+ KaJiaN SoSiaL +

DaULaT TuANku KeLaNTaN !

| 14 September 2010
KOTA BHARU, 13 Sept: Pemasyhuran Perlantikan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan telah selamat disempurnakan pada pagi ini di Istana Balai Besar di sini.

Pemasyuran perlantikan itu dibacakan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Kedua.

"Bismilhhari Rahmanir Rahim; maka dengan ini adalah diisytiharkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Yang Kedua, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada hari ini (4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan 13.9.2010, pukul 9.00 pagi) di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan waris, menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa pada hari ini 4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan dengan 13 September 2010.

"Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi.," katanya.

Salinan surat pemasyhuran Sultan Muhammad Faris Petra sebagai sultan Kelantan ke-29.

Menerima pemasyhuran dari Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Seluruh rakyat Kelantan berbangga memiliki seorang Sultan yang berjiwa hamba Allah seperti tuanku, kami semua rakyat Kelantan memohon sembah ketaatan kepada tuanku.

Mana ada anak raja/sultan yang bleh jadi imam? Tuanku sendiri pun pakai jubah & kopiah murah je ke mana-mana. Sanggup turun padang sembelih lembu, satu-satunya anak raja sewaktu itu yang boleh turun padang dan tahu sembelih lembu.

Keakraban baginda dengan Tuan guru Menteri Besar menyebabkan beliau mewarisi keperibadian dan perwatakan Tuan Guru Nik Aziz seorang yang berjiwa zuhud dan wara'.


Hadir majlis berbuka dengan Ketua Polis Negara sewaktu itu iaitu Musa Hassan pun pakai macam orang kampung je. Baju Melayu, Kain Pelikat & Kopiah biase. DAULAT TUANKU.

Baru turun dari surau setelah bersolat fardhu berjemaah bersama MB Kelantan. Hanya permaidani kuning protokol istana sahaja yang digunakan. DAULAT TUANKU !

Sanggup meredah & melawat rumah rakyat jelata yang hanya rumah kayu usang je. Berlapikkan lantai permaidani protokol istana. Klu ikut tuanku, x perlu permaidani, senang cerita n cepat je benda bjalan. Tapi pegawai istana kata terpaksa sebab tu smua protokol, nanti diorg lak xder keje.

Ketika melawat sebuah pondok pengajian agama di Kelantan. Agaknya baju pemandu keta tuanku lagi mahal dari jubah & kopiah tuanku tu. DAULAT TUANKU !


Ini adalah secebis dari kisah2 pemasyhuran Sultan Muhammad Faris Petra sebagai Sultan & Yang Dipertuan Kelantan Darul Naim ke-29. Sape2 yang nak tahu lebih mendalam tentang bagaimana perlantikan Sultan Faris Petra, or kisah bagaimana Unit Tindakan Khas (UTK) telah melakukan serbuan ke atas konvoi Sultan Ismail dan kerabat sila layari blog admin iaitu http://elaksamana.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU !
ALLAHUAKHBAR !

Wassalam.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +