+ KaJiaN SoSiaL +

SeLaMaT MeNJaLaNKaN TuGaS !

| 15 June 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia buat kalian yang sudi sekali lagi berkunjung ke Teratak PISMP Kajian Sosial Semester 2/2011 Ambilan Januari 2011. Apa khabar kalian semua? Diharapkan semuanya sihat walafiat hendaknya. Sedar tak sedar dah hampir 3 minggu cikgu-cikgu pelatih dari IPG bercuti termasuklah kami sekelas. Tak sedar masa cepat berlalu dan tidak lama lagi kami akan menapak kembali di IPG KaDRI untuk meneruskan kembali usaha kami menuntut ilmu bagi menjadi seorang guru yang kompeten kelak, insyallah. Justeru, dengan pembukaan semester baru ini, pastinya ada perlantikan jawatankuasa yang baru menggantikan jawatankuasa kelas yang lama. Jika semester 1 PISMP, ketua unit ialah saudara pusparajan, siapakah pula ketua unit pada semester 2 PISMP ini? Setelah dirunding dengan penuh jayanya, maka jawatankuasa di bawah ini telah dipilih untuk menganggotai senarai jawatankuasa tertinggi kelas kitaorng pada semester 2 PISMP. Bagi pihak guru pelatih lelaki memang dh awal2 kami 'chop' sem berapa nak jadi KU, kcuali 2 sem akhir iaitu semester 7 dan 8yang masih lagi dirunding siapakah akan menjadi ketua unit pada waktu itu. Pada guru pelatih perempuan mereka haruslah mengadakan rundingan dan pengundian untuk menentukan siapakah yang mengisi jawatan penolong ketua unit dan juga jawatankuasa sama ada setiausaha ataupun bendahari kelas. Maka dengan rasminya, kami PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 telah bersepakat bahawa individu-individu di bawah telah dilantik secara rasmi menjawat jawatan tertinggi dalan jawatankuasa kelas PISMP Kajian Sosial Semester 2/2011 di IPG KaDRI.

SENARAI JAWATANKUASA KELAS
PISMP KAJIAN SOSIAL SEMESTER 2/2011

KETUA UNIT
Muhammad Adib Bin Misslani
Nama Gelaran : Adib / kepong / adib korek2

PENOLONG KETUA UNIT
Zainab Asilah Binti Abdullah
Nama Gelaran : Asilah / Zaaba / Zainab Asilah

SETIAUSAHA UNIT
Nurul Jannah Binti Hussin
Nama Gelaran : NJ / Jannah

BENDAHARI UNIT
Muhammad Iqbal Bin Zahanuddin
Nama Gelaran : Iqbal / Pat / Keba

Kami PISMP Kajian Sosial yang lain akan menyokong kalian dari bawah untuk memastikan segala tugasan kelas kita nanti akan berjalan dengan lancar terutama dalam penyertaan dalam sesuatu acara atau pertandingan, membayar yuran kelas (RM50 per semester) dan sebagainya. Jangan bimbang, kita jalankan tugasan ini bersama-sama, semoga dengan perlantikan ini, PISMP Kajian Sosial Semester 2/2011 akan menjadi lebih hebat dan seiring dengan kehebatan unit-unit lain dalam pelbagai sudut. Selamat Bertugas !
Wassalam...

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +