+ KaJiaN SoSiaL +

KoiR ApReSiaSi MuZiK

| 07 May 2011
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera, salam 1Malaysia buat kalian yang sudi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial ini. Semoga ape yg dikongsikan di sini dapat kite manfaatkan bersama, kerna mungkin aktiviti yang kitaorng anjurkan dan adakan dapat kalian smua anjurkan. Tanpa mengira kalian guru pelatih dari IPG ataupun mahasiswa dari IPTA/IPTS mane2 pun. Blog ni memaparkan pelbagai aktiviti yg kami sertai dan kami adakan, insyallah selagi diberi kesempatan olehNya, blog ini akan trus wujud dan menjadi suatu saluran maklumat kepada sesiapa sahaja yang ingin mengenali kami. Sebenarnya kami dalam proses ingin membuat sebuah blog khas Koleksi Nota-nota pismp kajian sosial termasuk juga tajuk2 dari subjek2 lain yang kami pelajari. Tetapi ianya masih di dalam pembikinan dan admin still dlm proses mengumpul bahan-bahan pembelajaran dan nota-nota yang ada. Insyallah doakan kami dapat menjayakannya.

Pada kali ini, kami ingin berkongsi dengan kalian smua tentang aktiviit terbaru kami iaitu aktiviti yang kami sertai di minggu apresiasi seni vokal anjuran PISMP Prasekolah Sem 5. Sebenarnya minggu apresiasi ni telah lama dianjurkan tetapi memandang berlakunya kemangkatan Bonda Yang Dipertuan Agong yang juga Sultan Terengganu, maka tempoh selama 40 hari setelah kemangkatan Bonda YDPA, seluruh negeri Terengganu tidak dibenarkan mengajurkan sebarang program berbentuk hiburan dalam apa jua rupa sekalipun. Disebabkan oleh itulah pengajuran minggu apresiasi seni vokal ini ditunda kepada tarikh setelah 40 hari kemangkatan iaitu pada 6 dan 7 Mei 2011. Pada mulanya kitaorng bergabung dengan unit PAI 1 dan juga PAI 2 untuk menyertai pertandingan koir, tetapi disebabkan oleh kitoarn terlibat dgn BIG (Bina Insan Guru), maka kitaorng tarik diri pada mulanya. Selepas balik dari BIG, Ketua Unit, Pusparajan menerima arahan dari PISMP Prasekolah bahawa kelas kami diwajibkan untk menyertai pertandingan ini. Maka pihak pengajur telah menggabungkan keempat-empat unit yang terlibat dgn BIG bersama kami iaitu unit PJ, PK dan juga PSV untuk dijadikn satu kumpulan koir. Maka kitaorng pun berlatihlah. Pada hari jumaat (6 mei 2011) kitaorng berlatih koir dan pada sebelah malam 7 mei 2011 kitaorng msuk pertandingan. Jom ktie tgk sepanjang pertandingan berlangsung.

Hadirin yang hadir memenuhi dewan untuk menyaksikan persembahan, ramai sgt, yela sape x suke hiburan2 ni kan..


Kitoarng tiba di Dewan Al-Farabi pada pkul 9 malam dan berkumpul di temapt duduk belakang utk bersedia sekiranya dipanggil ke pentas. Yang Baju Oren tu adalah baju rasmi koir kitoarng, iaitu baju BIG, he3x..

Berbincang dgn konduktor koir iaitu Nadzmi PJ, yang pakai baju BIG warna ungu tu dan bertopi sudu, he3x..


Maka persembahan pun bermula, dimulakan dgn persembahan koir dari kumpulan pertama iaitu unit TesL PPISMP Sem 2.

Lepas tu turn utk nyanyian solo lak. Diselang selikan antara koir dan juga nyanyian solo. Kat bawh ni Cibbik PJ ngah mendendangkan lagu yang ditujukan khas kepada sahabat mereka yang telah tiada iaitu Melati PJ.

Kt bawh ni adalah geng TesL batch kitaorng iaitu TesL yang dgabungkn, diorg ni pakai baju tshirt love TesL dan pakai topeng tutup mata, taklah malu sangt kan, he3x...

Lpas tu baru geng kitaorng, nampak tak gambar kt bawah ni, ni la geng koir kitaog yg menggabungkan unit Kajian Sosial, Pendidikan Khas, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni Visual. Dalam nak dekat 30 org gk yg msuk sbb rmai yg dh balik kampung, yela sbb study week kan, rmai yg balik, he3x... Pakai baju oren BIG siap pakai topi BIG lagi, he3x... stylo btul..

Haa, kt bawh ni lak senior kitaong, diorg menggabungkan PISMP KS 1 dan KS 2, gempak siot diorg punye persembahan, he3x... memberikan saingan la kpd unit2 lain, he3x...

Eh2, mason dan mior ke tu? hehehehe

Kat bawha ni lak satu-satunya kumpulan koir feminin iaitu koir PISMP Math 1 & Math 2 batch ktiarong, he3x.... xder laki, smua pmpuan, agaknya laki smua balik kot, he3x..


Lepas tu ader pertandingan nyanyian solo dari junior iaitu Muzakkir, nyanyi lagu sama dgn yg Cibbik PJ nyanyi tadi, he3x... Cube tengok kat bawah, siap ada Fan Club lagi tu, angkat2 poster kot, he3x... Meriah gile supporter muzakkir ni...

Ha, yg ni mmg stylo, our senior, he3x... mmg best suara dia nyanyi, mmberikan saingan gk kpd nyanyian solo yang lain.


Program pada malam tu berjalan dgn lancar walaupun koir kitaorng agak berterabur, maklumlah berlatih sekali je, pastu trus msuk pertandingan, he3x... mmg bajet msuk utk suka-suka je, bukn nak prize pun, he3x.... Program pd malam tu habis dlm pkul 11.30 malam lebih gk, he3x.. Our Director IPG KaDRI pun ada dtg utk pnyampaian hadiah, he3x...

PERTANDINGAN KOIR
MINGGU APRESIASI SENI VOKAL
IPG KaDRI
6 - 7 MEI 2011

BIG SeM 1/2011

|
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat kalian smua yg sudi berkunjung ke teratak PSIMP Kajian Sosial Sem 1/2011 IPG KDRI ini. Semoga kalian smua sihat sejahtera hendaknya. Pada kali ni kitaorng nk share ttg kitaorng gi Bina Insan Guru (BIG) buat kali pertama. Maklumlah baru masuk PISMP, so antara program wajib bgi PISMP ni ialah BIG. BIG ni meliputi 6 fasa iaitu dari semester 1 sehingga semester 6. Bagi semester pertama PISMP ni, kitaorng punye BIG ialah modul perkhemahan yg mencabar. Sebenarnya BIG kitaorng ni melibatkan 4 unit iaitu PISMP KS sendiri, PISMP PJ, PISMP PK dan PISMP PSV. Jumlah peserta seramai 85 orang smuanya. BIG bagi sem ni selama 4 hari 3 malam. BIG kitaorng diadakan di Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Kuala Berang. Diadakan bermula pada 26 April sehingga 29 April 2011 iaitu hari selasa, rabu, khamis dan jumaat. Kami bertolak pada pkul 3 petang lebih2 dari IPG dan sampai di sana lebih kurng pkul 4.30 gitu la sbb smpai2 trus solat dan makan petang, he3x...

Gi program ni mmg x smpat nak mandi la pasal jadual dia mmg pack ssgt. Pada ari pertama dh nmpk strict lecturer. Buat pengetahuan kalian smua yg bukan dari IPG di luar sana, program ni sbnarnya dibawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan jawatankuasa perlaksananya smuanya pihak HEP. Bagi pihak pelajar, kitaorng hanya bertindak sebagai pembantu lecturer dan pegawai HEP untuk melicinkan lagi prjlanan program ini, he3x... Senarai jawatankuasa mmg ader, tpi pihak HEP yg tentukan smuanya. Kitaorng bile disuruh buat kerja baru kitaorng buat kerja, he3x..

sekadar gambar hiasan

HARI KEDUA

Pada hari pertama, xder ape sgt. Yang ada hanya penerangan/taklimat dari pihak HEP berkenaan program ni. Malamnya kitaorng kne sentri (berjaga malam) macam adat kebiasaan perkhemahan. Pada hari kedua, kitaorng ada Kembara Hutan ataupun Jungle Tracking. Kitaorng kne daki bukit di hutan simpan sekayu dengan dibawah penyeliaan dan kelolaan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Sepanjang perjalanan kitaorng jumpe macam2, ader pokok kacip fatimah, pokok keruing dan mcm2 lagi. Lepas hbis jungle tracking, kitaorng pegi menyusuri sungai sekayu dan memasak makan tengahari secara simple, tpi alhamdulillah nasi masak elok walaupun agak keras. Tpi still sedap la, he3x... Lepas siap makan kitaorng solat berlapikkan pasir dan tanah dan lepas tu trus ikut seorang abg guider dari jabatan pertanian menyusuri sungai sekayu. Sampai di kem, trus rhat2, makan & solat asar. Lepas tu ader sesi refleksi ttg kembara hutan yg pagi tadi. Pada malamnya pula da malam kebudayaan sbb esoknya malam jumaat, jdi x ssuai utk wat malam kebudayaan pada malam jumaat. Lepas je hbis malam kebudayaan, ktiarong pun dgr taklimat ttg aktiviti air pada keesokannya dan trus tido. Sentri tetap berjalan mcm biase....

HARI KETIGA

Hari kedua adalah hari yg agak relaks berbanding hari kedua sebab xder daki bukit2 nih, klu x memang meletihkan la. Pada hari ni paginya macam biasa, ada perbarisan pagi, menaikkan bendera dan menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Terengganu dan lagu IPG. Lepas tu ader taklimat skit ttg aktiviti air dan strusnya gi makan pagi. Lepas makan pagi trus bertolak ke tasik di Taman Pertanian Sekayu beramai-ramai utk aktiviti Water Confident. Pakai lifejacket n disuruh berenang oleh urusetia. Lepas habis berenang dan ader keyakinan nk bermain dgn air, kitaorng pun disuruh naik kayak lak. Memang bes la trutama kpd sesape yg baru pertama kali naik kayak. Macam admin dh byk kali naik, solo pun pernah, he3x... leps tu kelas kitaorng kne masak utk makan tengahri, so ada sstgh geng kelas kitaorng kne balik kem utk masak makan tengahri, admin pun ikut gk, he3x... Lepas siap aktiviti air, maka smua peserta kne solat n makan tengahari, makan pun dh lewat gk... lepas tu ader LDK dan taklimat dari urusetia. Pada sebelah malanya pula ader bacaan yassin beramai-ramai diketuai oleh admin sndri. Lepas hbis solat isyak, smua pserta kem tlibat dgn aktiviti LDK berbentuk pembentangan Forum. Smua unit dpt tajuk masing-masing dan kne wat persembahan forum dan diadili oleh Tuan Haji Nik Harun Aminurrashid. Lepas tu ktiaorng dgr taklimt dri Pen. Komandan Kem dan trus tido. Malam tu sentri mcm biase dan ada ura-ura akan ada aktiviti berjalan malam. he3x..

HARI KEEMPAT

Pada hari keempat ni, kitaorng bermula dgn aktiviti yg xder dlm tentatif iaitu aktiviti berjalan sebelum subuh ke masjid yang terletak kira-kira 4 kilometer dari kem iaitu di simpang nak masuk ke kem perkhemahan. Mula-mula smua ingtkn kne masuk air ke, kne dera naik bukit ke, rupanya berjalan di solat subuh dkat masjid luar je, he3x... Lepas hbis solat subuh kitaorng pun balik kem balik n siap2 utk perbarisan pagi dan menyanyikan lagu beberapa bijik. Lepas tu ader sarapan pagi n siap utk LDK lepas tu. Pagi tu ader refleksi ttg program dan refleksi ttg aktiviti kraftangan kitaorng yang dipengerusikan oleh Miss Izzati lecturer Jabatan Bahasa-Bahasa. Lepas je hbis refleksi, smua peserta minum pagi n siap2 utk majlis perasmian penutup. Smbil2 tu kemaskan khemah n gi dewan utk majlis perasmian pnutup. Lepas selesai majlis perasmian penutup, ktiarogn pun angkat barang letak dlm bas n siap2 utk balik. Dalam pkul 12.30 tenghari hari jumaat, maka kitaorng pun kuar la dari kem n btolak balik ke IPG. Tpi ondaway smpat singgah solat jumaat di masjid di Ajil, n lepas tu trus btolak balik ke IPG, he3x... sepanajng perjalanan smua peserta tido, letih sgt 4 hari BIG, he3x.... BIG, insyllah kite jumpe lagi di Sem 2 bulan 7 nih, he3x...
Sekian wassalam...

BBQ AkHiR SeM 1

| 05 May 2011
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejatera buat kalian smua, kali ni kitaorng nak bercerita ttg kisah kitaorng gi tepi pantai UMT utk wat BBQ sikit. Bersempena dgn ulangtahun birthday kelas yg ke dua iaitu 2009-2010-2011, Ketua Unit dan PKU iaitu Pusparajan A/L Thiagarajan dan jugak PKU Nurul Aida Binti Ibrahim telah memberikan cadangan utk melaksanaka aktiviti membakar ayam BBQ di mana2 kawasan yang sesuai. Setelah bermesyuarat, akhirya kawasan pantai UMT telah dipilih utk dilaksanakn program ni. Memandangkan kawasan pntai UMT yang ada kemudahan yg bpatutan ditambah pula agak sesuai utk upacara pembakaran BBQ, maka kitaorng pun pilih utk held BBQ at UMT's Beach.

Kitaorng smua whole kelas telah menghadiri parti/majlis/sambutan birthday kelas ni. 3 orang pensyarah dari JKS iaitu Cik Nurhijrah (our tutor), Puan Rosmani (our economi lecturer) dan juga Puan Siti Rahimah (our history lecturer). Majlis bermula pada jam 6.00 petang iaitu ketibaan smua ahli kelas di pantai UMT. Dan lepas maghrib maka ketiga-tiga dif jemputan telah tiba dengan selamanya dan aktiviti dijalankan macam biasa. Seperti biasa gk, bile nak bakar BBQ ni kne la perap ayam, ikan, sosej n others dlu. So pada petangnya selepas solat jumaat, kitaorng (geng laki KS) telah bersama-sama menyiangkan ikan pari utk dibakar BBQ pd malamnya. he3x..

Ikan pari ni telah dibeli secara kilogram oleh Ahmad Shamil Turbo, dan pada petangnya si Iqbal, Adib dan others sme2 menyiangkan ikan pari ni. Tak susah nak siangkan sbb sblum ni kitaorng mmg ader experience cara siangkn ikan pari ni. he3x... Setelah siap dibuang perutnya, maka dibasuh dan diperap dengn sos BBQ, klu tgk kt ats iaitu gambar pertama skali di post, itulah gambar sos BBQ yg Shamil Turbo beli utk digunakan memerap ikan pari kecil (tuko).

Basuh jangan tak basuh adib ooii...


Maka pada pkul 6.00 petang, kitaorng pun btolak la ke pantai UMT, time kitaorng gi tu mmg rmai ssgt org kt sne, mlimpah tau. Tapi bile hari dh beransur gelap/maghrib ditambah pulak org azan yg agk jelas kelihatan, maka rmai yg balik ke rumah/kediaman msing2 terutama yg dtg bsama fmily. he3x... So it's time fot the party. Bukan parti sgt pun, just bakar2 ayam BBQ jer, kite bakor aje, he3x... smbil2 tu smpat lagi bergambar kenangan, maklumla bile hari dh gelp nnt sush nk nampk gambar, klu ader flash bru ok, he3x...



Sedang menyediakan api utk dilaksanakan BBQ pada sebelah malamnya, bermula dgn api yg kecik akhirnya menjadi besar sebesar utk bako ayam la, he3x... nmpk x adib, aida n others ngah bako ayam BBQ, smpat lagi posing tu, he3x... jrg tau dpt amik gambar time ngah hidupkn api nih, biasanya gambar diambil wktu api dh besar n ayam BBQ dh ader ats pemanggang, he3x...

Setelah hari beransur gelap, maka kitaorng pun sdia2 la utk smayang, he3x... yer la, xder surau kt pantai tu, air paip pun xder, so kne la cri sumber air alternatif yg lain. Sambil2 tu amik air utk wat bsuh tangan gk japg sbb mmg xder paip kt situ, he3x... At last jumpe gk sbuah telaga cute n bersih di kawasan perkelahan pantai UMT ni. Walaupun tepi pantai, tapi air telaganya masih lagi air tawar, bukan air masin yer.... So kitaorng pun posing la time amik air telaga tu, he3x..

Taklah dalam sgt telaga tu, tpi nak naikkan air agk sush la sbb kurang pengalaman 'mengara' atau menimba air telaga ni, at last dpt gk la, he3x... ader 4 baldi yg diisi utk peersediaan basuh tangan n wudhuk nnt... smbil amik air telaga utk basuh tgn time lpas makan, kitaorng pn amik wudhuk gk, geng laki solat kt tepi pantai tu je,geng pmpuan lak solat kt umah fatin gong badak...

Setelah selesai solat maghrib, maka kitaorng pun trus membakar ayam BBQ, ikan 'TUKO' BBQ, sosej kosong dan juga ketam. he3x... Memang bes rmai2 bakar ayam, ikan dan sosej ni, maklumlah bleh eratkan hubungan persahabatan, insyllah laa....


Waaa..... bestnya ayam BBQ nih, banyak tau bakar malam nih, sbb bajet mmg utk makan2 jer, he3x.... cube tgk kt bawah ni, ader meleleh air liur tak, xkan tak terliur kot, ayam sedap nih, he3x...

Aii....Aida sempat lagi mesej ek, mesej sape tuh, he3x...

Setelah beberapa lama setia membakar ayam BBQ ni, our beloved tutor, Cik Nurhijrah akhirnya tiba di lokasi BBQ, dia datanga sorg je, Cik kata Pn. Rosmani nnt akan smpai, he3x... Kitaorng pun borak2 la dgn cik, yela, sem ni cik x ajar kitaorng pun, jdi jarang sgt la jumpe, time2 pjumpaan gini la nak jumpe n borak2 dgn cik gk..


Gambar ats mnunjukkan Puspa (plg kiri), syarin kota tinggi, adib misslani KU sem depn dan juga Iqbal Smarties ngah berehat smbil2 tgk ayam takut ader yg hangit nnt, x sedap la jadinya, he3x.. gambar bawh ni lak si Linda & Asilah PKU sem depn ngah mengemas hadiah2 utk sesi bertukar hadiah japg lpas selesai makan2, he3x... best la..


Rin, apasal amik gambar angkat peace tpi mata tertutup? Hehe, malu ke, ke takut mata masuk habuk@asap BBQ?


Cube tgk gambar kt atas ni, Nenek Nenek Si Bongkok Tiga, Siang Malam Asyik Berjaga, Mencari Curu Di Mana Ada, Nenek Nak Kawen Dengan Dato' Kaya...... hahahahah ngah watper la bongkok2 tuh, he3x...

Maka kitaorng pun dh hbis 3/4 bakar ayam BBQ tu, ader yg dh stat makan dh, maklumla terliur dgn ayam BBQ yang sememangnya bes tu, he3x.... Bes sgt2 tau... rugi sape xleh rase, he3x...

Akhirnya Puan Rosmani dan Puan Siti Rahimah pun tiba ke site BBQ nih, diorg dtg kereta blainan, ingtkan dtg skali, he3x... Puan Siti bwk anak2 dia skali dtg, jdi mkin meriah la BBQ kitoarng pd malam tuh, he3x...


Maka setelah siap makan2 nasi + ayam + ikan 'tuko' + sosej + ketam = kenyang, kitaorng pun berhimpun utk berdemonstrasi, eh silap, bukn berdemonstrasi tpi berkumpul utk meraikan our beloved lecturer's dgn memotong kek bersempena our tutor nak sambung PhD. Smbil2 tu nak meraikan 2 tahun dok IPG nih, he3x... Kek SECRET RECIPE tu, jangan main2 tau, akim JMP la yg temph kek tu, best tau, rugi sape x makan, he3x...

Our tutor ngah membelah kek, he3x... cam bes je kek tu, mmg bes pun, he3x...

Lepas selesai upacara memotong kek dan smua dh merasa kek SECRET RECIPE yang sedap tu, maka kitaorng pun berhimpun dkat campfire ataupun dlm bahasa omputihnya unggun api, he3x... Credit ti Fahmi sbb susah2 hidupkn api campfire bgi jdi besar, he3x... xlah sjuk sgt malam tu kan... Waktu bhimpun ni, kitaorng wat satu game iaitu game kotak lawak, mcm mne yerk kotak lawak ni?

Sbenarnya kotak lawak ni dia adalah 1 kotak yg diedarkan kepada setiap yg hadir. Dlm kotak tu ader byk2 kertas yg dilipat, dlm lipatan kertas tu ader arahan. Maka si Shamil Turbo telah memasang lagu melalui speaker keta DAS dia, dan jika speaker tu berhenti, maka org yg terakhir memegang kotak harus mncabut kertas2 di dalam kotak tu dan membaca arahannya utk dilaksanakan, he3x... mmg nice game ni, xlah terlalu heavy kpd otak kite utk bfikir, sesuai la dgn suasana santai di tepi pantai UMT ni, he3x...



Tup....tup.... Iqbal dpt kotak tu, sbb tu diorg dok bace ape arahan dlm kerts tu. Begitu khusyuk, macm bace nmbor 4D je, he3x...

Lepas hbis game ni, maka bermulalah acara bertukar-tukar hadiah dan pembahagian hadiah kepada pensyarah yang hadir. Gambar kt bawah ni mnunjukkan Puan Siti Rahimah menerima hadiah dari saudara Ketua Unit, Pusparajan A/L Thiagarajan ditemani oleh Nurul Aida dan Nur Shamimi.

Lepas tu Puan Rosmani lak dpt hadiah, he3x...

Last skali our beloved tutor iaitu Cik Nurhijrah Binti Zakaria. Dapat yang special punye iaitu album yang mengandungi koleksi gambar kelas kitaorng dan juga gambar Cik. Gambar ni agak candid la, tu yg wat ianya special tambah2 gambar cik, he3x...

Trus dibuka dan dibelek oleh Cik Hijrah, he3x...

Lepas selesai pembahagian cenderahati/cenderamata kepada pensyarah, maka bermulalah acara pertukaran hadiah antara geng kelas KS. stiap org akn menerima hadiah yg individu lain sediakan, he3x...

Fahmi sedang menerima hadiah dari Nurul Aida, he3x... hadiah sape tu mie?

Lepas habis je pembahagian hadiah dan pertukaran hadiah, maka majlis pun bersurailah. Segala kelengkapan dibawa pulang dan ayam serta nasi yg x hbis dibawa pulang utk diberikan kpd sesiapa yg lapar/x makan lagi di IPG, he3x..


Selamat tinggal smua, berjumpa lagi kita di sesi BBQ di masa hadapan, insyallah sem depan kot, he3x... yg pastinya sem depn sem menarik sbb byk program menarik telah diaturkan, insyallah, kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan....hehe...


 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +