Mgkin nnt bawak anak2 murid UPSR gi kot, hehehe
Program ni disertai 2 pensyarah pembimbing subjek geografi kami iaitu Puan Hajah Anisah Bt Harun dan juga Cik Nurhijrah Binti Zakaria. Program kajian lapangan ni diadakan pada 19 Julai hingga 23 Julai 2011, tapi tido hotel 2 malam je, hehehe sbb 19 tu btolak petang ke Langkawi, sampai subuh2 20 Julai trus gi melawat tmpt2 tertentu, akan kami ceritakan dalam pengkisahan di bawah ni, hehehe jom kita ikuti pengkisahan kami sepanjang melawat Pulau Langkawi ni, hehehe
19 JULAI 2011 / SELASA
BERTOLAK KE JETI KUALA PERLIS
@ SINGGAH MAKAN
Alhamdulillah, setelah segala perancangan diatur dgn jayanya, maka kami dapat jugak la pegi ke langkawi, hehehe pada petang lebih kurang pkul 5.30 gitu la, kitaorng bkumpul di depan Dewan Al-Farabi. Smua bawak luggage besar2, mcm nk gi sebulan je, hehehe sbenarnya bwk luggage bsar2 sbb nnt nk isi brg2 nk beli kt sana, hehehe dlm kul 6.00 petang gitu maka kami bertolaklah melalui kwsn batu rakit, masuk kelantan lalu tanah merah, jeli, naik ke gerik dan terus gerak melalui jalanraya ke baling, masuk kedah n direst ke jeti kuala perlis, hehehe
Wah2, snyum memanjang je smua, hepi nk gi melancong sambil mengkaji.
Sempat lagi posing2 dgn banner sebelum bertolak ke langkawi, hehehe aduss, mcm mne anas PJ ngan Vinesh TeSL ada nih, hehehe diorg tolong bwkkan brg2 kitaorng la, hehehe
Posing2 dlm bus sblm bgerak, hehehe
Sblm naik jalanraya gerik (jalanraya timur barat), kitaorng smpat singgah makan di Restoran Azhar dekat Gunung Ring, phentian terakhir sblm naik jalan bukit2 tu, hehehe kiotanrg makan biasa2 je, maklumla bru terbangun kan, selera xlah hebat sgt, lgpn xleh pesan benda2 pelik sbb nnt lambat smpai, yerla pekerja restoran sikit dlm 5 orang, pelanggan ader 26 orng tmasuk driver, hehehe
Lepas siap2 makan maka kitaorng naik bas balik dn sedia utk berlepas trus ke Jeti Kuala Perlis. Adib ngan Iqbal sempat lagi turun gi beli bantal Upin Ipin kt gerai btentangan dgn restoran, mcm2 bantal ader tpi harga agak mahal la, hehehe biasalah klu pelanggan ckp luar mmg kne katok harge punye...
20 JULAI 2011 / RABU
JETI KUALA PERLIS & NAIK FERI
Lepas je makan tu, perut kenyang, mata berat trus terlelap, masing2 dibuai mimpi indah ke Langkawi beserta dgn mp3 masing2, hehehe bukak2 mata tgk2 dh smpai dkat Jeti Kuala Perlis, mule2 nk smayang subuh dulu, kitaorng smpai tu blum msuk wktu subuh lagi, hehehe so gi la cari masjid, nasib baik parent Kak Syuhada KS Sem 4 smpai, so parent dia la tunjukkan jalan ke masjid tdekat sbb masjid dkat Jeti Kuala Perlis tu masih blum siap pmbinaan dia. So smpai depn masjid, pintu masjid pn x bkak lagi, tok imam x smpai lagi kot, kitaorng pn rehat2 n sempat posing depn signboard masjid lagi, hahaha
Lepas posing2, tgk2 tok imam dh smpai, so kitaorng pn gi la amik wudhuk dan siap2 nk solat. Maka bersolat subuh secara berjemaah la kitaorng, mmg best masjid dia, nmpk bangunan lama tpi kt dlm mmg selesa, sejuk, nyaman dan byk kipas, hehehe
Lepas je makan, trus gi Jeti Kuala Perlis, turunkan brg dan letak di Terminal, sempat lagi bersarapan kueh2 Perlis di Warung tepi jeti. Ada group yg sempat wat temuramah lgi dgn pakcik warung tu, Pakcik Johari, hehehe gambar bwh ni lak gmbar terminal/termpat menunggu di Jeti Kuala Perlis. Wktu tu x rmai lagi org. Feri pertama bgerak pada jam 7.30 pagi, tpi ktiaorng amik tiket utk jam 8.30 pagi sbb xnak terlalu rushing. Sempat gk tinjau2 sekeliling Jeti.
Lepas tunggu punye tunggu, akhirnya feri pun smpai, maka naiklah kami 23 orang ke atas feri tersebut dan bergerak meluncur arus membadai ombak menuju ke destinasi yang kami nantikan iaitu Pulau Langkawi.
Suasana dlm feri, sempat lagi bergambar, suka suki sbb pnumpang x ramai lagi, feri dok tggu penumpang lain naik. Kitaorng ni plg awal naik feri, tpi kurang bes sbb dok bawah dan xleh nk jenguk kt luar tgk air laut, sbb x nampak, hehehe
Amsyar smpat lagi menemubual Pn. Anisah bkenaan dgn perjalanan program, gambar bwh ni Am dgn Fahmi ngah ronda2 dlm feri, hehehe xder org sgt katanya, mgkin sbb feri awal kan...
20 JULAI 2011 / RABU
TIBA DI JETI PULAU LANGKAWI
@ SHOPPING AT KUAH TOWN
@ CHECKIN HOTEL SKYEAGLE
Akhirnya setelah 1 jam lebih perjalanan ke Pulau Langkawi, maka kami pun selamat tiba di Jeti Pulau Langkawi, fuh mmg ramai btul orang nak naik feri keluar dari langkawi, mgkin pelancong gk kot, klu x pn org langkawi yg keje di tanah besar, hehehe
Maka kami pun bergeraklah keluar dari Jeti Pulau Langkawi dan menuju ke parking bus sbb bus dh ondaway dtg jeti, hehehe
Gambar di atas dan di bawah ni lak photoshot waktu dlm Mall Jeti Pulau Langkawi, byk barng yg dijual, tpi Pn. Anisah ckp jgn beli lg sbb sni still mahal, nk lagi murah dan boleh tawar menawar, japg di Pekan Kuah, hehehe teruja betul kepd sesape yg 1st time dtg sni, hehehe
Kami kami pn smpai di luar jeti dan rehat2 menantikan datangnya bus yg dijanjikan oleh ejen pelancongan kami. Klu kt bawah ni byk betul deretan kaunter2 tiket feri, teksi, bus dan sebagainya. Smuanya khas utk pelancong domestik dan luar negara.
Wah, akhirnya bas pn sampai. Kitaorng pn cepat2 punggah luggage msuk dlm perut bas sbb dh x sbar nk pusing2 pulau langkawi ni. Tgk ape beza sgt langkawi dgn KT. Orang ckp Langkawi ni best, jom kite tgk same2 ek...
Waktu dlm pjlanan tu, Pn. Anisah bagi taklimat ckp wktu Checkin hotel lambt lgi sbb kami smpai di jeti terlalu awal, so Pn. Anisah ckp gi round2 pekan kuah dulu, hehehe kitaorng pn ape lgi, setuju sesangat la, dlm otak masing2 dh plan nk beli ape2, hehehe
Bus kitaorng bhenti depan Pasaraya Haji Ismail Group (HIG) , lokasi yg lazimnya menjadi tempat utama membeli belah oleh para pelancong. Klu tgk gmbar atas ni, admin blog sedang memilih deretan coklat2 dan gula2, fuh mmg byk dan beraneka jenis, smua harga murah2 sbb HIG ni mempunyai Approval Permit (AP) utk mengimpot coklat. So dia jual pn dgn harga murah sbb dia beli borong pn dgn harga lagi murah, hehehe kt bawah ni lak si syazrin zaini ngah pilih pinggan mangkuk kot, tgk2 dulu la sbb pengguna bijak dia tgk2, banding2 dan padan2 sblm beli, hehehe
Lepas hbis shopping di HIG, masa pn dh dekat tengahari, maka kitaorng pn pegi la checkin hotel. Nama hotel kami stay ialah SkyEagle Hotel, bdekatan dgn Mall. Mmg strategik la hotel kitaorng ni sbb nk gi Mall dekat, cinema pn ader dlm Mall tu, hehehe
Maka kami pun checkin hotel dan balik berehat. Pn. Anisah ckp ptg ni nk gi Pekan Kuah lagi nk gi beli brg smbil2 tu sesape yg nk wat kajian perniagaan runcit dan gedung boleh la take part skali, hehehe
Ni la barang2 kitaorng beli time gi Pekan Kuah tu, ader beli beg, beli coklat, beli pinggan mangkuk, beli baju sluar, beli spek dan beli mcm2 la, mmg kaya la HIG dan lain2 tu. Bertuah dpt costumer mcm kitaorng ni, hehehe
21 JULAI 2011 / KHAMIS
MELAWAT PERSATUAN NELAYAN KAWASAN LANGKAWI
Setelah selesai membeli belah, maka pada malamnya kami berehat, ada yang keluar pegi makan di restoran2 keliling hotel, ader g KFC, ada gi jalan2 di Mall dan ada yang gi cinema, ceewah, hehehe Lepas selesai, maka kami pun baliklah tidur dan berehat utk aktiviti seterusnya. Haa ni dia aktiviti kami yang seterusnya iaitu melawat Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi (PNKL). Kami telah berkumpul di bawah lobi hotel pada jam 8.00 pagi menantikan bus persiaran yg akan datang, bus biase je sebenarnya tpi best la, hehehe
Gambar atas ni menunjukkan si Fahmi ngah posing depan kaunter reception hotel, ada gaya jadi pengurus hotel ni, hahaha lepas ni bkak bisnes hotel lak, klu x pn jdi pemandu pelancong xpe dh, hehehe gambar bwh ni lak si Adib ngah posing bersama topi 'cute' depan bas persiaran mahsuri yang akan bawa kami ke PNKL, Klim Geopark dan jugak Kereta Kabel.
Setelah perjalanan lebih kurang 15 minit, maka kami pun tibalah di PNKL dan telah disambut oleh pengurus PNKL iaitu Tuan Haji Majid dan En. Rosdi. Beliau telah membawa kami ke Dewan Mesyuarat PNKL dan diberikan taklimat mengenai perjalnan PNKL dan operasi PNKL dengan agensi lain dan juga nelayan.
Melangkah ke dewan mesyuarat PNKL untuk taklimat.
Sedang mendengar penjelasan dari Tuan Haji Abd Majid mengenai perjalanan operasi PNKL. Pelbagai informasi telah kami dapat sewaktu taklimat. Betul2 berguna utk kajian kitaorng nnt, hehehe
Lepas selesai taklimat oleh Tuan Haji Abd Majid, beliau dan juga En. Rosdi telah membawa kami ke Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan PNKL, iaitu lokasi di mana dihasilkan bilis crunchy keluaran PNKL. Sempat lagi bergambar di hadapan pusat tu.
Mendengar taklimat mengenai perjalnan pusat pemprosesan bilis crunchy ini.
Amacam, bes tak Bilis Crunchy ni, menurut En. Rosdi, Bilis Crunchy ni telah dipasarkan di seluruh R&R di sepanjang lebuhraya utara selatan. Nnt sape2 yg use the highway, boleh la try intai2 ader tak Bilis Crunchy ni, klu ader beli je 4,5 bungkus, mmg x rugi, mmg sedap, lazat !
Dua2 gambar ni memaparkan seorang insan bernama Muhammad Adib sedang posing, gambar di atas menunjukkan adib sedang menggoreng Bilis Crunchy, gambar bwh ni lak time dia jadi Duta Bilis Crunchy, hahaha sesuai la sbb muka adib kan muke K-Pop (babyface), hahaha jgn marah nooo....
21 JULAI 2011 / KHAMIS
MELAWAT KELONG PERIKANAN PNKL
Lepas melawat pusat pemprosesan Bilis Crunchy, kitaorng pn menerima pelawaan dari Tuan Haji Majid dan En. Rosdi untuk melawat ke Kelong Ikan PNKL, iaitu tempat pemeliharaan beberapa spesies ikan untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Sempat lagi posing depan jeti tu, hehehe kitaorng pegi ke kelong PNKL ni menaiki bot nelayan tau, terasa bes la sbb boleh naik bot nelayan, lepak2 atas tong ikan diorg, rasa gegaran enjin bot yang sungguh membingitkan dgn irama yg merdu, hehehe
Di jeti PNKL ni gk byk bot2 nelayan yang diparking di sini. En. Rosdi ckp, tu smua adlh nelayan2 yg bernaung di bawah PNKL dan juga merupakan nelayan sejati, bkn nelayan part time la, hehehe
Dok asyik2 tengok bot, terpandang lak sbuah feri lalu dkat teluk/jeti PNKL tu. Rupanya Jeti Pulau Langkawi dok sebelah bukit sana je, dekat je, hehehe
Syazrin sempat lagi posing depan Jeti PNKL, hehehe Lepas tu, kitaorng pn naik la bot nelayan tu n sedia utk bertolak ke Kelong Perikanan PNKL, tak jauh pn, dok atas jeti PNKL dh nmpk kelong tu.
Sempat lagi posing atas bot nelayan, bes woo, mane nk cari pengalaman naik bot nelayan besar gini. Fahmi lak sempat gk berposing dgn drebar bot tu, dia pun cube pegang kemudi bot tu, dia ckp mmg berat ssgt dan sush nk dikawal, hehehe Mcm mne la abg2 nelayan kita ni pgang kemudi tu, mmg taf muscle diorg kan, wow
Akhirnya tibalah di kelong perikanan PNKL, ni la rupa kelong, kiranya penternakan ikan akuakultur la klu bahasa modennya, bahasa biasa kelong je, hehehe tpi x smua boleh turun ke atas kelong sbb dikhuatiri kelong tenggelam sbb x mampu nk tampung rmai org, hehehe hnya mreka yg tlibat dgn kajian Akuakultur shj yg turun ke kelong, hehehe ada 2-3 org kameraman pun turun jgk...
21 JULAI 2011 / KHAMIS
PERJALANAN KE HOMESTAY PULAU TUBA
Lepas hbis melawat kelong perikanan akuakultur, kitaorng pn bertolak ke Homestay Pulau Tuba atas saranan Tuan Haji Abd Majid sbb katanya klu nk dtg lain kali boleh tinggal di homestay kampung di Pulau Tuba. Kami kami dengan terujanya bersetuju untuk meninjau Pulau Tuba, mesti bes kan, jom kite tinjau same2 yer...
Meh same2 kita tinjau keajaiban ciptaan Ilahi yang dapat kami kongsikan bersama sepanjang perjalanan kami dari Jeti PNKL ke Pulau Tuba, sungguh indah, patut la langkawi diangkat sebagai pusat pelancongan penting di M'sia...
Alhamdulillah, setelah perjalanan selama lebih kurang 10-15 minit, akhirnya kami tiba di jeti Pulau Tuba, Pulau Langkawi. Melangkah kegembiraan walaupun sedikit letih, tetapi berbaloi dgn pengalaman yg x tnilai ini.
Selamat Datang ke Pulau Tuba, destinasi pelancongan Homestay gaya kampung yang terbaik di Langkawi. Kami pun sewa 2 buah van utk ke lokasi homestay dgn dipandupelancong oleh Tuan Haji Majid dan En. Rosdi. Pulau ni mmg indah sbb terasa suasana kampungnya.
Amacam? best tak tgk suasana kampung gini, mmg damai ssgt tau, ader kerbau, sawah, kebun buah n mcm2 lagi, keindahan kehidupan di kampung mmg benar2 terasa di sni, sush nk cri tmpt lain nih, klu wktu mlam mesti lagi permai tau, 1 lagi bestnya dok sni, penduduk 1 pulau ni smua melayu dn msing2 knal antra 1 sama lain, best sgt2...
Kami pn meninjau la suasana kampung di sini, tmbh2 sape yg tinggal di perumahan, kwsn bandar mmg xkan rasa suasana nyaman, tenang mcm di Pulau Tuba ni. Bes dok sni, klu dpt posting sni ok gk la, hehehe
Sempat borak2 dgn pakcik2 drebar van, makan buah rambutan dgn diorg, sempt gk temuramah la, buat soal selidik la n mcm2 lgi, hehehe diorg pn sempoi jer tau...
Smbil2 borak tu makan rambutan dulu, bes tau, rambutan yg disejukkan, cuaca ngah sederhana terik, tekak kering mmg bes ssgt la, hehehe teka kt bwh ni tgn sape? hehehe
Bes betul, makan2 rambutan smbil borak2 dgn keluarga angkt, pakcik driver n pnduduk kg. yg dtg, hehehe terasa keriangan suasana kampung tu...
Wah2, syazrin, byk betul rambutan ko amik, nk wat balik IPG ke? sedang menikmati air berais dan rambutan. Ni gambar kitaorng amik dkat kebun rambutan penduduk kg. di Pulau Tuba, lepas makan rambutan sejuk di rumah homestay tdi, kitaorng dibawa mengelilingi pulau tuba, melawat kg, lalu depn skolah dkat situ, pastu singgah di kebun rambutan ni. Byk btul rambutan tau, hehehe kenyang dgn rambutan je la...
Lepas selesai makan rambutan, maka kami pn bertolak balik ke jeti Pulau Tuba utk menaiki bot balik ke jeti PNKL, menurut Tuan Haji Majid diorg dh sediakan makanan tenghari utk kitaorng, hehehe bes la gni, letih2 jalan dpt lak makan percuma, sape x suke kan, rezeki halal jgn ditolak..
Aiisshh.... lompt ke dlm bot tu hati2, nnt x psal2 jatuh dlm laut lak, dhla air dia gatal skit sbb dkat kwsn jeti kan, air longkang la n mcm2 msuk dlm air laut di situ.
Peace smua ! hehehe kitaorng naik bot pelancongan pulak, klu tdi naik bot nelayan time dtg sni, time nk tinggalkn Pulau Tuba yg indah ni naik bot pelancongan lak, hehehe best tau, angin kuat n time tu ujan dh rintik2 gitu..
Fahmi sempt borak2 dgn abg drebar bot ni, En. Ramli b Hashim, dia ckp bot ni harga RM30k wktu dia mula2 beli dulu, skrg mesti lgi mahal klu bot saiz besar ni, fahmi siap wat temuramah lagi, hehehe
Sesampai je di Jeti PNKL, kkitaorng trus dipelawa utk menikmati hidangan makan tengahari di Jeti PNKL yg disponsorkan oleh pihak PNKL. Lauk mmg bes sbb ikan dia fresh dri nelayan, hehehe makan pun mmg kenyang la sbb japg ader aktiviti lain lak, hehehe
Sempat bergambar kenang-kenangan bersama En. Rosdi dan Tuan Haji Abd. Majid, x tahu bile lak la nk dtg sni, mgkin x dtg dh kot, hehehe dtg sni biasanya ader kajian je, klu dtg melancong mmg xkan dtg sni la...
Bersalaman dan saling mengucapkan selamat tinggal, pastu trus naik bus yg sedang menanti kitaorng, huhu sayu la plak kan....
21 JULAI 2011 / KHAMIS
MELAWAT KILIM GEOPARK
Alhamdulillah, balik hostel sempat rhat2 sblm aktiviti strusnya iaitu melawat Kilik Geopark/Geoforest. Memang teruja nk gi la sbb dgr citer dari senior2 diorg ckap mmg bes, hehehe Lepas siap solat zuhur maka kitaorng pn btolaklah ke Kilim Geopark dgn menaiki bus yg sama yg drebarnya Pak Tam. hehehe Sampai trus jalan kaki nk gi ke jeti bot pelancongan Kilim Geopark.
Akhirnya tiba la di jeti bot Kilim tu, hehehe Pn Anisah & Cik Nurhijrah pn tawar menawar harga la utk menaiki bot, alhamdulillah ada sorg pakcik ni pelawa kitaorng naik bot dia dgn harga yg agk bpatutan, maka kami pn naik la, hehehe
Life jacket kne pakai, prosedur keselamatn kata drebar bot tu, adik Muszaphar, hehehe bkn yg angkasawan tu, tpi drebar bot pelancongan di Kilim Geopark nih, maka bertolaklah kami ke lokasi, kt jeti tu mmg byk sgt bot, mgkin sbb time kami gi ni bkn cuti sekolah kan, maka pelancong agk kurang dn byk bot yg x bgerak, tpi wktu tu pelancong arab mmg rmai, mgkin musim diorg cuti kot, hehehe
Ni la bot yg kami naik tu, hehehe
Gambar di atas menunjukkan Fahmi sedng borak2 dgn drebar bot kami iaitu adik Muszaphar, hehehe setelah beberapa minit, (x smpai 10 minit pn) kitaorng pn tiba di gua kelawar. Antara destinasi menarik la utk dilawati klu di Kilim Geopark ni, hehehe sempat lagi posing ats jeti dkat gua tu, hehehe
Haha seramnye, gelapnya. Mula berjalan masuk ke dlm gua kelawar, hehehe mmg xder lampu la sbb klu ader lampu kelawar x dok la dlm tu, hehehe x jadi la gua kelawar....
Masuk gua ni kite dh bleh nmpk stalagmit dan stalagtit yg ader dkat syiling dan lantai gua, fenomena geografi biasa, time form 1 dh blaja rasanya klu x silap, maka kamu pun berjalan lagi melalui trek jalan kaki ni.
Rin smpat lagi posing, akhirnya kami tiba la di gua kedua, gua last la sblm balik ke jeti gua kelawar tdi, hehehe
Anda nampak tak stalagtig yg ader dkat syiling luar gua ni? nmpk tak dia membengkok ke luar dn bukannya lurus ke bawah. Menurut penerangan dari Pak Rostam, stalagtig tu jadi gitu sbb di sekeliling stalagtig tu ader alga tumbuhan yang mmerlukan cahaya utk hidup (menjalankan fotosintesis). Jadi disebabkan syiling luar gua ni x tdedah kpd chaya matahari, maka alga itu condong ke arah sumber matahari. sewaktu alga tu condong, dlm masa yg sama air mengalir melalui stalagtig beralga itu dan akhirnya stalagtig itu turut condong sama mengikut alga. Pop jadilah koko kruch ! hehehe gurau jer, jadilah stalagtig condong gitu, hehehe
Sempat lagi psing dlm gua, patutnya xleh pakai flash time amik gambar dlm gua sbb takut kelawar lari, tpi pakai pn xder pape sbb kelawar still ader kt situ je, hehehe gmbr bwh ni lak mnunjukkan ikan belacak, tahu tak ikan belacak tu ape? ikan belacak ni ikan 2 alam, dia boleh hidup di darat dan boleh hidup dalam air, hehehe nk tangkap pn x sempt sbb dia lagi lincah dari kita...
Pastu kami pn keluar la dari gua kelawar dan balik ke jeti utk naik bot ke destinasi seterusnya, hehehe tpi sblm naik sempt lagi borak2 dgn pak rustam, tgk spesies ikan yg ader kt situ. Gambar bwh ni si Fahmi salesman ngah borak2 smbil tgk spesies ikan yg ader dkat jeti gua kelawar tu...
Haa, ni la pemandu pelancong bot kitaorng iaitu pak Rustam, org tempatan Pulau Langkawi, dh bertahun2 mengusahakan bot pelancongan di Kilik Geopark ni, gambar di atas dia ngah tunjukkan IC dia menandakan dia warganegara M'sia sbb katanya kdg2 org siam (thailand) yg dtg merantau dn tinggal di Langkawi katanya. Gambar kt bwh ni lak dia tgh tnjukkan kad lesen pengusaha bot pelancongan di Kilim Geopark, katanya nk usahakan bot pelancongan ni pn perlukan lesen dari kerajaan gk.
Dalam perjalnan ke sangkar ikan Kilim Geopark, kami sempat melalui beberapa buah kapal layar milik warga asing dari pelbagai negara (omputih la), kata Pak Rustam, mmg byk kapal layar yg singgah di Langkawi ni, dn ini mmbuatkan Langkawi menjadi semakin terkenal di mata dunia.
Ni lak sewaktu kami di sangkar ikan Kilim Geopark, mcm2 ikan yg ader kt situ, ader ikan pari besar ssgt, ader ikan harimau n mcm2 ikan lagi. Menurut abg tu, ikan yg makan org pn ader gk, tpi dia x menunjukkan diri sgt di permukaan air.
Eeeiiii...... Faraha geli dgn ikan ni, hehehe
Lepas hbis pusing2 tgk ikan pelik di sangkar ikan ternakan Kilim Geopark, kami pn dibawa utk melihat fenomena yg lebih menarik iaitu beberapa buah bongkah batuan yg mmbentuk sesuatu, teka bentuk ape gambar batuan di bawah ni?
Klu korng nk tahu, gambar di atas ni menunjukkan muka seorang budak yg mulutnya terendam di dalam air, nmpk tak? Gambar kt bawah ni lak menunjukkan kepala seorang lelaki dewasa yang mancung hidung dan tajam dagunya, nmpak tak?
Lepas selesai, maka kami pn balik... ooppss lupe, sblm kitaorng gi sangkar ternakan ikan dan tgk batu manusia tu, kitaorng smpat dibawa ke tempat di mana menjadi sarang burung helang. Nama burung helang ni adalah Helang Kawi. Pak Rustam membaling perut ayam ke dlm sungai dan menanti helang tu turun menyambar perut ayam tu. Tak lama lepas tu kami nmpk beberapa ekor helang turun menyambar perut ayam di permukaan air sungai tu, tpi x sempt nk upload la gmbr helang tu, sory ek, hehehe Lepas hbis smua aktiviti, maka kami pn pulang la ke jeti Kilim Geopark dan menaiki buas utk ke destinasi seterusnya iaitu Kereta Kabel Langkawi, hehehe Tpi sblm tu sempat amik view di Jeti Kilim Geopark.
21 JULAI 2011 / KHAMIS
KERETA KABEL LANGKAWI @ GUNUNG MAACHINCHANG.
Ini merupakan antra xtvt yg plg kitaorng gemari iaitu menaiki kereta kabel, hehehe pd mulanya kitaorng msih dlm dilema sbb kereta kabel ni tutup awal, kitaorng pn dtg sni dh lambat, takut x sempt nk naik je. Tpi alhamdulillah dgn kecekapan Pak Tam memandu bus dgn laju tetapi selamat smpai, akhirnya kami tiba tepat wktu di stesen kereta kabel ni, hehehe Smpai2 tu trus jalan kaki msuk ke kompleks tu. Tpi smpat gk posing2 sblm naik, hehehe tmbh2 posing ats jambatan ala2 jambatan jepun tu.
Maka kami pn beli la tiket kabel tu, alhamdulillah, nasib baik ada Pak Tam, dia yg negotiate harga tiket bgi murah sedikit, hehehe org bpngalaman sbgai pemandu pelancong katakan, hehehe Maka kami pn naik la kereta kabel, pd yg mule2 naik tu mmg nervous la, almaklumlah mmg tinggi betul, tiang kabel dia pn ader 4 btg jer, jrak antara tiang2 tu pn amat jauh, dgn bunyi angin lagi mmbuatkan hati sesetengah individu bertepik sorak kegayatan di dalam kabel tu.
Alhamdulillah, wlaupn gayat, diorg2 di atas ni mmg relaks sgt, x gayat pn, hehh kereta kabel ni ader 2 stesen di atas sana, kitaorng x bhenti di stesen yg ptama sbb takut sush nk dpt kreta kabel, so kitaorng pn truskn pjalnan ke stesen kereta kabel yg kdua, iaitu tmpt di mana adanya jambatan gantung goyang yg plg tinggi dan mencabar.
Smpai je di stesen kereta kabel tu, ktiaorg rhat2 jap la atas pelantar pemerhati yg ader dkat puncak gunung. Sayangnya hnya 1 pelantar je boleh digunakan sbb 1 pelantar lgi dlm penyelenggaraan, apapun mmg best ader d puncak Gunung MaaChinChang ni, hehehe lepas hbis makan angin atas pelantar, maka ktiarong pn turun ke jambatan gantung goyang yg sungguh menggayatkn kpd sesiapa yg mudh gayat. Tinggal Hakim dan Puspa je x turun ke jambatan tu sbb diorg dh letih, sakit lutut n turun tangga yg tnggi tu..
Akhirnya kami pn tiba di jambatan gantung tu, mmg tinggi waa cakap lu, klu gayat dinasihatkan x turun la, nnt membahayakan, kita boleh rasa jambatan tu bergoyang ditiup angin tau, hehehe dlm gyat2 tu sempat gk posing 2,3 keping gambar...
Lepas hbis photoshot dkat jambatan gantung goyng, kitaorng pn naik balik ke stesn kereta kabel n bertolak turun ke daratan balik, smua org dh turun, tggl geng kitaorng jer, hehehe
Sampai je daratan, kitaorng lega sgt, tapi dlm hati sungguh terasa puas dgn pengalaman menaiki kereta kabel ni, tmbh2 sape2 yg x pernah naik keta kabel lgi mcm admin, ni 1st time admin naik kereta kabel tau, gayat tu ader la sikit, hehehe maklumla 1st time, hehehe
Sempat lagi posing2 di pintu keluar taman Kabel Car ni, heheh posing atas becha tu, hehe sape yg jdi drebar becha tu? hehehe
Maka kami pun bertolak balik ke hotel kembali dgn 1001 pengalaman yg indah disepanjang 3 tempt utama kami lawati (1) Jeti PNKL (2) Pulau Tuba (3) Langkawi Cable Car, hehehe
22 JULAI 2011 / JUMAAT
MELAWAT KILANG GAMAT - MH SAUJANA SDN. BHD.
Pagi ni kami bangun dgn berat hati sbb ari ni dh nk btolak balik ke IPG. Tapi pagi tu sempt gk melawat ke kilang membuat minyak gamat. Pagi2 lagi seawal jam 8 pagi kami dh tunggu bus di lobi hotel, mcm biasa bus sdkit lewat smpai, hehehe Pak Tam cakp dia ingt 8.30 pagi bru kitaorng tggu, hehehe kami dibawa melawat kedai @ kilang membuat minyak gamat dan pelbagai jenis miyk lagi di Syarikat MH Saujana Sdn. Bhd. Menurut Pak Tam, kilang ni mrupakan kilang minyk gamat terbaik sbb terbukti ubatnya berkesan dgn izin Allah, hehehe
Smpai ke dkat kilang ni, kami trus dibawa ke dapur tempat minyak gamat dihasilkan, nmpk la sekawah minyak gamat sedang diproses, kitaorng siap sentuh lagi, minyak tu rasa panas tpi x melecurkan kulit langsung, hehehe Lepas tu kami diberikan taklimat/penerangan berkenaan proses menghasilkan minyak gamat dan diberikan penerangan mengenai produk terkini keluaran mreka yg sungguh elok.
Nampak tak, x panas pn kan minyak tu, siap boleh pgang lagi, hehehe kt bawh ni lak gamat kering, gamat ni akan dikeringkan sblum dimasak utk mendapatkan pati minyak gamat yg asli dan baik.
Wah, tgk tu, nuh dgn ubat kan, dh namanya kedai ubat, mesti la pnuh dgn deretan ubat2 kan, hehehe Kitaorng pn pusing2 kedai beli minyak, hehehe mcm2 jnis ader, ader utk laki, ader utk pmpuan dan ader utk laki dan pmpuan... smuanya dgn harga diskaun sbb beli trus dari kilang, klu beli di luar harga mungkin lagi mhal sbb dia akan ikut harga yg dicetak di label ubat.
Leps hbis beli belah ubat, maka kami pn bertolak balik ke hotel dgn hati yg riang, mcm2 produk di Langkawi kami dh beli, tiba masa utk kami berehat sekejap sblm btolak balik smula ke IPG. Tapi sblm balik hotel, Pak Tam (driver bus) smpat pusing2 Langkawi kejap, dia tunjukkan tmpt di mana Dr. Mahathir selalu menginap sewaktu beliau dtg ke Langkawi, Hospital Langkawi yg menurut Pak Tam xder pesakit, klu ader pn pesakit dari luar mcm pelancong, penduduk tempatan jrg msuk hospital tu. Pastu dia bawa kitaorng pegi ke Ram's, tmpt beli belah cadar, baju2 dan pelbgai jnis produk pakaian, hehehe Lepas tu kami pn balik ke hostel, berehat dan berkemas barangan utk pulang ke IPG, huhuh
22 JULAI 2011 / JUMAAT
BERTOLAK KE JETI LANGKAWI @ MENAIKI FERI
Lepas kami rhat2, kami packing barng dn bsiap utk balik. Segala jnis barangan smuanya dibawa turun ke lobby sementara menanti bus smpai utk mengangkut kami ke Jeti Pulau Langkawi. Byk sungguh brg2 yg kami borong dkat sane, rasanya ekonomi Langkawi maju sbb kami amt byk beli brg. hehehe
Amacam, byk tak brg2 kitaorng borong dkat Langkawi? hehehe
Tak lama lepas tu, bus pn smpai la, Maka dengn berat hatinya kami mengisi segla jnis muatan kargo ke dlm perut bus. Kali ni kami naik bus sekolah plak, mgkin Pak Tam ader trip pegi lain kot, hehehe
Kami pn tiba di Jeti Point Pulau Langkawi. Kargo kami trus dipunggah keluar utk dibawa ke Feri, hehehe byk sungguh barang kami kan, kaya la HIG, Idaman Suri dan Ram's...
Smpai2 je di terminal menunggu, rupanya feri x smpai2 lagi, maka kami pn tggu la kejap, dn tak lama lepas tu feri datang, maka bertungkus-lumuslah kami smua mengangkut barang yg berlambak tu msuk ke dlm feri, fuh senget feri sbb byknya kargo kami kot, hehehe
Tapi sblm feri bergerak, Ketua Unit (KU) dan admin telah kembalilah semula ke terminal utk memastikan tiada 1 pn barng yg tertinggal, atau troli brg milik kami yg tertinggal, alhamdulillah smua telah selamat diangkut ke dlm feri, hehehe sempat lagi tu amik pic gate A, gate keluar kami utk naik feri.
Suasana dlm feri yg x brape crowded mcm wktu kami masuk Langkawi. Utk kali ni kami pilih utk berada sit bhgian ats sbb boleh tgk lautan dan benda2 lain kt luar. Kt ats lgi jelas kot, hehehe
Muka2 sayu sbb x rela hati nk balik IPG, rasa nk dok langkawi jer, hehe klu diposting ke Langkawi bes gk kan, keta pn murah sbb xder duti import, hehehe
Selamat Tinggal Langkawi ! Insyllah di masa hadapan kita akan bertemu lagi.... huhuhu
22 JULAI 2011 / JUMAAT
TIBA DI JETI KUALA PERLIS @ MAKAN LAKSA PERLIS
Alhamdulillah, setelah 1 jam lebih2 perjalanan dari Jeti Pulau Langkawi ke Jeti Kuala Perlis, maka kami pn selamat tiba. Apa lagi, segala brang dipunggah keluar dan diletakkan di hadapan Jeti smentara menanti Bus IPG tiba. Bila bus IPG smpai je trus smua kargo2 dipunggah msuk ke dlm bus. Bile dh punggah2 barang tu, byk tenaga yg kami gunakan dan akhirnya perut kami berkeroncong kelaparan, maka kami pun pergilah mencari kedai utk makan. Alhamdulillah dgn bantuan Kak Syu, our senior KS sem 4, kitaorng dpt mkn di tempt yg sungguh special iaitu Restoran Laksa Kuala Perlis yg terkenal. Mmg bes la, xleh ditakwil lagi, hehehe
Selain laksa, ader gk kuih muih dkat sni. Tpi dkat sni mmg xder nasi, yg ader Laksa Kuala Perlis jer, hehe tpi mmg berbaloi la sbb mmg best laksa dia...
Laksa pn tiba dan kami makan dgn pnuh berselera sekali, hehehe
Gambar2 bwh ni lak pemandangan pekan Kuala Perlis, mmg bes suasana dia, dialek diorg dialek utara tpi agk ader slanga siam sdkit, mgkin sbb dkat dgn Thailand kot...
Tapi yg pastinya Perlis mmg pnuh dgn sawah yg menghijau, x caye nnt pegi, bes woo, bygkn jalan tu kiri kanan sawah yg menghijau, mcm dkat Kedah gk la, hehehe lepas hbis makan laksa maka kitaorng pn bertolak balik ke IPG, sungguh indah kenangan sepanjang berada di Langkawi, hehehe
Alhamdulillah kajian lapangan geografi kami di Pulau Langkawi berjalan dgn lancarnya, hehehe swaktu dlm perjalanan, kami sempat singgah di R&R Gurun dan makan2 dkat situ. Mmg ramai org dkat R&R tu, mgkin time cuti kot.... Apapun kami berasa sungguh hepi dan bahagia sekali spanjang lawatan kajian ke langkawi ini, x sangka pengalaman pergi lawatan ni amat bermakna dlm hidup kami. Kami tiba di IPG pada subuh 23 Julai 2011 iaitu pagi Sabtu. LANGKAWI, INSYALLAH KITA AKAN BERTEMU KEMBALI DI MASA HADAPAN !
Wassalam...
KAJIAN LAPANGAN
GEOGRAFI PERSEKITARAN
DI PULAU LANGKAWI
19/7/2011 - 23/7/2011
[1] Pekan Kuah
[2] Jeti PNKL
[3] Homestay Pulau Tuba
[4] Kilim Geopark
[5] Langkawi Cable Car
[6] MH Saujana Sdn. Bhd.
[7] HIG, Idaman Suri & Ram's