+ KaJiaN SoSiaL +

BIG SeM 1/2011

| 07 May 2011
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat kalian smua yg sudi berkunjung ke teratak PSIMP Kajian Sosial Sem 1/2011 IPG KDRI ini. Semoga kalian smua sihat sejahtera hendaknya. Pada kali ni kitaorng nk share ttg kitaorng gi Bina Insan Guru (BIG) buat kali pertama. Maklumlah baru masuk PISMP, so antara program wajib bgi PISMP ni ialah BIG. BIG ni meliputi 6 fasa iaitu dari semester 1 sehingga semester 6. Bagi semester pertama PISMP ni, kitaorng punye BIG ialah modul perkhemahan yg mencabar. Sebenarnya BIG kitaorng ni melibatkan 4 unit iaitu PISMP KS sendiri, PISMP PJ, PISMP PK dan PISMP PSV. Jumlah peserta seramai 85 orang smuanya. BIG bagi sem ni selama 4 hari 3 malam. BIG kitaorng diadakan di Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Kuala Berang. Diadakan bermula pada 26 April sehingga 29 April 2011 iaitu hari selasa, rabu, khamis dan jumaat. Kami bertolak pada pkul 3 petang lebih2 dari IPG dan sampai di sana lebih kurng pkul 4.30 gitu la sbb smpai2 trus solat dan makan petang, he3x...

Gi program ni mmg x smpat nak mandi la pasal jadual dia mmg pack ssgt. Pada ari pertama dh nmpk strict lecturer. Buat pengetahuan kalian smua yg bukan dari IPG di luar sana, program ni sbnarnya dibawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan jawatankuasa perlaksananya smuanya pihak HEP. Bagi pihak pelajar, kitaorng hanya bertindak sebagai pembantu lecturer dan pegawai HEP untuk melicinkan lagi prjlanan program ini, he3x... Senarai jawatankuasa mmg ader, tpi pihak HEP yg tentukan smuanya. Kitaorng bile disuruh buat kerja baru kitaorng buat kerja, he3x..

sekadar gambar hiasan

HARI KEDUA

Pada hari pertama, xder ape sgt. Yang ada hanya penerangan/taklimat dari pihak HEP berkenaan program ni. Malamnya kitaorng kne sentri (berjaga malam) macam adat kebiasaan perkhemahan. Pada hari kedua, kitaorng ada Kembara Hutan ataupun Jungle Tracking. Kitaorng kne daki bukit di hutan simpan sekayu dengan dibawah penyeliaan dan kelolaan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Sepanjang perjalanan kitaorng jumpe macam2, ader pokok kacip fatimah, pokok keruing dan mcm2 lagi. Lepas hbis jungle tracking, kitaorng pegi menyusuri sungai sekayu dan memasak makan tengahari secara simple, tpi alhamdulillah nasi masak elok walaupun agak keras. Tpi still sedap la, he3x... Lepas siap makan kitaorng solat berlapikkan pasir dan tanah dan lepas tu trus ikut seorang abg guider dari jabatan pertanian menyusuri sungai sekayu. Sampai di kem, trus rhat2, makan & solat asar. Lepas tu ader sesi refleksi ttg kembara hutan yg pagi tadi. Pada malamnya pula da malam kebudayaan sbb esoknya malam jumaat, jdi x ssuai utk wat malam kebudayaan pada malam jumaat. Lepas je hbis malam kebudayaan, ktiarong pun dgr taklimat ttg aktiviti air pada keesokannya dan trus tido. Sentri tetap berjalan mcm biase....

HARI KETIGA

Hari kedua adalah hari yg agak relaks berbanding hari kedua sebab xder daki bukit2 nih, klu x memang meletihkan la. Pada hari ni paginya macam biasa, ada perbarisan pagi, menaikkan bendera dan menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Terengganu dan lagu IPG. Lepas tu ader taklimat skit ttg aktiviti air dan strusnya gi makan pagi. Lepas makan pagi trus bertolak ke tasik di Taman Pertanian Sekayu beramai-ramai utk aktiviti Water Confident. Pakai lifejacket n disuruh berenang oleh urusetia. Lepas habis berenang dan ader keyakinan nk bermain dgn air, kitaorng pun disuruh naik kayak lak. Memang bes la trutama kpd sesape yg baru pertama kali naik kayak. Macam admin dh byk kali naik, solo pun pernah, he3x... leps tu kelas kitaorng kne masak utk makan tengahri, so ada sstgh geng kelas kitaorng kne balik kem utk masak makan tengahri, admin pun ikut gk, he3x... Lepas siap aktiviti air, maka smua peserta kne solat n makan tengahari, makan pun dh lewat gk... lepas tu ader LDK dan taklimat dari urusetia. Pada sebelah malanya pula ader bacaan yassin beramai-ramai diketuai oleh admin sndri. Lepas hbis solat isyak, smua pserta kem tlibat dgn aktiviti LDK berbentuk pembentangan Forum. Smua unit dpt tajuk masing-masing dan kne wat persembahan forum dan diadili oleh Tuan Haji Nik Harun Aminurrashid. Lepas tu ktiaorng dgr taklimt dri Pen. Komandan Kem dan trus tido. Malam tu sentri mcm biase dan ada ura-ura akan ada aktiviti berjalan malam. he3x..

HARI KEEMPAT

Pada hari keempat ni, kitaorng bermula dgn aktiviti yg xder dlm tentatif iaitu aktiviti berjalan sebelum subuh ke masjid yang terletak kira-kira 4 kilometer dari kem iaitu di simpang nak masuk ke kem perkhemahan. Mula-mula smua ingtkn kne masuk air ke, kne dera naik bukit ke, rupanya berjalan di solat subuh dkat masjid luar je, he3x... Lepas hbis solat subuh kitaorng pun balik kem balik n siap2 utk perbarisan pagi dan menyanyikan lagu beberapa bijik. Lepas tu ader sarapan pagi n siap utk LDK lepas tu. Pagi tu ader refleksi ttg program dan refleksi ttg aktiviti kraftangan kitaorng yang dipengerusikan oleh Miss Izzati lecturer Jabatan Bahasa-Bahasa. Lepas je hbis refleksi, smua peserta minum pagi n siap2 utk majlis perasmian penutup. Smbil2 tu kemaskan khemah n gi dewan utk majlis perasmian pnutup. Lepas selesai majlis perasmian penutup, ktiarogn pun angkat barang letak dlm bas n siap2 utk balik. Dalam pkul 12.30 tenghari hari jumaat, maka kitaorng pun kuar la dari kem n btolak balik ke IPG. Tpi ondaway smpat singgah solat jumaat di masjid di Ajil, n lepas tu trus btolak balik ke IPG, he3x... sepanajng perjalanan smua peserta tido, letih sgt 4 hari BIG, he3x.... BIG, insyllah kite jumpe lagi di Sem 2 bulan 7 nih, he3x...
Sekian wassalam...

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +