+ KaJiaN SoSiaL +

ProGRaM HaRi BuMi IPG KDRI 2012

| 10 April 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Malaysia kepada semua kalian yang sudi berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Apa khabar semuanya? Semoga sihat walafiat hendaknya, kami di sini pun smua sihat, alhamdulillah. Pada kali ini kami nak share aktiviti terbaru kami yang sedang berjalan iaitu Program Sambutan Hari Bumi IPG Kampus Dato' Razali Ismail 2012. Program ini merupakan salah satu dari tuntutan silibus subjek Pendidikan Pembangunan Lestari yang kami sedang belajar pada semester ini. Antra matlamat utama perlaksanaan program sambutan hari bumi ini ialah untuk mendedahkan kepada semua mahasiswa guru di IPG KDRI mengenai cara hidup lestari yang sepatutnya diamalkan oleh semua mahasiswa guru. Terdapat beberapa program yang telah kami rangka antaranya ialah :

[1] KUTIPAN BAHAN KITAR SEMULA

Program ini dilaksanakan mengikut beberapa tarikh yang telah dibincangkan antara smua jawatankuasa peringkat unit. Kutipan ini akan dilakukan dari bilik ke bilik dari blok ke blok yang meliputi blok di pihak perempuan dan lelaki. Waktu kutipan adalah berdasarkan pertimbangan setiap AJK kutipan bagi setiap blok. Antara bahan kitar semula yang dikutip ialah kertas terpakai (akhbar, kertas recycle dll), plastik (botol plastik, beg plastik dll), kaca (botol, bekas ubat dll) dan juga tin/aluminium. Kesemua barang ini akan dikutip dan dikumpulkan sebelum diaudit pada tarikh yang telah kami tetapkan. Kesemua barangan ini akan dijual kepada syrikat kitar semula (RD Papers) dan dana akan digunakan untuk mengadakan program alam sekitar lain di IPG KDRI.


[2] TAYANGAN FILEM WALL-E & PENERANGAN ISU ALAM SEKITAR DALAM NEGARA

Selain kutipan barang kitar semula ini, kami turut mengadakan sesi tayangan filem yang penuh maklumat dan pengajaran mengenai peri pentingnya alam sekitar ini dijaga. Filem tersebut ialah filem animasi bertajuk WALL E iaitu mengisahkan pengembaraan sebuah robot mencari tumbuhan hidup di bumi yang telah musnah dan ditinggalkan oleh manusia. Misinya untuk membawa balik tumbuhan tersebut yang menandakan bahawa bumi sudah pulih dan manusia yang merantau di angkasa lepas boleh kembali semula ke bumi. Selain tayangan filem ini, kami turut menayangkan video-video penerangan mengenai beberapa isu alam sekitar yang berlaku dalam negara. Antarnya video penerangan mengenai peristiwa kebocoran bahan kimia radioaktif di Perak (1984), kisah pembuangan bahan kimia sianida di Raub, Pahang 2009, kisah pengondolan hutan yang amat berleluasa di Sarawak dan isu terbaru iaitu isu pembukaan kilang Nadir Bumi LYNAS di Gebeng Kuantan yang memberikan pelbagai impak kepada persekitaran. Alhamdulillah tayangan ini telah diadakan dengan jayanya dan mendapat penyertaan yang amat memberangsangkan walaupun malam tayangan tersebut bertembung dengan program Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2012) dan pelbagai mesyuarat yang secara semerta diadakan oleh pihak-pihak di dalam IPG kami.


[3] KUIZ ALAM SEKITAR 2012

Kuiz ini telah diadakan bermula 9 April sehingga 19 April pada mulanya. Namun setelah beberapa pertimbangan seperti waktu yang suntuk, ketiadaan bekalan elektrik di IPG dan sebagainya, maka tarikh akhir penghantaran borang jawapan kuiz telah dilanjutkan kepada 24 APRIL 2012. Kuiz ini dibahagikan kepada 4 kategori iaitu PPISMP Sem 2, PISMP Sem 1, PISMP Sem 3 dan GSTT (DPLi & PPISMP). Jawapan akan diberikan kepada setiap kelas oleh AJK yang bertugas dari unit kami dan jawapan dihantar semula dalam 3 bentuk, sama ada memberikan sendiri kepada AJK atau AHLI PISMP KS0 kami, atau memasukkan ke dalam kotak jawapan yang disediakan di blok PKPG atau dimasukkan ke dalam kotak di Papan Kenyataan JPP berdekatan Perpustakaan Ibnu Sina IPG KDRI. Hadiah amat lumayan iaitu bernilai RM40 untuk tempat PERTAMA, RM 30 untuk tempat KEDUA dan RM 20 untuk tempat KETIGA. Pertandingan adalah percuma dan hadiah disediakan. Kepada mahasiswa guru di IPG KDRI, jangan lepaskan peluang...


[4] MAJLIS PERASMIAN / PENUTUP HARI BUMI IPG KDRI 2012

Pada mulanya majlis ini dirancangkan pada 22 APRIL 2012 yang akan dilakukan serentak melibatkan semua warga IPG KDRI. Namun disebabkan oleh masalah ketiadaan bekalan elektrik di seluruh IPG KDRI dalam jangka masa sebulan, berkemungkinan besar program ini akan ditunda kepada tarikh 29 APRIL 2012 dan dilakukan di Dewan Kuliah Teltrac yang mempunyai bekalan elektrik alternatif. Sekiranya majlis ini diadakan di Dewan Teltrac, berkemungkinan besar hadirin yang dijemput hanyalah warga Jabatan Kajian Sosial sahaja disebabkan oleh kapasiti dewan tersebut yang tidak dapat menampung kesemua warga IPG KDRI. Namun sekiranya elektrik ada pada tarikh 29 APRIL 2012 ini, lokasi dan penglibatan adalah sepertimana cadangan asal iaitu di Dewan Al-Farabi dan melibatkan seluruh warga IPG KDRI. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, insyallah....


JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +