+ KaJiaN SoSiaL +

HePi BeSDaY Ke-22 BuaT AKiM LuFFy

| 31 December 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua guru pelatih yang sudi berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 ini. Semoga kalian semua berada di dalam keadaan kesihatan emosi, fizikal dan rohani yang amat memBAGUSkan terutama bersempena tahun baru 2012 ini. Semoga semua urusan kerja buat kita akan berjalan dengan lancar selancar air di pinggir kali, hehehe Sebenarnya pada kali ini kami ingin mengeWISH kepada rakan seperjuangan KS0 kami iaitu Aminnulhakim Bin Abd Isa. Untuk Akim, SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-22/2012. Semoga Akim sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Tidak lupa juga smoga cepat2 kawen, hehehe Akim dilahirkan di Negeri Sembilan pada 1 Januari 1990. Kiranya dalam geng KS0 kitaorng, Akim la abang long, hehehe Apapun buat Akim, smoga sukses selalu !
Wassalam....


JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

TaKWiM IPG & PeRSeKoLaHaN 2012

|
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada yang sudi berkunjung lagi ke teratak PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Apa khabar kalian smua? Sudah semestinya begitu bersemangat menempuh tahun baru 2012 ini bukan? Insyallah, selamat menempuh 2012 dan rancanglah kehidupan kalian dengan sebaiknya. Tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum semua guru pelatih IPG di seluruh Malaysia akan memulakan sesi kuliah. Uniknya guru pelatih di IPG ini ialah cuti dan waktu kuliah diadakan serentak dengan cuti dan waktu persekolahan di sekolah-sekolah biasa. Mengapa begitu? Tidak lain tidak bukan bertujuan untuk membiasakan diri setiap guru pelatih dengan masa dan waktu di sekolah. Tambahan pula di IPG kesemua guru pelatih harus mengikuti PBS & Praktikum yang semestinya bersangkut paut dengan waktu sekolah harian. Jadi sekiranya kalendar kuliah di IPG adalah sepertimana di IPTA/IPTS, maka akan berlaku masalah dalam mengikut PBS dan Praktikum di sekolah-sekolah. Dari situlah wajarnya kesemua guru pelatih di IPG bercuti dan berkuliah sepertimana waktu cuti dan interasi di sekolah harian.

Justeru, untuk memudahkan kalian merancang cuti sama ada membeli tiket bas, flight dsb, kalian boleh mendapatkan takwim persekolah yang kami lampirkan di bawah ini. Ini merupakan surat pekeliling terkini dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Kerajaan Persekutuan Rakyat Malaysia. Mungkin ada yang sedang merancang ingin bercuti bersama keluarga, merancang ingin mengadakan program besar ataupun mungkin juga ada yang merancang ingin melangsungkan pertunangan ataupun perkahwinan, bolehlah kalian manfaatkan kalendar ini. Untuk mendapatkan salinan sofcopy, dapatkannya dengan meng'klik' di link ini. Semoga bermanfaat.
Wassalam....




JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

SaLaM TaHuN BaRu 2012 Masehi

|
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung yang setia mengikuti perkembangan aktiviti PISMP Kajian Sosial Ambilan Jan 2011 ini. Apa khabar kalian semua? Hendaknya sihat walafiat selalu kerna kehidupan kita ini dipenuhi dengan citra warna yang pelbagai. Juster untuk menghadapinya, maka kesihatan sama ada mental, fizikal dan rohani haruslah sentiasa di tahap yang membaguskan. Sekiranya masih di tahap tidak bagus, marilah kita sama-sama berusaha untuk membaguskan pemikiran, emosi dan spiritual kita untuk menghadapi segala macam cerna kehidupan.

Sedar tidak sedar sudah setahun kita berada di tahun 2011. Justeru, kami PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 MASEHI kepada semua yang berkunjung ke blog aktiviti kami ini. Dan genaplah setahun kami dari PISMP Kajian Sosial berada di dalam arus pendidikan siswazah guru. Diharapkan agar segala kerja buat kami sepanjang 2011 ini membuahkan hasil kalau tidak banyak pun sedikit sudah memadai. Diharapkan segala hasil tersebut dapat memberikan manfaat kepada kami dalam kami menempuhi kehidupan sebagai seorang guru kelak. Pada tahun 2012 ini merupakan antara tahun yang agak mencabar buat kami kerna buka semester ini sahaja kami akan mengikuti kursus Kokurikulum Badan Beruniform yang sudah smeestinya memerlukan belanja yang agak besar untuk kami mengikutinya terutama belanja dari sudut pakaian. Insyallah dengan semangat azam tahun baru 2012, kami akan menjalaninya dengan sebaiknya tambahan pula 2012 merupakan tahun trakhir kami berPBS, kerna pada 2013 kami akan mula menjalani praktikum secara rasmi di sekolah yang bertuah mendapat guru pelatih seperti kami ini, hehehe

Insyallah di tahun 2012 ini, lebih banyak aktiviti yang sedang menanti kami. Antara aktiviti yang mungkin akan kami ikuti ialah lawatan ke Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri, program kemanusiaan di Kemboja yang insyallah menurut maklumat akhir akan diadakan pada akhir tahun 2012 dan beberapa lagi siri lawatan, kajian lapangan dan sebagainya. Malah mungkin juga perkhemahan BIG, badan beruniform dan sebagainya. Sungguh berwarna-warni 2012 nanti, insyllah, Diharapkan kami dapat menjalaninya dengan selamat, gembira, bermanfaat, riang dan penuh dengan pengalaman dan pengetahuan yang bermanfaat. Buat kalian di luar sana, rajin2lah jenguk blog aktiviti kami ini kerna dari sini anda mungkin dapat pengetahuan atau idea baru untuk menjalani atau menguruskan sesuatu program. Kalian juga boleh berkongsi pengalaman setiap program yang kami jalani. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. Bertemu kembali di 'entry' akan datang yang insyallah penuh berinformasi. Selamat maju jaya semuanya. SELAMAT TAHUN BARU 2012 !
Wassalam


JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

DiaRi AkTiViTi PISMP SeM 2/2011

| 17 December 2011

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua yang sudi berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Semester 3/2012 ini, semoga segala aktiviti yang kami kongsikan bersama dapat dikongsi dan mungkin aktiviti dan segala makluman di laman blog kami ini berguna untuk kalian semua terutama guru pelatih di seluruh IPG di seluruh Malaysia. Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan kalian semua mengenai diari aktiviti utama yang telah kami jalankan di IPG untuk semester 2/2011 yang lalu. Aktiviti yang kami kongsikan ini merupakan aktiviti yang utama, banyak lagi aktiviti lain yang mungkin telah kami ikuti tapi tidak sempat diupload di sini mungkin kerana faktor terlalu banyak foto yang perlu diupload. Kami juga meminta maaf kerna mungkin saiz gambar yang dipaparkn sedikit kecil pixelnya dan kurang jelas. Kalian boleh mengklik foto-foto yang ingin dilihat dan ianya akan dipaparkan di dalam tab khusus dan mungkin imej tersebut lebih jelas. Jom sama-sama kita melihat apa aktiviti yang telah kami jalani sepanjang semester 2/2011 baru-baru ni.

MAJLIS BERBUKA PUASA &
MAJLIS PERPISAHAN BERSAMA
TUTOR LAMA KAMI, CIK NURHIJRAH














BINA INSAN GURU II
DI PANTAI KELULUT, MARANG



















PERTANDINGAN GERKO HOKI
ANTARA KELAS KS, PAI 1 & 2, TESL dsb
(Lelaki KS Juara & Perempuan KS Naib Juara)






















KAJIAN LAPANGAN DI PULAU LANGKAWI
SUBJEK GEOGRAFI PERSEKITARAN





















KAJIAN LITERASI BAHASA MELAYU
DI SK PAGAR BESI






PEMBENTANGAN HASIL KERJA
ALAT BANTU MENGAJAR
SUBJEK LITERASI BAHASA MELAYU









MENGHADIRI WACANA PEMIKIRAN PUISI MELAYU TRADISIONAL
DI DEWAN KULIAH TeLtraC










Inilah serba sedikit foto-foto aktiviti yang sempat kami sertai, sebenarnya banyak lagi tetapi admin fikir ianya sudah mencukupi kerana terlalu banyak foto yang perlu diupload sekiranya segala aktiviti ingin disertakan foto. Insyallah, di masa-masa hadapan terutama semester 3/2012 ini, akan ada banyak lagi aktiviti yang akan kami sertai dan jika berkesempatan, admin akan menguploadnya di laman blog ini. Stay Tune !
Jumpe lagi, Wassalam...


JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !
 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +