+ KaJiaN SoSiaL +

AeRoBiK 1MuRiD 1SuKaN Peringkat IPG KDRI

| 10 July 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 4/2012 ini. Minggu lepas pada hari selasa (10 Julai 2012), secara serentak di seluruh Malaysia telah diadakan Senamrobik 1Malaysia melibatkan semua institusi pendidikan meliputi sekolah rendah, sekolah menengah dan institut perguruan. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail turut tidak melepaskan peluang untuk mengajurkan Senamrobik 1Malaysia ini dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan juga Jabatan Pendidikan Jasmani IPG KDRI. Program senamrobik 1Malaysia ini telah diadakan di tapak perhimpunan IPG KDRI bersebelahan dengan dewan utama IPG KDRI iaitu Dewan Al-Farabi. Program ni bermula pada jam 7.30 pagi melibatkan kesemua warga IPG KDRI dan juga murid-murid dari Sekolah Kebangsaan IPG KDRI atau teaching school.

Murid SK IPG KDRI sedang memasuki dataran perhimpunan IPG KDRI, belakang tu adlah Dewan Al-Farabi, dewan utama IPG KDRI. Kat bawah ni lak En. Mohd Zaid, beliau sedang menyusun susunan di dataran perhimpunan sedang dalam masa yang sama semua anggota unit beruniform pun dok dalam barisan. Jadi warga IPG yang lain harus disusun dengan baik kerana ruangan di dataran perhimpunan agak terhad.


Gambar atas dan bawah menunjukkan barisan anggota unit beruniform, ada KRS, ada Pengakap, ada Puteri Islam dan Pandu Puteri Kadet. Tapi time ni xder warga IPG KDRI dari kelas2 lain lagi.



Ketibaan murid-murid dan guru pengiring dari SK IPG KDRI, ada tahun 1, tahun 2 dan juga prasekolah. Diorg berada di barisan hadapan. Depan barisan diorg lak barisan para guru SK IPG KDRI dan pensyarah serta kakitangan IPG KDRI.



Gelagat-gelagat murid dari SK IPG KDRI.









Maka senamrobik 1Malaysia pun bermula la, hehehe memang meriah la senamrobik, hehehe. Senamrobik 1Malaysia ni diketuai oleh mahasiswa guru dari unit Pendidikan Jasmani Sem 4/2012, 1 batch dengan kitaorng.





Gelagat sepanjang program senamrobik 1Malaysia IPG KDRI.






Lihatlah betapa gembiranya semua murid-murid SK IPG KDRI ni dok bersenamrobik, hehehe.











Program Senamrobik 1Malaysia ni lama jugak, dalam setengah jam masanya. Dalam 7 lagu yang digunakan untuk senamrobik ni. Memang lama dan memang berpeluh sebab tengah2 matahari sedang naik. Tapi takpe la sebab vitamin D kan, utk kesihatan kulit gk.


JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +