+ KaJiaN SoSiaL +

MaJLiS PeRPiSaHaN DR. HaMDaN

| 11 May 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan anda semua aktiviti terbaru kami pada minggu lepas. Majlis yang kami sertai ini ialah Majlis Perpisahan Dr. Hamdan, iaitu pensyarah Jabatan Kajian Sosial IPG KDRI yang telah bertukar bertugas ke Universiti Malaysia Terengganu. Pada semester ini beliau telah mengajar kami subjek PSS 3106 iaitu Politik dan Kerajaan. Sebuah permata yang menyinar di IPG KDRI amnya dan JKS khususnya sudah meninggalkan IPG KDRI. Semoga Dr. Hamdan sentiasa maju jaya di tempat mengajar baru, halalkan segala ilmu dan apa sahaja yang telah Dr. berikan & turunkan kepada kami, doakan kami agar menjadi pendidik yang dapat membentuk generasi hadapan dengan ilmu yang sebenar. Jasa Dr. tetap kami kenang buat selamanya dan tidak akan luput di minda, insyallah...

Majlis ni telah diadakan di Dewan Al-Farabi. Terdapat pelbagai pengisian menarik yang disediakan antaranya jamuan, persembahan khusus dari pelajar KS & Sejarah under JKS, cabutan bertuah dan sebagainya. Majlis bermula pada jam 8.30 malam dengan ketibaan Dr. Hamdan dan family. Sayangnya pada majlis ini salah seorang sahabat kami iaitu Pusparajan A/L Thiagarajan tidak dapat hadir atas sebab tertentu. Di majlis ini juga kami sempat memberikan hadiah penghargaan berupa album yang mengandungi gambar dan kad ucapan semua ahli kelas kami kepada Dr. Hamdan. Semoga Dr. maju jaya di tempat baru. Insyallah apa-apa perkembangan kami di IPG KDRI, kami akan beritahu Dr. Majlis pada malam tersebut habis sekitar jam 10.30 malam dengan gilang-gemilangnya. Jom kita check out photo spanjang majlis tersebut berlangsung, jumpe di post akan dtg, Wassalam...



Antara juadah jamuan pada malam tersebut, ada nasi berlauk ikan, ayam, telur, ada bubur jagung, ada dadih, ada kueh-mueh dan sebagainya, memang makanan best malam tu, sempat gak bawak balik hostel beberapa jenis juadah yang masih berbaki swaktu akhir majlis.





Sambutan bunga manggar untuk tetami yang dirai, Dr. Hamdan dan juga pensyarah JKS yang lain. Antara pensyarah yang hadir ialah En. Hasnul Hadi, Puan Rosmani & Tuan Haji Zulkifli.


Sesi pendaftaran ahli KS & Sejarah yang hadir. (mendaftar sambil dapat cup cake, best woo)




Sempat lagi bergambar di pintu masuk ke dewan Al-Farabi yang dihias indah.



Suasana susunan dalaman dewan yang indah sesuai dengan tema perpisahan.




Ada juga acara tarian sambutan oleh senior KS Sem 7.

Persembahan pembukaan silat.



Dr. Hamdan memotong kek perpisahan.




Album yang mengandungi gambar dan kad ucapan dari semua ahli KS0.


JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

LaWaTaN SiDanG DUN TeReNGGaNu

|
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Malaysia kepada semua pengunjung blog Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 IPG KDRI. Semoga kalian semua sihat walafiat hendaknya. Kepada semua mahasiswa guru dari seluruh IPG, macam mana dengan persiapan kalian dengan peperiksaan yang akan menjelma. Yang pastinya peperiksaan hanya tinggal seminggu sahaja bukan? Semoga semuanya dapat menjawab dengan baik, insyallah. Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan kalian semua aktiviti terbaru kami untuk kali ini iaitu LAWATAN ILMIAH ke SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU yang berlangsung pada 24 April 2012 (Selasa) 2 minggu lepas. Program lawatan ilmiah ini merupakan salah satu dari keperluan silibus kami iaitu subjek PSS 3106 Politik dan Kerajaan. Itulah yang menariknya bagi unit kami Kajian Sosial. Kami belajar pelbagai disiplin ilmu, ada geografi, pendidikan alam sekitar, kajian tempatan, sejarah, ekonomi dan ada juga sains politik. Insyallah kami akan menjadi individu yang berilmu dalam pelbagai bidang. Jom kita tengok gambar yang kami sempt snap swaktu pergi ke sidang DUN Terengganu.

Kami bertolak dari IPG untuk ke Sidang DUN lebih kurang jam 7.20 pagi dengan menaiki bas IPG yang veteren, hehehe mungkin sebab lokasi dekat ditambah pula bas IPG yg baru2 terpaksa digunakan untuk tujuan lain, maka kami terpaksa menggunakan bas IPG yang veteren, bes woo, aircond smulajadi, hehehe Kami menanti ketibaan Dr. Hamdan terlebih dahulu sebelum bertolak kerana beliau akan menaiki bas bersama kami. Manakala Pn Hajah Anisah pula menaiki kenderaan beliau sendiri dan beliau juga dalam perjalanan ke Dewan DUN.








Sebelum kami tiba ke lokasi iaitu Dewan DUN Terengganu yang terletak di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, kami sempat singgah sebentar untuk sarapan pagi di kedai nasi lemak berdekatan SMT Terengganu. Walaupun harga makanannya agak tinggi, namun nasinya boleh dikatakan menyelerakan ditambah pula kami dalam sedikit kelaparan, maklumla pagi2 kan.

Setelah selesai bersarapan di sana, kami telah menaiki bas kembali untuk bertolak ke lokasi iaitu Dewan DUN Terengganu di Wisma Darul Iman. Perjalanannya agaka lancar kerana pada waktu ini jalan lebih lengang kerana orang ramai sudah memulakan tugas di pejabat masing-masing. Jadi xder la jem macam biasa KT ni. Kami tiba dalam pukul 8.45 pagi di perkarangan Wisma Darul Iman dan terus bergerak menuju ke lokasi utama iaitu Dewan Persidangan. Sempat lagi bergambar bersama sebelum masuk ke dewan persidangan.

Sewaktu ingin memasuki Dewan Persidangan tersebut, kami telah dipersilakan untuk meningkat kesemua peralatan elektronik seperti telefon, kamera dan apa sahaja alat elektronik sebelum memasuki dewan persidangan.Disebabkan oleh itulah kami tidak berkesempatan untuk mengambil gambar ataupun merakam peristiwa perbahasan dalam sidang DUN kerana peraturannya sememangnya begitu. Kami juga perlu melalui beberapa protokol keselamatan iaitu sebelum masuk ke dalam dewan persidangan, kami akan melalui pemeriksaan keselamatan oleh pegawai keselamatan yang menggunakan pengimbas alatan besi di seluruh badan. Setelah selesai barulah kami boleh memasuki dewan dengan baik. Nak masuk dewan pun ada prosedurnya iaitu seandainya sidang tengah berlangsung, kita haruslah 'bow' atau tunduk hormat kepada Tuan Yang Dipertua DUN sebelum duduk. Persidangan agak perlahan kerana isu yang dikemukakan adalah isu yang tidak popular dan banyak isu politik yang dimainkan. Namun tidak mengapalah kerana ini menjadi pengalaman kepada kami yang tidak mungkin kami akan berkesempatan lagi untuk mengalaminya di masa hadapan. Setelah selesai persidangan pagi, kami berehat di perkarangan dewan persidangan dan menjamah sedikit juadah makan pagi yang disediakan.

Setelah selesai menjamah juadah makan pagi yang disediakan khas untuk pemerhati dan ahli dewan, kami masuk kembali ke dalam dewan persidangan untuk mengikuti sesi perbahasan usul oleh ahli dewan, ternyata pada sesi ini sedikit hangat dengan pelbagia isu. Namun kebanyakan isunya berkitar isu peringkat negeri Terengganu sesuai dengan namanya sebagai Dewan Undangan Negeri. Pada jam 12.30 tengahari persidangan berhenti berehat untuk makan tengahari dan solat zohor. Kami mengambil kembali barangan yang telah ditinggalkan sebelum masuk ke dewan tersebut dan bergegas ke perkarangan dewan untuk menikmati jamuan makan tengahari bersama pemerhati lain. Namun untuk ahli dewan, mereka akan menikmati jamuan khas di lokasi lain. Setelah selesai maka kami pun mengambil kesempatan yang ada untuk bergambar bersama sebelum bertolak pulang ke IPG.










Sebelum tiba ke IPG, kami sempat berhenti di pasaraya Giant di Kuala Terengganu. Kami bersolat zohor dahulu di surau pasaraya Giant sebelum pusing2 sekeliling Giant. Pusing punya pusing akhirnya kami pun balik la semula ke IPG. Saja je nak hilangkan penat dan kelenguhan time dok dalam dewan DUN pagi tadi, hehehe





Kami tiba di IPG dalam pukul 5 petang gitu dan program lawatan ilmiah ke sidang DUN tamat dan insyallah kami akan datang lagi di masa hadapan jika berkesempatan, amin...
Wassalam...

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !
 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +