+ KaJiaN SoSiaL +

TaKZiaH BuaT ASiLaH...

| 16 June 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia buat semua. Pada kali ini, kami ingin berkongsi saat duka salah seorang saudara sekelas kami. Sesungguhnya Allah itu MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI. Tepat jam 3.20 petang tadi, Bonda kepada saudari sekelas kami iaitu Zainab Asilah Binti Abdullah telah kembali ke rahmatullah menghadap Ilahi. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah semoga rohnya ditempatkan bersama roh-roh orang-orang yang soleh dan solehah, Amiinn. Buat asilah, tabahkan hatimu, banyakkan berdoa setiap kali selepas solat agar Allah menempatkan roh ibumu bersama roh orang-orang yang soleh dan solehah yang lain. Kerana matinya seorang anak adam itu, hanya 3 perkara akan dibawanya ke liang lahad, pertama (1) Amal kebajikan sepanjang hidup, kedua (2) Sedekah jariah yang tidak putus-putus, ketiga (3) Doa dari seorang anak yang soleh dan solehah. Insyallah, asilah berdoalah siang dan malam kepada roh ibu. Sesungguhnya Allah itu MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI.

Buat Asilah, tabahkan hatimu. Kami saudara sekelasmu akan sentiasa teguh berdiri di sampingmu dalam meniti kehidupan ini. Kami akan menyokongmu dalam mengharungi saat-saat duka ini. Banyakkan berdoa kepadaNya, dan kami juga insyallah akan selalu berdoa kesejahteraan Bonda Asilah dan smua family Asilah. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi bondamu. Tabahkan hatimu, kami disampingmu....
Wassalam....


SeLaMaT MeNJaLaNKaN TuGaS !

| 15 June 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia buat kalian yang sudi sekali lagi berkunjung ke Teratak PISMP Kajian Sosial Semester 2/2011 Ambilan Januari 2011. Apa khabar kalian semua? Diharapkan semuanya sihat walafiat hendaknya. Sedar tak sedar dah hampir 3 minggu cikgu-cikgu pelatih dari IPG bercuti termasuklah kami sekelas. Tak sedar masa cepat berlalu dan tidak lama lagi kami akan menapak kembali di IPG KaDRI untuk meneruskan kembali usaha kami menuntut ilmu bagi menjadi seorang guru yang kompeten kelak, insyallah. Justeru, dengan pembukaan semester baru ini, pastinya ada perlantikan jawatankuasa yang baru menggantikan jawatankuasa kelas yang lama. Jika semester 1 PISMP, ketua unit ialah saudara pusparajan, siapakah pula ketua unit pada semester 2 PISMP ini? Setelah dirunding dengan penuh jayanya, maka jawatankuasa di bawah ini telah dipilih untuk menganggotai senarai jawatankuasa tertinggi kelas kitaorng pada semester 2 PISMP. Bagi pihak guru pelatih lelaki memang dh awal2 kami 'chop' sem berapa nak jadi KU, kcuali 2 sem akhir iaitu semester 7 dan 8yang masih lagi dirunding siapakah akan menjadi ketua unit pada waktu itu. Pada guru pelatih perempuan mereka haruslah mengadakan rundingan dan pengundian untuk menentukan siapakah yang mengisi jawatan penolong ketua unit dan juga jawatankuasa sama ada setiausaha ataupun bendahari kelas. Maka dengan rasminya, kami PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 telah bersepakat bahawa individu-individu di bawah telah dilantik secara rasmi menjawat jawatan tertinggi dalan jawatankuasa kelas PISMP Kajian Sosial Semester 2/2011 di IPG KaDRI.

SENARAI JAWATANKUASA KELAS
PISMP KAJIAN SOSIAL SEMESTER 2/2011

KETUA UNIT
Muhammad Adib Bin Misslani
Nama Gelaran : Adib / kepong / adib korek2

PENOLONG KETUA UNIT
Zainab Asilah Binti Abdullah
Nama Gelaran : Asilah / Zaaba / Zainab Asilah

SETIAUSAHA UNIT
Nurul Jannah Binti Hussin
Nama Gelaran : NJ / Jannah

BENDAHARI UNIT
Muhammad Iqbal Bin Zahanuddin
Nama Gelaran : Iqbal / Pat / Keba

Kami PISMP Kajian Sosial yang lain akan menyokong kalian dari bawah untuk memastikan segala tugasan kelas kita nanti akan berjalan dengan lancar terutama dalam penyertaan dalam sesuatu acara atau pertandingan, membayar yuran kelas (RM50 per semester) dan sebagainya. Jangan bimbang, kita jalankan tugasan ini bersama-sama, semoga dengan perlantikan ini, PISMP Kajian Sosial Semester 2/2011 akan menjadi lebih hebat dan seiring dengan kehebatan unit-unit lain dalam pelbagai sudut. Selamat Bertugas !
Wassalam...

HePi BeSDaY Ke-20 BuaT FaTiN

|

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian yang sudi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 yang penuh dengan kisah suka duka kami sepanjang bergelar guru pelatih di IPG Kampus Dato' Razali Ismail. Semoga semuanya akan menjadi 1001 kenangan terindah buat kami kerna sepanjang 5 tahun (berbaki lagi 3 tahun) kami berada di IPG, banyak kisah suka dan duka yang berlaku. Sama-samalah kita ambil yang jernih dan buang yang keruh, insyallah. Dan buat kalian semua, terutama kepada guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 dari mana2 IPG sekalipun, sekiranya kalian memerlukan nota pembelajaran dan kuliah, kalian boleh dapatkan di http://notapismpks.blogspot.com. Sebenarnya blog nota ni bukan dkhususkan kepada nota KS/PS sahaja, tapi meliputi nota2 subjek profesional yang lain.

Pada kali ini, kami satu kelas PISMP Kajian Sosial IPG Kampus Dato' Razali Ismail, ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-20 buat salah seorang sahabat/saudara sekelas kami iaitu NUR FATIN BINTI ABDUL AZIZ. Semoga dengan meningkatnya usia fatin, Allah Taala akan memurahkan rezeki Fatin di dunia dan akhirat, insyallah. Semoga berbahagia. Seandainya ada salah silap kami sekelas sepanjang perkenalan selama hampir 2 tahun ini, kami ingin mohon maaf. Sesungguhnya setiap manusia itu melakukan kesilapan, dan kita hendaklah mengakuinya dan meminta maaf dari sesiapa sahaja yang berkenaan. Selamat hari lahir fatin.
Wassalam.....

HePi BeSDaY Ke-20 BuaT RiN

| 13 June 2011

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian yang sudi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial ini. Pada kali ini kami sekelas ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-20 buat sahabat sekelas/seunit kami iaitu MUHAMMAD SYAZRIN BIN ZAINI. Sedar tak sedar Syazrin kini sudah melangkah ke era 2 dekad usianya, bersama-sama dengan Fahmi, Pusparajan, Aminulhakim, Nurul Jannah, Aishah dan sebagainya. Syazrin dilahirkan pada 5 Jun 1991 di Lumut, Perak sbb ayahnya Navy di sana. Tapi sekarang Rain & family menetap di Johor, kampung kelahiran parentnya. Ramai juga geng kelas kami yang birthdaynya pada semester pertama setiap tahun. Yang birthday semester kedua pun ader jugak, nnt akan kami wishkan di sini ye. Apa yang penting, kepada Muhammad Syazrin Zaini, semoga Allah Taala merahmatimu dan diberikan kejayaan dunia dan akhirat. Peace Rain......he3x...
Wassalam & jumpe lagi...

SuBJeK BaRu PISMP KS0 SeM 2/2012

| 12 June 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian yang sudi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 ini. Semoga segala perkongsian di sini dapat kita manfaatkan bersama, insyallah Amiinn. Sedar tak sedar dah nak dekat 3 minggu kita bercuti dan tinggal dalam beberapa hari sahaja lagi untuk bersama keluarga sebelum masing-masing guru pelatih akan pulang ke IPG untuk kembali berkhidmat sebagai guru pelatih di sana. Terasa baru semalam kita pulang ke kampung bersama keluarga, insyallah kita akan bertemu dengan keluarga lagi di masa hadapan dengan izinNya. Maka bermulanya lembaran semester baru bagi setiap guru pelatih nanti dan subjek-subjek baru juga akan mula dipelajari. Insyallah marilah sama-sama kita berusaha menjadi guru pelatih yang baik dan berusaha menimba pelbagai ilmu dan pengalaman bermanfaat di IPG untuk kita jadikan bekalan sewaktu bertugas sebagai guru nanti, insyallah.

Klik Untuk Perbesarkan Imej Di Atas

Di atas ini merupakan subjek-subjek yang akan ditempuhi dan dipelajari oleh guru-guru pelatih khususnya guru pelatih PISMP Kajian Sosial di seluruh IPG di seluruh Malaysia. Senarai subjek PISMP Kajian Sosial ini dipetik dari buku panduan PISMP Kajian Sosial yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajian Sosial IPG Kampus Dato' Razali Ismail. Untuk mendapatkan Pro Forma bagi subjek MURID & ALAM BELAJAR sila klik di link ini. Semoga ianya bermanfaat dalam membuatkan kita bersedia untuk belajar di semester baru akan datang. Selamat berjaya semua !

Wassalam....

BLoG NoTa PISMP KS0 MuLa BeRoPeRaSi

| 10 June 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 IPG Kampus Dato' Razali Ismail ini. Apa khabar kalian semua? Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya dan di dalam keredhaanNya, Amiinn. Hari ini merupakan hari sabtu dan di IPG KDRI dan mungkin semua IPG di seluruh Malaysia sedang berlangsung pendaftaran & taklimat kepada cikgu-cikgu berdiploma dari semua sekolah yang akan menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di IPG seluruh negara. Semoga cikgu-cikgu semua dapat menimba ilmu dengan selesanya di IPG terutamanya di IPG KDRI. Maafkan kami seandainya IPG kami tidak berapa lengkap, ye la, IPG agak lama berbanding beberapa buah IPG yang baru ditubuhkan ataupun yang baru mendapat bangunan kuliah serta pentadbiran yang baru. Dan pada malam ini juga akan berlangsungnya perlawanan piala FA diantara negeri kuasa pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Pasukan mana yang menang tidak dapat dipastikan, kita manusia hanya mampu merancang dan Allah Taala lah yang menentukan segalanya. Sama-sama kita memberi sokongan kepada pasukan pilihan kita.

Buat semua guru pelatih di semua IPG seluruh Malaysia, kami dari PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 ingin mengambil kesempatan ini untuk menghebahkan mengenai penubuhan/pewujudan sebuah laman blog baru yang sepenuhnya dikendalikan oleh pihak kami. Laman blog ini menghimpunkan nota-nota kuliah PISMP di IPG kami. Mungkin tidak lengkap sepenuhnya namun insyallah akan dilengkapkan dengan sebaiknya di masa hadapan. Semoga usaha kami mendapat keredhaanNya. Silalah berkunjung ke blog nota kelas kami di http://notapismpks.blogspot.com dan dapatkan nota yang diperlukan sama ada dalam bentuk teks ataupun pembentangan powerpoint yang telah dimuatkan secara format JPEG. Kalian boleh meng'klik' mouse kanan pada gambar powerpoint tersebut dan klik OPEN IN NEW TAB dan insyllah gambarnya akan menjadi lebih jelas. Inisiatif ini dijalankan bagi kita sama-sama dpt berkongsi nota kuliah yang berguna untuk dijadikan rujukan sama ada dalam perlaksanaan kerja kursus ataupun mencari bahan bagi pembentangan tutorial dalam kelas. Sebenarnya kebanyakan nota tersebut telah diUPLOADkan ke dalam laman web SCRIBD di link ini, namun kerana line WIFI yang dikendalikan oleh IPG dibawah KPM telah mem'block' SCRIBD, maka kami mengambil inisiatif untuk mewujudkan blog ini, insyallah segala maklumat nota kuliah dari SCRIBD akan kami postkan di blog nota pismp ks ini. Semoga kalian semua dapat mengambil manfaat dari perkongsian bersama ini. Seandainya terdapat kesalahan fakta ataupun kekurangan maklumat ataupun ingin mendapatkan softcopy pembentangan/presentation powerpoint dan nota2, sila kemukakan pertanyaan/aduan/permintaan di emel berikut (1) ksipgmkdri@yahoo.com (2) elaksamana@yahoo.com ataupun bolehlah berhubung dengan mana-mana guru pelatih PISMP KS IPG KaDRI, ataupun mana2 guru pelatih yang anda kenal di IPG KaDRI, dan insyallah jika tiada aral, kami akan memberikan respon sepantas yang mungkin. Semoga segala usaha ini bermanfaat bagi kita smua, selamat berjaya....

Terima Kasih, Wassalam.....

GeRaI KS SeMPeNa KoNVo KPLi IPG KaDRi

| 02 June 2011
Assalamualaikum w.b.t, salm sejahtera dan salam 1Dunia buat kalian yang sudi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 ini. Semoga kalian semua sihat walafiat hendaknya. Bersyukurlah ke hadrat-Nya atas limpah kurnianya dengan kesihatan yang sungguh bermakna ini dalam kita sama-sama menempuh dugaan di dunia yang fana lagi mencabar. Bertemu kembali kita ye, sebenarnya blog ni tetap diupdate walaupun kitaorang dlm keadaan cuti, iaitu cuti akhir smester selama lebih kurang 3 minggu. Kepada semua guru pelatih, selamat bercuti ye, smoga smuanya selamat di sisi keluarga, insyallah. Isikan masa lapang anda dengan pelbagai aktiviti berfaedah terutama habiskan masa bersama keluarga. Inilah masanya kita bersama keluarga, sbb nanti bile kuliah dah bermula, kita akan kembali berjauhan dengan keluarga. Semoga kalian smua berbahagia di sana.

Pada kali ini kitaorng ingin berkongsi dengan kalian semua ttg aktiviti terbaru ktiaorng yg blangsung dlm cuti baru-baru ini. Aktiviti yang dimaksudkan ialah pembukaan gerai jualan sempena Majlis Konvokesyen KPLi yang bertempat di IPG KaDRI. Konvokesyen ini berlangsung pada 29 Mei 2011 baru-baru ini. Pembukaan gerai jualan ini bersempena untuk menambah dana bagi melaksanakan program khidmat bakti ataupun program kebajikan IPG KaDRI. Program kebajikan jangkamasa panjang ini bermula Julai 2011 dan acara kemuncaknya ialah pada Julai 2012 iaitu lawatan dan khidmat kebajikan di beberapa kampung islam di Kemboja. Tetapi program ini tidak dihadkan hanya kepada membantu penduduk miskin di Kemboja sahaja, tetapi bertujuan memungut dana bagi membantu mana-mana insan yang memerlukan terutama insan-insan yang terlibat dengan kecelakaan, kemalangan, bencana alam dan sebagainya. Inilah antara usaha dari pihak IPG KaDRI untuk memberikan khidmat bakti dan kebajikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Insyallah, matlamat untuk membantu penduduk miskin terutama penduduk islam di Kemboja menjadi kenyataan. Mungkin setelah selesai membantu penduduk kemboja, bolehlah beralih pula ke penduduk di selatan Thai, wilayah Aceh Merdeka dan sebagainya. Semoga ianya menjadi kenyataan, insyallah, Ammiinn...

Program pembukaan gerai jualan sempena konvokesyen ini telah dirancang dari awal dengan diadakan beberapa mesyuarat peringkat jawatankuasa atasan dan jawatankuasa bawahan. Antara yang terlibat ialah PISMP KS sem 1, PISMP PSV sem 1, PISMP KS 1 & 2 sem 3 dan juga abang dan kakak PISMP KS sem 5. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan kami berjaya menyediakan beberapa juadah yang enak untuk dipasarkan sewaktu konvokesyen itu. Antara menu jualan kami ialah Nasi2, jagung bakar, air nira, kerepek sira, bunga & cenderamata konvokesyen dan pelbagai lagi yang menarik lagi enak. Alhamdulillah dengan usaha semua dan pertolongan dariNya, jualan dapat berjalan dengan lancar. Jualan bermula seawal jam 7.00 pagi dan berakhir sekitar jam 1.00 tengahari. Antara pensyarah yang turut serta membantu ialah Puan Hajah Anisah, Puan Siti Rahimah, Cik Nurhijrah dan beberapa lagi pensyarah termasuk our beloved head of department of social studies, he3x....

Dari kiri Pusparajan, Akim, PaRaDoX dan pengarah program kita iaitu saudara Muhaimin. Sedang bersiap2 membakar jagung bakar kerana hadirin sudah tiba di perkarangan Dewan Al-Farabi IPG KaDRI. Nampak tak kat belakang pelanggan dah ramai yang datang, memang meriah la sbb banyak2 gerai yang dibuka, gerai kami satu-satunya gerai dari pihak IPG KaDRI. Gerai lain smua gerai dari orang luar, hehehe

Gambar atas, kelihatan Puan Hajah Anisah dan beberapa orang puterinya sedang berada di bahagian hadapan gerai, nampak tak banyaknya makanan jualan kitaorng, he3x... Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. Gambar bawah pula menunjukkan En Zaid, pensyarah Unit Kokurikulum sedang membeli beberapa jaudah makan pagi, beli jangan tak beli, hehehe


Disamping kitaorng sedang membakar jagung di atas pemanggang, kitaorng turut dibantu oleh anak Puan Siti Rahimah, Syasya dan juga teman seniaganya iaitu Kak Farah. Jagung2 ni pun kitaorng amik dari dia, dia jugak la yg ajar smua nih, ajar macam mana nak bakar, macam mana nak buat pemberus sos jagung dan macam2. Sehari sebelum jualan, kitaorng pergi jumpe dia di gerai dan belajar smua tuh, he3x... Gambar bawah mnunjukkan jagung yang sudah dikopek kulitnya dan bersedia untuk dibakar, amacam sedap tak? Ni adalah jagung manis, kalau tak disapu madu dan sos dia pun dah memang best, he3x..


Puan Hajah Anisah sedang menyusun produk jualan di gerai. Nampak tak, ada air nira, air mineral ustaz khairi dan juga air minuman yang dicampur air zamzam yang dikeluarkan oleh syarikat Ust Khairi di Pasir Mas, Kelantan. Gambar bawah menunjukkan dari kiri Puan Rosnah, pensyarah dari unit Kokurikulum, cik nurhijrah (tengah) yang sedang membeli 10 tongkol jagung mentah dan juga Puan Hajah Anisah di tepi sekali (kanan anda). Puan Hajah Anisah sedang mempromosikan produk jualan kami, he3x...


Ha, nampak tak gambar di atas, our beloved Ketua Jabatan Kajian Sosial. Beliau sedang menjengah gerai jualan kelolaan Jabatan Kajian Sosial. Encik nak beli bunga ke? tanya Muhaimin, pengarah projek, hehehe

Setelah selesai program konvokesyen di Dwan Al-Farabi, maka makin ramailah pelanggan yang datang, ada yang beli bunga, beli cenderamata, beli air pembasah tekak, beli jagung bakar pun ada. Ada sorang abang tu beli 7 tongkol jagung bakar. Kitoarng bajet dalam 100 tongkol dijual, tapi setelah ditolak beberapa tongkol jagung mentah yang tidak berapa elok dan juga yang tidak sempat dijual, jumlah dijual adalah dalam 70 tongkol semuanya, he3x... Termasuk yang dijual secara panggang, mentah dan juga panggang tanpa dibuang kulit/sarungnya.

Setelah selesai jualan, Puan Hajah Anisah dengan bantuan saudara Muhaimin, pengarah projek/program telah bersama-sama mengira keuntungan pada hari itu. Menurut Puan Hajah Anisah, keuntungan pada hari itu agak lumayan secara keseluruhannya. Alhamdulillah....

Bile dah selesai jualan, maka masih terdapat beberapa bahan jualan yang tidak sempat dijual sepenuhnya. Antarnya ialah jagung bakar, maka untuk mengelakkan pembaziran (membazir itu sahabat syaitan), maka kitaorng pun pakat2 ramai2 makan jagung tu smentara dia masih panas lagi, he3x... Alhamdulillah bile kitaorng rasa jagung tu, memang best la, tak rugi, he3x...

Setelah selesai berkemas barang-barang jualan, maka kittaorng pun balik la ke kediaman masing-masing, Kalau Hazwan PSV, dia trus balik rumah pasal rumah dia dgn IPG taklah jauh sangat, RM5 minyak motor je, he3x.... Kepada smua yang terlibat, diucapkn terima kasih bebanyak kerna banyak membantu dan menolong antara satu sama lain, semoga bertemu kembali di projek akan datang, insyallah, Amiin.....Wassalam....

GERAI JUALAN
JABATAN KAJIAN SOSIAL

SEMPENA KONVOKESYEN KPLI
IPG KaDRI 2011
29 MEI 2011
 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +