+ KaJiaN SoSiaL +

BIG SeM 5 : LaWaTaN BenCHMaRk SKSS 1

| 20 June 2013

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pengunjung, pada kali ini kami ingin berkongsi dengan kalian semua mengenai aktiviti kami iaitu Bina Insan Guru Semester 5 iaitu lawatan Benchmark ke sekolah-sekolah yang cemerlang. Bagi mengadakan lawatan ini, kami telah memilih Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 di Kuala Terengganu sebagai lokasi lawatan benchmark kami. Jom ikuti fot-foto sekitar lawatan kami ke sana.


Tiba di SBT SKSS 1 di Kuala Terengganu.



Mendengar taklimat mengenai SBT SKSS 1.




Salah seorang senior KS kami semester 7, saudara Muhaimi yang sedang berpraktikum 3 bulan di SKSS 1. Ada sorang lagi iaitu Anept, senior PSV Sem 7 jugak.






Replika cek geran RM700 000 sebagai ganjaran kepada SKSS setelah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi Malaysia.



Antara aktiviti-aktiviti sepanjang tahun di SKSS dan juga anugerah yang pernah dirangkul oleh murid-murid SKSS 1.









Ucapan dari Guru Besar SKSS 1.


Ucapan dari pengarah BIG kami, saudara Aminnulhakim.


Penyampaian cenderahati dan kenang-kenangan dari kedua-dua belah pihak.






Sempat bertemu tutor kami iaitu Tuan Haji Nazeli, yang sewaktu itu datang ke SKSS 1 untuk menyelia praktikum salah seorang senior PSV kami.


Makan time...







Sempat bergambar kenang-kenangan di kawasan SKSS 1.























Sempat melawat ke sekitar SKSS 1.







Berehat seketika setelah penat meninjau kawasan SKSS 1.



Makan tengahari time sebelum pulang ke IPG KDRI.


Saudagar Fahmi sempat bergambar besama salah seorang murid di SKSS 1.


Balik time, selamat tinnggal SKSS 1, insyallah bertemu lagi di masa hadapan.




SuKaNTaRa iNTeR-UNiT SeMeSTeR 5

|

Assalamualaikum w.b.t, apa khabar semua sahabat-sahabat yang berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 5/2013. Dah lama kami tak online, sebab sem lepas (sem 5) memang busy sangat. Maklumla bnyak aktiviti sebelum kami 1st Praktikum. Tambahan pulak first time kami berpraktikum, so banyak persediaan. Admin pun sorang je, tak sempat nk concentrate pada post entry blog, tapi insyallah semester ini akan kembali aktif berblogging. 

Sukantara yang kami terlibat ini merupakan salah satu dari keperluan matapelajaran ko-kurikulum WAJ iaitu olahraga. Justeru setelah menjalani pembelajaran teori sekian lama, maka kami dikehendaki untuk mengajurkan sendiri sebuah sukantara antara unit (iaitu unit kami dan Tesl) berpandukan kepada peraturan-peraturan sukantara yang sebenar. Alhamdulillah akhirnya kami berjaya menjalankan kegiatan ini dengan baik. Jom tengok gambar aktiviti kami sepanjang sukantara. Bertemu di entry akan datang, wassalam...


Sedang menyediakan venue acara di kawasan padang dan balapan.


Pendaftaran & taklimat peserta.
 



Aktiviti bermula, ada acara lari 100 meter, 400 meter, lontar peluru dan lompat jauh.
 




Sukantara terganggu seketika akibat hujan renyai-renyai.
 



Saudara IQBAL Smarties bawak sugar-glidernya ke lokasi sukantara, hehehe comel kn pet nih...
 

Setelah hujan kembali reda, sukantara kembali disambung.
 



Dah habis seme aktiviti, maka diadakan sesi post-mortem oleh Pengarah Sukantara dan oleh pensyarah penasihat.
 




Perjalanan balik ke IPG KDRI & tiba di IPG.





Lagi foto-foto sewaktu sukantara diadakan.
 







SaLaM MaHaBBaH RaSuLLuLLaH S.A.W 1434H/2013M

| 23 January 2013


Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera & Salam 1Dunia kepada semua pengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Semester 5/2013. Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya dan kami di sini juga sihat walafiat semuanya. Pada kali ini kami dari PISMP Kajian Sosial ingin mengucapkan SALAM MAULIDUR RASUL 1434H/2013M kepada semua umat islam di seluruh IPG seluruh Malaysia termasuk juga pengunjung yang berkunjung ke Teratak Terindah kami. Semoga dengan sambutan Maulid Rasul ini, perasaan cinta, kasih dan mahabbah kita kepada Baginda RASULLULLAH S.A.W akan semakin bersemi. Bagaimana kita ingin menzahirkan perasaan cinta dan kasih kita kepada RASULLULLAH S.A.W.? Iaitu dengan mengamalkan as-Sunnah Baginda RASULLULLAH S.A.W. Insyallah, kita sama-sama amalkan Sunnah Baginda, kalau tidak semua pun amalkan yang mudah-mudah contohnya memelihara janggut walaupun sedikit. Berikut merupakan hadis-hadis berkaitan galakan memelihara janggut :

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Jadi insyallah mari kita sama-sama amalkan sunnah yang mudah ini. Jika tidak sepanjang janggut Ustaz Azhar Idrus pun, kita pelihara janggut sejemput pun okey, hehehe Apa kelebihan memelihara janggut?  Antaranya ialah : 

· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita :)
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu.




Jadi apa lagi, hehehe jom kita pelihara janggut sama, untuk lelaki je la, perempuan x perlu simpan janggut, nanti takde sape nak dekat, hehehe Malah pernikahan juga merupakan sunnah RASULLULLAH S.A.W dan bile kite berkahwin kite dapat pahala ikut as-Sunnah RASULLULLAH S.A.W dan juga pahala mendirikan masjid, hehehe Berikut adalah antara amalan-amalan Rasulullah SAW buat ikutan kita sebagai ummatnya. Biarpun tidak semua dapat kita ikuti, cubalah untuk beristiqamah dengan apa yang kita termampu. Semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian. Insyaallah.

Amalan:
Amalan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW ialah kekal (istiqamah) sekalipun sedikit. (Riwayat Termizi dan Nasai daripada Aisyah dan Ummu Salamah)

Puasa:
Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin dan Khamis (Riwayat Ibnu Majah)

Tahajjud:
Rasulullah SAW bangun menghidupkan malam (tahajjud) hingga bengkaklah kedua kaki Baginda (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi, Nasai, Ibnu Majah kepada Mughirah)

Pakaian:
Adalah pakaian yang paling disukai Rasulullah SAW ialah gamis (Riwayat Abu Daud, Termizi, Hakim daripada Ummu Salamah.

Bertemu:
Adalah Rasulullah SAW apabila mendatangi rumah seseorang, ia akan berdiri menghadap di hadapan pintu akan tetapi baginda akan berdiri di sebelah kanan atau kiri pintu sambil mengucapkan; Assalamualaikum. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud daripada Abdullah bin Bisr)
Sujud syukur:
Apabila Rasulullah SAW didatangi dengan berita yang menggembirakan hatinya Baginda akan terus sujud syukur pada Allah SWT (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Bakrah.

Berbaring:
Apabila Rasulullah SAW hendak berbaring (untuk tidur), Beliau akan meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya (Riwayat Tabrani daripada Hafsah)

Makan:
Adalah Rasulullah SAW apabila beliau makan tengah hari Baginda tidak akan makan malam lagi dan jikalau beliau makan malam beliau tak akan makan tengahari (Riwayat Abi Na'im daripada Abi Sa'id)

Berwuduk:

Apabila Rasulullah SAW berwuduk, Baginda akan meyelati janggutnya dengan air (Riwayat Tabrani daripada Ibnu Umar)

Ketawa:
Apabila Rasulullah SAW ketawa, Baginda meletakkan tangannya di atas mulutnya (Riwayat Baghawi daripada Walid Murrah)

Istighfar:
Apabila Rasulullah SAW menghadiri satu majlis kemudian hendak bangun meninggalkannya, Baginda akan beristigfar sebanyak sepuluh hingga lima belas kali (Riwayat Ibnu Sinni daripada Abi Umamah)

Berani:
Adalah Rasulullah SAW orang yang paling baik, paling pemurah dan paling berani. (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah dari Anas)

Benci dusta:
Adalah perangai yang sangat dibenci olehnya (Nabi SAW) ialah dusta (Riwayat Baihaqi dari Aisyah)

Marah:
Apabila Rasulullah SAW marah dan baginda dalam keadaan berdiri baginda akan duduk , dan jikalau sedang duduk baginda akan berbaring, hingga hilanglah marahnya (Riwayat Tebrani daripada Ibnu Mas'ud dan Ummu Salamah)

Beri salam kepada kanak-kanak:
Apabila Rasulullah lalu di hadapan anak-anak, Rasulullah SAW akan beri salam (Riwayat Bukhari kepada Anas)

Memotong kuku:
Rasulullah SAW memotong kuku dan menggunting misainya pada hari Jumaat sebelum keluar sembahyang. (Riwayat Baihaqi kepada Abi Hurairah)

Sekian buat kali ini, berjumpa lagi di posting akan datang, Wassalam...


 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +