+ KaJiaN SoSiaL +

SeLaMaT KeMBaLi ke IPG

| 24 June 2010
Assalamualaikum wbt semua,

Bertemu kembali kita di laman kelas PPISMP KS/BI/BM sem 3/2010 ini. Akhirnya kini kami dah melangkah ke semester 3 iaitu semester terakhir untuk PPISMP yang akan kami lalui. Tak lama lagi akan masuk degree lak, alangkah indahnya. Dan kami akan dapat junior lak, tapi x best la coz junior Kajian Sosial xder thun ni, xtau npe, mungkin ader hal teknikal d peringkat kementerian kot. Tapi apapun kami melangkah ke semester tiga dengan semangat untuk belajar yang tinggi. Setelah 3 minggu berada dan rehat je kat umah, at last kami dapat kembali pulak ke IPG. Rindu gk la, trutama kepada Hock Kee Seng, Mydin Mall, Giantz, Kedai Pok Pin n mcm2 lgi. He3x... Appun semoga pembukaan semester baru ini dapat memberikan semangat yang lebih kuat lagi kepada kami untuk belajar, dan berusaha mengubah karakter menjadi seorang guru di masa hadapan, insyallah, amiin....

Seloka Ilmu

Kemuning di dalam semak
Jatuh melayang ke dalam paya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa gunanya?

Harimau belang turun sekawan
Mati ditikam si janda balu
Ilmu akhirat tuntutlah tuan
Barulah sempurna segala fardu

Kera di hutan terlompat-lompat
Si pemburu memasang jerat
Hina sungguh sifat mengumpat
Dilaknat Allah dunia akhirat

Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor tinggal sembilan
Bangun pagi sembahyang subuh
Minta doa kepada Tuhan

Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat


0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +