+ KaJiaN SoSiaL +

PaPa & MaMa KS

| 11 January 2011
Assalamualaikum w.b.t

Bersempena dengan bulan baru, tahun baru ini, kami semua datang ke IPG dengan 1001 harapan dan azam baru. Ada disertai juga dengan hobi baru, yang terbaru hobi kitaorng adalah memelihara haiwan cute seperti gambar di atas ini, he3x... Nama binatang ni adalah Papa dan berasal dari spesies arnab cute, he3x... Yang sekor lagi nama dia Mama, dia ada dok maen kt tmpat lain kot.... x masuk dalam gambar nih.

Woit fahmi, dok maen gapo bawoh ampaian tuh, nnt jatuh ampaian tuh, baru bekok palo, he3x.... Kt bwh ni lak si Adib Kepong ngah maen2 dgn Papa kt tepi longkang, he3x... kne jaga papa tu takut papa jatuh dlm longkang tu ker... bhaya la..

Tapi sblm tu shamil & amsyar smpat lagi makan2 kt tepi longkang tuh, longkang bersih xpe...sbnarnya diorng x mkn pn, just tgk2 nasi yang adib beli utk amsyar, he3x...bes kot, lauk banyak gile, kenyang la amsyar jwbnya, baru badan taf kan...he3x...



Jom kite ikuti pbualan fahmi, syazrin & shamil Math ni, ape yg diorg bualkan agaknya smpai syazrin tarik rambut si shamil tu....

SHAMIL : Aku x makan mama la, kan tadi dia ada dok maen2 kt sni.
RAIN : Ko tipu, mana ada mama, dia dh ilang dah, xder jejak pun.
FAHMI : Betul2, tadi baru aku dok maen2 dgn Mama kt tepi longkang ni, pastu xkan ilang mcm tu je.
SHAMIL : Betul la, aku x mkn la arnab hitam shamil tu, aku dah kenyang makan biskut mayat lepas balik kelas Math tdi.
RAIN : Ye sangat la ko, aku tahu ko yang makan arnab hitam nama Mama tu kan, jangan nk tipu la.
FAHMI : Betul2, memang dia makan, aku ada bukti kukuh la.
SHAMIL : Apa buktinya? Bagitau la, xder bukti punye.
FAHMI : Tu bulu arnab kt hidung kau tu ape? Kau makan arnab shamil ex-KU kitaorng yerk.
SHAMIL : Bukan la, bulu arnab kt idung aku ni sebab aku tersedut bulu tu waktu dok cium2 arnab tdi.
RAIN : Ye sangat la ko, fahmi, mcm mne ni, kita nk denda ape dgn si shamil pemakan arnab ni?
FAHMI : Senang je. kita tarik rambut dia, jom....hahahaha
RAIN : Jom, hahaha tarik rambut salun dia nih.....he3x...
SHAMIL : Aduh, sakit la weii...

(akhirnya shamil mengaku bahawa dia adalah pemakan arnab hitam bernama Mama itu)

Lepak2 ujung blok petang2 smbil amik angin, best gile woo.... Angin kuat gile...sejuk je badan rasanya.. kt bwh ni adib ngah main dengan arnab warna puteh bernama Papa. Yang warna putih tu arnab ye, bukan kertas ke, kain ke...he3x...

Ha ni la arnab warna puteh bernama Papa yang dibeli oleh Shamil ex-KU sem lepas, umur x smpai setahun pun lagi, agaknya 2 bulan kot...kne tnya shamil la brape umur dia nih...

Ha, kt bwh ni pn arnab tau, bukan kucing or kangaroo. Ni la arnab warna hitam bernama Mama yang sblum ni disyaki dimakan oleh pemakan arnab bernama Shamil dari unit Math, he3x.... Comel tak? Ngah garu kepala dengan kaki kanan dia tuh, ada ala2 kucim gk la... Ni la hobi terbaru kitaorng sewaktu di kolej kediaman, memelihara arnab berwarna hitam dan puteh bernama Papa dan Mama, he3x...



SaMBuTaN BiRTHDaY FaHMi

|
Assalamualaikum w.b.t.

Terima kasih kerana setia menatap tulisan demi tulisan di teratak Kajian Sosial PISMP dari IPG Kampus Dato' Razali Ismail ini, di teratak inilah kami saling berkongsi maklumat aktiviti kami dengan anda semua. Tidak kira anda adalah guru pelatih dari IPG mane ataupaun sesiapa sahaja di luar sana. Semoga ianya mendatangkan manfaat kepada kita semua. Blog ini hanya sekadar suka suki kami dalam menempuh cabaran menjadi seorang guru pelatih di IPG dan insyallah menjadi seorang pendidik anak bangsa di masa hadapan. Mungkin ada kalanya telatah kami kelihatan jauh dari kematangan dan keperibadian seoarng guru, namun percayalah hati kami tetap jiwa seorang bakal pendidik anak bangsa, namun semua itu hanya dapat dibentuk dengan kos yang amat tinggi iaitu pengorbnan masa. Tidak mungkin kami dapat mengubah diri kami dari seorang pelajar kepada seorang pendidik dalam masa sehari, sebulan ataupun setahun. Ianya mengambil masa bertahun-tahun dan insyllah dengan izinNya setelah tamat kursus perguruan ini kami akan dapat membentuk keperibadian seorang pendidik dalam diri kami, Ammiinn....

Kali ni kitaorng nak kongsi kisah kitaorng sambut birthday fahmi di kolej kediaman, Birthday fahmi jatuh pada 10 januari baru2 ni, ini bermakna fahmi kini melangkau umur 20 tahun seiring dengan kematangannya yang kian terlihat kini. Semoga fahmi bahagia dalam hidupnya dan dapat meneruskan kecemerlangan dia dalam pelbagai bidang di IPG dan seterusnya dalam bidang perniagaan yang diasaskannya sekarng, he3x... Tapi yang peliknya fahmi yang bawak kek birthday dia ke bilik, kitaorng pn mkn gk la, he3x... kek coklat, bes woo....he3x...jgn jeles ek... mungkin kek tu dia sambut dgn ehem2 dia kot, pastu dia pn share la dgn kitaorng, he3x....

Amacam, bes x kek nih, he3x... Kek coklat do....he3x... Agaknya2 tangan siapa ye yang cok pegang kek kt atas nih, he3x...

Kt atas ni si Puspa KU ngah makan kek, sedap btul dia mkan, x mkn tnghari kot. Sambil2 makan tuh si Fahmi bukak hadiah yang dihadiahkan oleh ehem2 dia, dia dapat kemeja kot, ade kad jugak yang diberikan oleh ehem2 dia, he3x...

Ha tu dia fahmi dan amsyar, the best friends tengah pegang hadiah yg fahmi dapat, hadiah ni bukan si amsyar yg bagi tau, nmpk je mcm amsyar bagi, ala2 YB bagi sumbangan nak dekat pilihanraya gitu, he3x...ada gaya YB x amsyar tuh?...

Sambil2 tu lepas habis mkn kek n wish pada fahmi, sempat gk kitaorng amik2 gambar kenangan, kt atas ni si adib ngah amik take picture dengna kamera puspa. Tambah2 handset di Puspa tu mahal & kamera dia pn OK gk la, tu gune tuh, he3x... Bile lagi nk test amik gambar dgn handset mahal kan, he3x...

Waktu sambutan birthday fahmi tu sbnarnya akim & shamil ngah matsh game bola kt laptop puspa, tpi bhenti kejap utk makan kek, lpas hbis makan kitaorng pn sambung la maen game, he3x... Kepada fahmi SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-20, SEMOGA MAJU JAYA....



SaMBuTaN BeSDaY PuSPa

| 09 January 2011
Assalamualaikum w.b.t. & salah sejahtera semuanya.

Kali ni kitaorng nak share aktiviti kaum adam yang amat bermakna bile tiba time sambutan ulangtahun kelahiran setiap tahun, he3x... Kitaorng rancang pekena puspa, tapi last2 adib pun terpalit sama, he3x... Habis tepung dan air ber'bau' kne kt adib, he3x... Apapun memang enjoy gile la time sambut birthday puspa ni....Jom kite tengok ape aktiviti menarik kitaorng nih...

Puspa bermandikan tepung, he3x... Nasib baik tepung tu tepung lama, bukan yang baru, he3x... Klu yang baru kan tepung naik harga...

Kt bawah ni si Adib la yang kne tepung, nak wat kat orang, adib lak yang jadi mangsa jugak, he3x... Puspa tarik dia msuk dlm perang debu tepung skali, he3x...

Disambil menggunakan tepung, kitaorng jugak menggunakan air syampu untuk disimbah ke sesiapa yang terkena, at last Puspa + Adib yang kne, he3x... xpe nsib baek air syampu je kan...

Kt bawh ni la muka adib yang diselaputi tepung roti canai, he3x...

Tepung yang berselerakan di atas lantai depan bilik Puspa, he3x...

Lepas Puspa & Adib siap mandi, kitaorng pun mulakan acara memotong kek. walaupun kek x brape mahal, tapi nilainya paling penting, bleh eratkan ukhuwwah sesama kita kan, he3x... Semoga persahabatan ni kekal utk selamanya, insyallah Amiin...

Ni la tepung gandum yang digunakan untuk dipercikkan ke atas puspa + adib tadi, tepung ni disimpan turun temurun tau, nnt tepung dari paket sama jugak yang akan singgah di atas kepala sesiapa yang bertuah yang lain, he3x..

Lepas je kne tepung tu, Adib terpaksa merendam baju dan seluarnya di dalam baldi untuk dibasuh, kesian adib, he3x...

Maka bermulalah upcara memotong kek oleh Puspa, the birthday boy, he3x... walaupun x mahal, tapi nilai persahabatannya yang paling berharga...



Yum2....bestnya makan, he3x... Syazrin dh siap tunggu kt bawah lagi tuh...




HePi BeSDaY PuSPa, AiSHaH & FaHMi

|
Assalamualaikum w.b.t. semuanya

Kali ni kitaorng nk bkongsi saat paling bermakna bagi unit kitaorng, iaitu 3 ulangtahun kelahiran serentak iaitu ulangtahun kelahiran yang ke-20 untuk Pusparajan pada 8/1/2011, ulangtahun ke-20 untuk Siti Nor Aishah Binti Mukhtar pada 9/1/2011 dan juga ulangtahun kelahiran ke-20 Muhamad Fahmi Bin Ab Rasib pada 10/1/2011. Jatuh pada hari sabtu (puspa), ahad (aishah) dan isnin (fahmi). 3 hari berturut2 ulangtahun kelahiran. Sungguh bermakna bulan ini untuk unit KS. Tambahan pulak waktu 2/1/2011 baru2 ni ulangtahun kelahiran our beloved tutor, Cik Nurhijrah Binti Zakaria.

Kepada Puspa yang merangkap Ketua Unit PISMP Sem 1/2011 ni, semoga selamat menyandang jawatan penting tu. Puspa jangan bimbang, kitaorng sekelas akan backup puspa yup dlm semua hal. Yang penting puspa pun wat yg terbaek utk KU ni, lgpun Aida ada utk tolong Puspa, yang penting jgn stress2 tau...tugas tetap berjalan tapi study still steady ek...

Buat Aishah, orang kualang ibang kite, semoge maju jaya lagi dlm sgenap aspek ek, jgn lupe jemput umah kawen nnt, kitaorng pn nk tgk gak bakal classmate menantu, he3x.... Semoga berbahagia syokmor ye... Ha ucapan strusnya ditujukan khas utk OKB (Orang Kaya Baru) Muhamad Fahmi Bin Ab Rasib, semoga sukses sokmo dalam khidupn deh, doh kayo nnt ingt2 la ko sek2 nih, he3x... Semoga Maju Jayo....Majulah Felda Neram Untuk Fahmi....he3x..

SELAMAT MENYAMBUT UALNGTAHUN KE-20
KHAS BUAT PUSPARAJAN, AISHAH & FAHMI

ORieNTaSi PISMP IPG KDRI

|
Assalamualaikum w.b.t.

Bertemu kembali di laman blog PISMP Kajian Sosial yang serba padat dengan aktiviti kitaorng spanjng pngajian di IPG KDRI ni. Kini pada 3/1/2011, iaitu setelah 1 1/2 tahun kitaorng menjalani program persediaan ijazah sarjana muda perguruan, maka tibalah masa kitaorng melangkah kaki ke alam pengajian peringkat ijazah. Kali ni kitaorng lebih bsemangat utk mnjadi seorang guru, he3x... Tapi sblum belajar di peringkat ijazah di IPG KDRI, kitaorng kne menjalani satu sesi orientasi baru bagi semua pelajar PISMP Sem 1 yang baru mendaftar. Semua unit terlibat termasuk unit TESL SM yang akan blaja 4 sem di IPG KDRI dan 4 sem lagi di UKM. Nmpknya diorg xder pngalaman la utk gi praktikum dengan kitaorng kan, nk time2 sem2 last degree la banyk program mnarik yg btemakan budak2 & skolah rendah nih, klu gi U memang sush nk dpt ngajar budak2. Sedangkan UPSI pun baru masukkan praktikum dalam silibus belajar diorg (admin tahu sebab admin pnah msuk UPSI kejap sblm msuk IPG KDRI ni)...

Ha, kat atas ni Ketua Unit baru iaitu saudara Pusparajan A/L Thiagarajan. he3x... Sem 1 ni adalah giliran dia untuk jadi KU setelah 3 sem PPISMP iaitu Aiyad (sem 1), Syazrin (Sem 2) dan Shamil (Sem 3). Tapi kali ni Puspa dibantu oleh Nurul Aida Binti Ibrahim, orang Johor selaku Penolong Ketua Unit, Ahmad Amsyar Bin Abdullah selaku setiausaha unit merangkap pencatat kedatangan ke kuliah dan Nur Fatin Bin Abd Aziz as treasurer & bendahri kelas dan memungut RM10.00 sebulan dari setiap ahli kelas. Tutor kitaorang masih tetap sama iaitu Cik Nurhijrah Binti Zakaria. Program Orientasi ini mengambil masa 2 hari sahaja iaitu pada hari pendaftaran degree 3/1/2011 dan keesokannya iaitu 4/1/2011. Program hanyalah seminar2 panjang sahaja bermula seawal 8 pagi sampai ke 4.30 petang. Tapi ada rehat la utk makan pagi dan solat zuhur di balai islam.

Ni la dia suasana sepanjang orientasi tu berlaku, sungguh dramatik dan menarik sekali dengan pelbagai ragam yang berlaku. he3x... Pada pagi 3/1/2011 bermulanya sesi pendaftaran utk semua unit PISMP tmasuk TESL SM. Tapi TESL SM kne mndaftar di kaunter UKM n diorg kne ikuti 2 sesi orientasi iaitu dari pihak IPG KDRI dan juga dari pihak UKM. Kesiannya, he3x... Lepas pendaftran ada taklimat dari unit HEP yang memperkatakan tentang kewajiban membayar saman tidak hadir kuliah. Lepas solat zuhur start 2.30 petang ada taklimat dari unit kurikulum yang menerangkan mengenai cara kurikulum PISMP dilaksanakan yang semestinya amat berbeza dengan cara kurikulum PPISMP dulu.


Pada 4/1/2011 iaitu hari selasa tu, ada taklimat peperiksaan dan penilaian dari unit peperiksaan IPG KDRI. Mungkin agak pelik sedikit ye sebab kt slide tu dia tulis 4 januari 2010. Sebenarnya pegawai peperiksaan tersilap tarikh sebenarnya. Biasalah slide sama diulang, mesti x teringat nak tukar tarikh kan. So kitaorng pun dengarlah dengan khusyuknya sampai selalu mengangguk tanda setuju dengna penerangan diberikan.

Lepas habis taklimat dari unit peperiksaan, maka bermula jam 10.45 pagi gitu la, berlangsung pula seminar tentang Ko-kurikulum, PBS dan Praktikum. Wah terasa dekat je dengan kerjaya cikgu ni, harap2 smua bersedia bergelar seorang guru, insyallah, he3x... Lepas tu solat zuhur dan pada petangnya bermula jan 2.30 hingga 4.30 petang adalah sesi seminar Panduan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Emosi bagi guru pelatih yang disampaikan oleh Puan Maimunah Ropar Jabatan HEP. Banyak gak la input yang merangkumi pelbagai skop ilmu. Setelah selesai pembentangan seminar dari Puan Maimunah Ropar, maka berakhirlah orientasi bagi PISMP ambilan januari 2011 di IPG KDRI, he3x... Maka kitaorng pun trus la g kt kafe utk amik makanan petang. Untuk maklumat semua, 2 hari orientasi berlaku, memang ada disediakan makanan, tu yang bes tu, maknanya 2 hari kitaorng xyah mkn kt luar, sebb mknan dh dsediakan.... Alhamdulillah...


Maka akhirnya kitaorng dengan selambanya telah secara rasmi melangkah ke alam pengajian peringakt ijazah sarjana muda perguruan dengan pengkhususan pengajian sosial merangkumi sejarah, geografi, sains politik, ekonomi, antropologi dan bermacam2 disiplin ilmu lain. Nampak je senang tapi subjek@topik pengisian KS ni terlampau luas, tu yg agak menyusahkan tetap memberikan 1001 ilmu berguna kepada kitaorng, insyallah... Maka lihatlah muka2 selamba kitoarng yang kelihatan mengantuk time seminar2 sedang dijalankan, he3x...


Kat bwh ni suasana time g amik makanan dkat kafe utk semua ahli kelas. Maknan petang rasanya, nasi ayam gulai dengan sayur skit, he3x...




SEMOGA MAJU JAYA !!

SeLaMaT TiNGGaL SaHaBaTKu...

|

Assalamualaikum w.b.t.

Bermulanya semester PISMP baru ini kami dikejutkan dengan berpindahnya salah seorang sahabat sekelas (classmate) kitaorng iaitu Nur Nadia Binti Razali ke IPG Sultan Mizan di Besut. Kitaorng bru dpt tahu bile bukak IPG, dlu ade gk dngar ura2 nadia nak kuar, tpi x confirm lagi. At last, waktu time kitaorng daftar IPG hari isnin 3/1/2011 ari tu, nama Nadia xder dlm senarai pendaftaran, pastu our tutor, Cik Nurhijrah Bagitau yang Nadia dh confirm pindh IPG besut. Tak disangka kitaorng smua bsedih dengan berpindahnya Nadia. Ye la tak sempat nak mintak maaf, mintak halal klu ader pape yang berhutang, hu3x... Nadia pun satu nape la trus tinggalkan kwn2 di IPG KDRI sini gitu je, kurangnya2 bagi la hint nk kuar, dtg la jumpe kawan2 dlu ke, tentu kitaorng akn mrinduimu Nadia trutama kenangan2 yg ditempuh bsama mcm waktu program Etno Sungai Berua, Aerobik, Drama & macam2 lagi. Apapun utk Nur Nadia Binti Razali yang sekarang sedang bergembira belajar di tempat baru di IPG Sultan Mizan Besut, Semoga Nadia maju jaya dan teruskan usaha unutk menjadi guru terbilang. Kalau ada masa datang la melawat kitaorng di IPG KDRI ni. Taklah jauh sangat, dalam 60KM je. Kalau ada pkembangan tbaru bgtau la kitaorng ek, Semoga maju jaya, insyallah...

Wassalam....

HePi BiRThDaY OuR BeLoVeD TuToR

|

Assalamualaikum w.b.t.

Kali ni kitaorng sekelas ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran buat tutor tersayang kitaorng iaitu Cik Nurhijrah Binti Zakaria yang menyambut ulangtahun kelahirannya pada 2 januari baru2 ni. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki oleh Allah Taala. Tanpamu diri kami tidak akan berilmu terutama dari bidang Geografi. Teringat lagi waktu sem 1 dulu time cik ajar ktoarng geografi, mmg banyak ilmu yang kitaorng dpt trutama ttg alam skitar yang maha luas dan indah ini. Cik Nurhijrah menggantikan mama iaitu Puan Hajah Wan Hasnah as tutor kitaorng dlu. Mama kne lepaskn jwtan tutor kitaorng sbb mama nk tumpukan pada unit ko-kurikulum. Lagipun mama sekarang ni orang besar pandu puteri IPG Malaysia. So mama terpaksa lepaskn jwtan tutor kitaorng dan dignatikan oleh Cik Nurhijrah. Apapun Cik Nurhijrah memang sempoi, he3x... Buat cik, semoga panjang umur dan murah rezeki...Ammiiinn....

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +