+ KaJiaN SoSiaL +

BiNa InSaN GuRu FaSa 2/2011

| 19 October 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada kalian yang sudi berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 ini. Insyallah segala aktiviti yang unit/kelas kami lakukan kami akan kongsikan bersama kalian di laman maya ini. Semoga perkongsian aktiviti ini dapat menjadikan ianya sebagai salah satu idea utk aktiviti kalian terutama kepada guru-guru pelatih di seluruh 27 IPG di Malaysia. Seperti yang telah kami garapkan di post dahulu, pada setiap semester kami akan terlibat dengan salah satu aktiviti wajib setiap sem bagi guru pelatih IPG iaitu program Bina Insan Guru. Jika pada semesta lepas, kami terlibat dengan BIG Perkhemahan di Sekayu, pada kali ini kami terlibat dengan BIG berbentuk khidmat masyarakat. Pada kali ini, kami memilih lokasi Pantai Kelulut, iaitu dekat daerah Marang untuk diadakan program kemasyarakatan kami ini. Lokasinya tidak jauh iaitu sekitar 1/2 jam perjalanan sahaja. Dekat kan?

Gambar di atas ni menunjukkan our beloved tutor iaitu Encik Abd Halim yang menggantikan Cik Nurhijrah selaku tutor unit/kelas kami. Kitaorng panggil Papa Halim (idea Adib KU) hehehe Program ini diadakan pada 1 Oktober 2011 ari tu, iaitu ari sabtu. Kitaorng ke lokasi program naik keta sndri tpi minyk disupport gune duit progrm la, hehehe Sbb nk tempah bas x diluluskan, so naik la keta sndri. Mgkin sbb pserta sikit sgt kot, tu kne naik keta sndri je. Sblm btolak ke lokasi, sempt gk dgr taklimat dri our beloved tutor. Taklimt & pendaftaran diadakan pada jam 7.30 pagi.

Sedang khusyuk mendengar taklimat dan pesanan dari tutor, En. Abd Halim...

Selepas tu maka kami pn btolaklah ke lokasi program iaitu Pantai Kelulut, Marang. Tapi sebelum tu sempt gk singgah di gerai nasi kerabu bdekatan dgn UnisZa utk same2 merasai sarapan pagi nasi kerabu. Memang bes ssgt, hehehe Lepas siap sarapan, maka kami pun bertolaklah ke lokasi Pantai Kelulut, Marang. Perjalanan ke sana mengambil masa sekitar 1/2 jam sahaja dari IPG. Setibanya di sana, pengarah program, saudara Muhammad Iqbal mmberikn taklimat sblm melaksanakan tugasan membersih kawasan pantai dengan bantuan pakcik-makcik Majlis Perbandaran Marang (MPM) dan beberapa penduduk berdekatan, hehehe


Plastik sampah, penyapu, penyodok, tong sampah besar ada gk disponsor oleh MPM, hehehe Dapat je plastik smpah trus kutip smpah, biasanya smpah yang tak terbiodegrasi mcm plastik, botol plastik, kotak2 rokok dsb akan dikutp. Sampah yang boleh lupus mcm ranting, dahan & daun2 mmg kitaorng x amik. hehehe Jom ikuti snapshot sepanjng program gotong-ryong berlangsung, ada mcm2 gelagat boleh diintai.

Ceewah, sempat berposing smbil kutip smpah, hehehe


Gambar kt ats ni menunjukkan Pengarah Program BIG Fasa 2/2011, Iqbal Smarties yg sedang merawat lukanya. Kesian Iqbal, dia terjatuh time baru tiba di lokasi program, hehehe tebolah betul iqbal nih, hehehe Gambar bwh ni lak menunjukkan geng lelaki KS sedang memungut tempurung kelapa yang bersepah, hehehe mgkin ada org minum air kelapa kot sblm nih...

Amacam, bersih tak pantai Kelulut ni stelah kami selesai buat gotong-royong ni?


Waah....waah.... sempat lagi yerk berposing. Hehehe gambar atas ni menunjukkan Syazrin (Rain) ngah berposing bersama spek Rayban, hehehe gambar bwh ni lak pasangan Adib dan Pusparajan sedang bergambar bersama di tepi pantai, hehehe

Amacam, ni la sampah yg sempat kami kutip, ni baru 1/4 dari koleksi smph yg bjaya dikutip, hehehe patut la bersih je pantai ni kan, hehehe


Sempat lagi bergambar bersama, hehehe kameraman sewaktu ni ialah Pusparajan, Iqbal & Hakim. Geng2 DSLR KS0, hehehe sempat amik photoshot dkat Pantai Kelulut ni, mmg menarik scene dia tau...

Lepas je selesai bergotong-royong secara bermasyarakat di Pantai Kelulut, Marang, akhirnya program pun habisla. Sebelum bersurai pulang ke IPG, kami sempat berjuadah/berjamuan bersama di kedai keropok lekor 008. Buat pengetahuan semua, jamuan ni disponsorkan oleh our beloved geographic lecturer iaitu Puan Hajah Anisah Binti Harun. Rumah puan tak jauh sgt dari lokasi program kami ni, hehehe Tu dia sempat dtg ke sini, hehehe


Maka kami pun sama-sama menikmati keropok lekor yang sungguh enak ini, he3x... Amacam kwn2 di luar Terengganu, datang la ke Terengganu utk merasai keropoknya yang sedap, kt sini keropok dia rasa lain sikit, mgkin sbb keadaan geografi lautannya yang membuatkan rasa daging ikan sedikit berlainan dengan ikan di perairan negeri lain. hehehe Klu dari Pahang, KL, Johor anda boleh la singgah di kedai keropok di Kelulut ni, jalan tepi pantai, hehehe


Lepas siap makan, kami sempat membeli-belah keropok di kedai ni. Utk dibawa bekal balik ke IPG, sbb jrg dpt singgah di kedai keropok 008 di Marang ni. Klu naik bus pn, bus xkan bhenti di kedai keropok ni kcuali klu drebar bus tu yg nk beli sndri, so kami x lepaskn pluang yg ader...

Lepas selesai beli keropok dan juadah yg lain, maka kami pun pulang ke IPG, program tamat jam 3.00 petang setelah kami selamat tiba di IPG. Alhamdulillah program ni berjalan dengan lancarnya dan matlamatnya untuk berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat sekeliling berjaya dicapai dengan maklumbalas positif dari masyarakat berdekatan dan juga pensyarah pembimbing merangkpa our beloved tutor, En. Abd. Halim.
Wassalam..... Bertemu di BIG Sem 3/2012 nnt, insyallah....

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)
FASA 2/2011 (KEGIATAN KEMASYARAKATAN)
PANTAI PERANGINAN KELULUT
MARANG, TERENGGANU
1 OKTOBER 2011 / SABTU

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +