+ KaJiaN SoSiaL +

SaLaM MaHaBBaH RaSuLLuLLaH S.A.W 1434H/2013M

| 23 January 2013


Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera & Salam 1Dunia kepada semua pengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Semester 5/2013. Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya dan kami di sini juga sihat walafiat semuanya. Pada kali ini kami dari PISMP Kajian Sosial ingin mengucapkan SALAM MAULIDUR RASUL 1434H/2013M kepada semua umat islam di seluruh IPG seluruh Malaysia termasuk juga pengunjung yang berkunjung ke Teratak Terindah kami. Semoga dengan sambutan Maulid Rasul ini, perasaan cinta, kasih dan mahabbah kita kepada Baginda RASULLULLAH S.A.W akan semakin bersemi. Bagaimana kita ingin menzahirkan perasaan cinta dan kasih kita kepada RASULLULLAH S.A.W.? Iaitu dengan mengamalkan as-Sunnah Baginda RASULLULLAH S.A.W. Insyallah, kita sama-sama amalkan Sunnah Baginda, kalau tidak semua pun amalkan yang mudah-mudah contohnya memelihara janggut walaupun sedikit. Berikut merupakan hadis-hadis berkaitan galakan memelihara janggut :

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Jadi insyallah mari kita sama-sama amalkan sunnah yang mudah ini. Jika tidak sepanjang janggut Ustaz Azhar Idrus pun, kita pelihara janggut sejemput pun okey, hehehe Apa kelebihan memelihara janggut?  Antaranya ialah : 

· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita :)
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu.




Jadi apa lagi, hehehe jom kita pelihara janggut sama, untuk lelaki je la, perempuan x perlu simpan janggut, nanti takde sape nak dekat, hehehe Malah pernikahan juga merupakan sunnah RASULLULLAH S.A.W dan bile kite berkahwin kite dapat pahala ikut as-Sunnah RASULLULLAH S.A.W dan juga pahala mendirikan masjid, hehehe Berikut adalah antara amalan-amalan Rasulullah SAW buat ikutan kita sebagai ummatnya. Biarpun tidak semua dapat kita ikuti, cubalah untuk beristiqamah dengan apa yang kita termampu. Semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian. Insyaallah.

Amalan:
Amalan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW ialah kekal (istiqamah) sekalipun sedikit. (Riwayat Termizi dan Nasai daripada Aisyah dan Ummu Salamah)

Puasa:
Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin dan Khamis (Riwayat Ibnu Majah)

Tahajjud:
Rasulullah SAW bangun menghidupkan malam (tahajjud) hingga bengkaklah kedua kaki Baginda (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi, Nasai, Ibnu Majah kepada Mughirah)

Pakaian:
Adalah pakaian yang paling disukai Rasulullah SAW ialah gamis (Riwayat Abu Daud, Termizi, Hakim daripada Ummu Salamah.

Bertemu:
Adalah Rasulullah SAW apabila mendatangi rumah seseorang, ia akan berdiri menghadap di hadapan pintu akan tetapi baginda akan berdiri di sebelah kanan atau kiri pintu sambil mengucapkan; Assalamualaikum. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud daripada Abdullah bin Bisr)
Sujud syukur:
Apabila Rasulullah SAW didatangi dengan berita yang menggembirakan hatinya Baginda akan terus sujud syukur pada Allah SWT (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Bakrah.

Berbaring:
Apabila Rasulullah SAW hendak berbaring (untuk tidur), Beliau akan meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya (Riwayat Tabrani daripada Hafsah)

Makan:
Adalah Rasulullah SAW apabila beliau makan tengah hari Baginda tidak akan makan malam lagi dan jikalau beliau makan malam beliau tak akan makan tengahari (Riwayat Abi Na'im daripada Abi Sa'id)

Berwuduk:

Apabila Rasulullah SAW berwuduk, Baginda akan meyelati janggutnya dengan air (Riwayat Tabrani daripada Ibnu Umar)

Ketawa:
Apabila Rasulullah SAW ketawa, Baginda meletakkan tangannya di atas mulutnya (Riwayat Baghawi daripada Walid Murrah)

Istighfar:
Apabila Rasulullah SAW menghadiri satu majlis kemudian hendak bangun meninggalkannya, Baginda akan beristigfar sebanyak sepuluh hingga lima belas kali (Riwayat Ibnu Sinni daripada Abi Umamah)

Berani:
Adalah Rasulullah SAW orang yang paling baik, paling pemurah dan paling berani. (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah dari Anas)

Benci dusta:
Adalah perangai yang sangat dibenci olehnya (Nabi SAW) ialah dusta (Riwayat Baihaqi dari Aisyah)

Marah:
Apabila Rasulullah SAW marah dan baginda dalam keadaan berdiri baginda akan duduk , dan jikalau sedang duduk baginda akan berbaring, hingga hilanglah marahnya (Riwayat Tebrani daripada Ibnu Mas'ud dan Ummu Salamah)

Beri salam kepada kanak-kanak:
Apabila Rasulullah lalu di hadapan anak-anak, Rasulullah SAW akan beri salam (Riwayat Bukhari kepada Anas)

Memotong kuku:
Rasulullah SAW memotong kuku dan menggunting misainya pada hari Jumaat sebelum keluar sembahyang. (Riwayat Baihaqi kepada Abi Hurairah)

Sekian buat kali ini, berjumpa lagi di posting akan datang, Wassalam...


HaPPy BiRThdaY 5 KS0riaNS

| 22 January 2013


Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung ke Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 5/2013 IPG KDRI. Semoga kalian semua sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah kini di IPG KDRI kami sudah hampir 4 minggu memulakan kuliah. Bermacam subjek dan aktiviti baru sedang menanti, insyallah kami akan updatekan dari semasa ke semasa di laman blog kami ini, hehehe

Pada kali ini kami mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-22 & KE-23 kepada individu-individu berkenaan yang merupakan geng kami, hehehe Kami bertuah kerana untuk bulan januari ini sahaja seramai 5 orang ahli geng kami menyambut birthday. Insyallah lepas ni jawatankuasa kelas (akim & syuhada) boleh dah rancang aktiviti untuk sambutan harijadi ni. Semoga semuanya dirahmati dan dimurahkan rezeki.

Insan yang bertuah yang dimaksudkan ialah :

1. AMINNULHAKIM BIN ABDUL ISA diputerakan pada 1 Januari 1990.
2. PUSPARAJAN A/L THIAGARAJAN diputerakan pada 8 Januari 1991.
3. SITI NOR AISHAH BINTI MUKHTAR diputerikan pada 9 Januari 1991.
4. MUHAMAD FAHMI BIN AB RASIB diputerakan pada 10 Januari 1991.
5. MUHAMMAD IQBAL BIN ZAHANUDDIN diputerakan pada 17 Januari 1991.

Dan yang paling istimewa, tiap-tiap tahun, kelas kami akan meraikan 3 hari berturut-turut sambutan ulangtahun kelahiran iaitu Pusparajan, Fahmi dan Aishah. Mereka dilahirkan selang sehari, kebetulan kan, hehehe Apapun didoakan semuanya sukses sokmo boh, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Cepat kawen gak, haks3x...

Sekian, Wassalam....

KePuTuSaN PRK IPG KDRI 2013

|

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung ke Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 5/2013. Semoga kalian semua sihat walafiat hendaknya. Kami KSOrian di sini pun sihat walafiat semuanya cuma tak sabar menunggu kemasukan elaun je, hehehe Dikhabarkan akhir Jan atau awal Feb insyallah elaun masuk, pakat2 kita berdoa ye semoga elaun dapat cepat, sebab aktiviti pun dah banyak nak start dan smua tu perlukan duit utk dilaksanakan.

Alhamdulillah, keadaan di IPG KDRI kini tenang setelah selesainya Pilihanraya Kampus IPG KDRI (PRK) yang berlangsung pada 16 Januari 2012 dan senarai penuh ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG KDRI telah diumumkan dan semuanya berjalan dengan lancar. Pada tahun ini kami tidak menghantar sebarang calon untuk pengundian PRK sebab smua cuba untuk menumpu perhatian kepada praktikum 1 yang akan menjelma pada bulan 4 kelak. Dibimbangi kami tidak dapat membahagikan komitmen yang jitu kepada JPP jika praktikum kelak. Maklumlah kami kena berusaha keras untuk mengekalkan momentum PNGT kami untuk semester-semester akan datang.

Pada petang 16 Januari 2013 iaitu hari Rabu, keputusan penuh PRK JPP IPG KDRI 2013 telah diumumkan. Majlis bermula jam 2.30 petang dengan kehadiran ramai hadirin ke Dewan al-Farabi. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya Kampus 2013 iaitu saudara Razif dan seterusnya ucapan pengumuman kemenangan oleh Timbalan Pengarah IPG KDRI, Tn. Hj. M. Shaipullah Bin Awang Ibrahim. Beliau memberikan sedikit nasihat dan pesanan kepada bakal-bakal JPP yang akan diumumkan oleh beliau kelak.


Sewaktu itu, kesemua calon telah berada di atas pentas menanti pengumuman yang akan disampaikan. Akhirnya diumumkan calon-calon yang telah menang satu persatu dimulakan dengan calon semester dan seterusnya calon umum. YDP JPP bagi sesi 2013/2014 adalah MUHAMMAD SYAUQI ZAMRY dari PISMP TESL Semester 3. Beliau seorang yang berkaliber dan mendapat sokongan ramai terutama dari senior-senior semester 5 dan 7. Antara manifesto yang mendapat sambutan ramai pengundi ialah manifesto di bawah. Menggambarkan beliau merupakan YDP pilihan ramai kerana berkhidmat untuk semua tanpa mengira kelompok.
 


Berikut merupakn printscreen keputusan penuh PRK JPP 2013 dari jawatan tertinggi (YDP, NYDP, Setiausaha & Bendahari) dan juga calon-calon dari setiap semester yang akan menjadi EXCO dan Timb. EXCO bagi setiap biro dalam JPP. Semoga kalian semua dapat berkhidmat dengan cemerlang dan insyallah IPG KDRI pada tahun ini akan bertambah baik dari tahun-tahun lepas. Kami dari PISMP Kajian Sosial Sem 5/2013 dengan ini menghormati keputusan yang telah dibuat oleh suara warga IPG KDRI dan kami akan berdiri teguh di belakang kalian semua dalam menjayakan program2 di IPG KDRI kelak, insyallah. Berkhidmatlah untuk semua kerana kalian adalah mewakili semua warga IPG KDRI. Semoga memperoleh keberkatan dalam berorganisasi, insyallah...

Wassalam...























PiLiHanRaYa KaMPuS JPP IPG KDRI 2013

| 09 January 2013

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 5/2013. Pada kali ini kami nak berkongsi mengenai PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPG KDRI 2013 yang akan diadakan pada bulan Januari ini. Namun untuk PRK kali ini kelas kami takde hantar wakil macam PRK 2012 lepas. Kalau PRK 2012 ari tu kami hantar 5 wakil untuk bertanding dan kami berjaya memenangi 3 kerusi di dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) iaitu Iqbal Smarties as Setiausaha Agong, Adib Misslani as EXCO Keusahawanan dan Aminnulhakim as EXCO Perhubungan Antarabangsa dan Domestik. Namun tahun ni tak masuk sebab kami akan berpraktikum ditambah pulak kami dah terlibat dengan macam-macam aktiviti dan program penting. Dibawah ni adalah kronologi PRK 2013 IPG KDRI, jom layanz....


6-10 Januari 2013
Borang pencalonan diedarkan kepada semua guru pelatih.

9 Januari 2013
Penamaan calon PRK.

13 Januari 2013
- Pembubaran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013.
- Taklimat Pilihan Raya Kampus kepada semua pelajar.
- Pengumuman senarai calon yang layak bertanding.
- Perjumpaan dan Taklimat Proses Pilihan Raya Kampus kepada calon.
- Tempoh berkempen bermula.

14 Januari 2013
Program Malam Bicara Pemimpin.

16 Januari 2013
PIlihan Raya Kampus IPG Kampus Dato' Razali Ismail.
Pengumuman Keputusan Pilihan Raya Kampus IPG Kampus Dato' Razali Ismail.

17 Januari 2013

Mesyuarat Dalaman JPP sesi 2013/2014 Kali Pertama.

- admin PaRaDoX -

BeRFoRuM di HaRi PeRTaMa KuLiaH

| 07 January 2013

 Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Semester 5/2013. Apa khabar kalian semua? Diharapnya semua sihat walafiat dan penuh keazaman dalam menempuh perjalanan tahun baru 2013 ini dengan penuh kebaikan dan kemaarufan. Kepada sahabat-sahabat dari IPG yang lain, kami ucapkan selamat berkuliah kembali untuk tahun 2013. Ada yang melangkah ke PISMP Sem 7, PISMP Sem 5, PISMP Sem 3, PISMP Sem 1 dan PPISMP Sem 2. Insyallah pada akhir semester ini iaitu bulan Jun atau Julai, akan ada kemasukan baru untuk PPISMP Sem 1. Namun semuanya bergantung kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kelak. Kami di IPG Kampus Dato' Razali Ismail telah memulakan kuliah pada 1 Januari 2013, betul-betul pada tahun baru iaitu pada selasa minggu lepas. Alhamdulillah semester ni kami dapat Ketua Unit (KU) baru iaitu saudara Aminnulhakim bin Abd. Isa, orang Pahang. Beliau dibantu oleh Penolong Ketua Unit (PKU) Nur Syuhada Binti Mohd Din, Setiausaha kelas, Pusparajan A/L Thiagarajan dan Bendahari iaitu Nur Aishah Binti Mukhtar.

Pada hari pertama sesi baru semester 5 ini, kami telah menghadiri perhimpunan bersama tuan pengarah IPG KDRI iaitu En. Ghulam Sarver Bin Mobarak Ali yang diadakan jam 7.45 pagi di Dewan al-Farabi. Pelbagai amanat disampaikan oleh beliau. Setelah selesai, kami diberitahu oleh Tuan Haji Zulkifli bahawa beliau sudha menunggu di Bilik Kuliah C 10 di bangunan pentadbiran, rupanya Hj. Zul akan ajar subjek KS kami. Lepas hbis masa Hj. Zul, kami menerima jadual waktu kuliah dari KU kitaorng. Tengok jadual mmg pack btul, dari wktu pertama sampai waktu akhir 1.15 ada kelas tiap-tiap hari. Mungkin sebab nanti kami nak praktikum, jadi untuk memastikan jam kredit mencukupi, maka terpaksa masa ditambah 1 jam untuk setiap waktu. Maka jadilah seminggu itu jadual kami penuh dan ada kelas sampai 3 jam sekali sesi. Terpaksalah kami tempuhi dengan hati yang rawan, hehehe

Lepas rehat dalam jam 11.15, Puan Maznah yang mengajar Budaya Pembelajaran telah masuk kelas kami dan pada sesi pertama kelasnya beliau sudah memberikan tugasan kepada kami, hehehe Tugasan yang akmi perlu lakukan ialah mencari point mengenai diskriminasi dalam pendidikan yang wujud pada tahun-tahun kebelakangan ini. Jadi 6 point telah disenaraikan dan kami dipecahkan kepada 6 kumpulan untuk membincangkan pasal point tersebut. Masa diberikan hanya 10 minit dan setelah itu setiap kumpulan akan menghantar wakil untuk menjadi ahli panel bagi membentangkan dapatan hujah point-point tersebut. Maka kami pun berforumlah di hari pertama kuliah dengan saudara Muhammad Iqbal sebagai moderatornya. Forum ambil masa sekitar 30 minit lebih-lebih dan setelah selesai maka kelas bersurai. Puan Maznah sempat memberikan kerja rumah kepada kami iaitu setiap kumpulan harus menyediakan sebuah presentation PPT dan dikumpul untuk diserahkan. PPT adalah berkenaan dengan point yang diberikan kepada setiap kumpulan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Itulah serba sedikit aktiviti kami di hari pertama berkuliah, hehehe Tapi sebelum tu tengok gambar2 kami berforum di bawah ni : )

Jumpe lagi di entry akan datang, Wassalam

- admin PaRaDoX -






 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +