+ KaJiaN SoSiaL +

KePuTuSaN PRK IPG KDRI 2013

| 22 January 2013

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung ke Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 5/2013. Semoga kalian semua sihat walafiat hendaknya. Kami KSOrian di sini pun sihat walafiat semuanya cuma tak sabar menunggu kemasukan elaun je, hehehe Dikhabarkan akhir Jan atau awal Feb insyallah elaun masuk, pakat2 kita berdoa ye semoga elaun dapat cepat, sebab aktiviti pun dah banyak nak start dan smua tu perlukan duit utk dilaksanakan.

Alhamdulillah, keadaan di IPG KDRI kini tenang setelah selesainya Pilihanraya Kampus IPG KDRI (PRK) yang berlangsung pada 16 Januari 2012 dan senarai penuh ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG KDRI telah diumumkan dan semuanya berjalan dengan lancar. Pada tahun ini kami tidak menghantar sebarang calon untuk pengundian PRK sebab smua cuba untuk menumpu perhatian kepada praktikum 1 yang akan menjelma pada bulan 4 kelak. Dibimbangi kami tidak dapat membahagikan komitmen yang jitu kepada JPP jika praktikum kelak. Maklumlah kami kena berusaha keras untuk mengekalkan momentum PNGT kami untuk semester-semester akan datang.

Pada petang 16 Januari 2013 iaitu hari Rabu, keputusan penuh PRK JPP IPG KDRI 2013 telah diumumkan. Majlis bermula jam 2.30 petang dengan kehadiran ramai hadirin ke Dewan al-Farabi. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya Kampus 2013 iaitu saudara Razif dan seterusnya ucapan pengumuman kemenangan oleh Timbalan Pengarah IPG KDRI, Tn. Hj. M. Shaipullah Bin Awang Ibrahim. Beliau memberikan sedikit nasihat dan pesanan kepada bakal-bakal JPP yang akan diumumkan oleh beliau kelak.


Sewaktu itu, kesemua calon telah berada di atas pentas menanti pengumuman yang akan disampaikan. Akhirnya diumumkan calon-calon yang telah menang satu persatu dimulakan dengan calon semester dan seterusnya calon umum. YDP JPP bagi sesi 2013/2014 adalah MUHAMMAD SYAUQI ZAMRY dari PISMP TESL Semester 3. Beliau seorang yang berkaliber dan mendapat sokongan ramai terutama dari senior-senior semester 5 dan 7. Antara manifesto yang mendapat sambutan ramai pengundi ialah manifesto di bawah. Menggambarkan beliau merupakan YDP pilihan ramai kerana berkhidmat untuk semua tanpa mengira kelompok.
 


Berikut merupakn printscreen keputusan penuh PRK JPP 2013 dari jawatan tertinggi (YDP, NYDP, Setiausaha & Bendahari) dan juga calon-calon dari setiap semester yang akan menjadi EXCO dan Timb. EXCO bagi setiap biro dalam JPP. Semoga kalian semua dapat berkhidmat dengan cemerlang dan insyallah IPG KDRI pada tahun ini akan bertambah baik dari tahun-tahun lepas. Kami dari PISMP Kajian Sosial Sem 5/2013 dengan ini menghormati keputusan yang telah dibuat oleh suara warga IPG KDRI dan kami akan berdiri teguh di belakang kalian semua dalam menjayakan program2 di IPG KDRI kelak, insyallah. Berkhidmatlah untuk semua kerana kalian adalah mewakili semua warga IPG KDRI. Semoga memperoleh keberkatan dalam berorganisasi, insyallah...

Wassalam...























0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +