Terima kasih kerana setia menatap tulisan demi tulisan di teratak Kajian Sosial PISMP dari IPG Kampus Dato' Razali Ismail ini, di teratak inilah kami saling berkongsi maklumat aktiviti kami dengan anda semua. Tidak kira anda adalah guru pelatih dari IPG mane ataupaun sesiapa sahaja di luar sana. Semoga ianya mendatangkan manfaat kepada kita semua. Blog ini hanya sekadar suka suki kami dalam menempuh cabaran menjadi seorang guru pelatih di IPG dan insyallah menjadi seorang pendidik anak bangsa di masa hadapan. Mungkin ada kalanya telatah kami kelihatan jauh dari kematangan dan keperibadian seoarng guru, namun percayalah hati kami tetap jiwa seorang bakal pendidik anak bangsa, namun semua itu hanya dapat dibentuk dengan kos yang amat tinggi iaitu pengorbnan masa. Tidak mungkin kami dapat mengubah diri kami dari seorang pelajar kepada seorang pendidik dalam masa sehari, sebulan ataupun setahun. Ianya mengambil masa bertahun-tahun dan insyllah dengan izinNya setelah tamat kursus perguruan ini kami akan dapat membentuk keperibadian seorang pendidik dalam diri kami, Ammiinn....
Carolina Wolf: Carolina Wolves, #1
6 years ago
0 komen:
Post a Comment