+ KaJiaN SoSiaL +

HaPPy ChiNeSe NeW YeaR 2012

| 19 January 2012
Assalamualaikum w.b.t & Salam 1Malaysia, kami dari PISMP Kajian Sosial Semester 3/2012 dari IPG Kampus Dato' Razali Ismail ingin mengucapkan HAPPY CHINESE NEW YEAR 2012 kepada semua masyarakat berbangsa Cina. Tahun ni merupakan tahun naga bukan? Justeru diharapkan kita semua mempunyai keberanian dan kekuatan dalam menghadapi apa jua cabaran dalam alam pembelajaran sepanjang sesi kuliah penggal pertama tahun 2012 ini. Semoga perpaduan dan ikatan muhibbah antara kita semua masyarakat pluralistik di Malaysia sentiasa harmoni. Sekali lagi kami ingin ucapkan HAPPY CHINESE NEW YEAR 2012. TQ


JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

MaRi MeWaRNa BeRSaMa SuBJeK AnaToMi

| 17 January 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1dunia kepada kalian semua yang sudi sekali lagi berkunjung ke Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya. Pada kali ni kami nak berkongsi dengan kalian semua mengenai cerita kelas mewarna kami, sebenarnya kelas untuk subjek Anatomi dan Fisiologi. Pensyarah kami Cik Hajah Mek Yam yang ajar subjek ni. Dan antara kuiz yang diadakan ialah kuiz mewarna gambar2 dalam subjek Anatomi Fisiologi. Setelah selesai buat latihan Anatomi tu, maka kami diarahkan untuk melabelkan dan mewarna gambarajah yang ada dalam kuiz. Dah macam subjek PSV lak. Tambah2 kelas kami bergabung dengan unit PSV untuk subjek Anatomi & Fisiologi ni. Hehehe Jom kita tengok pelbagai gelagat kami sewaktu berlangsungnya aktiviti mewarna ni.













JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

HaPPy BiRthdaY 21st IQBaL

|
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & Salam 1Dunia kepada semua pengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012. Semoga kalian semua sihat walafiat hendaknya. Bertemu kembali kita di entry pada kali ini. Sebelum berlabuh tirai Januari 2012 bagi guru pelatih IPG semua, kami sekali lagi akan menyambut ulangtahun kelahiran seorang lagi geng KS0 kami. Dengan ini genaplah 4 orang geng KS0 telah menyambut ulangtahun kelahiran dan menandakan mereka kini sudah menjangkau usia 21 tahun. Umur untuk mengundi, jangan lupa daftarlah segera untuk menunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia, hehehe Jadi di kesempatan ini, kami PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-21 buat rakan segeng KS0 kami iaitu saudara MUHAMMAD IQBAL BIN ZAHANUDDIN, orang kelahiran Pahang. Diharapkan Iqbal semoga sihat2 selalu, dimurahkan rezeki, diberikan kekuatan untuk memikul segala amanah yang dipertanggungjawabkan dan akhir sekali semoga cepat kawen, ehem2x, hehehe Insyallah.

Semoga beliau sihat walafiat sokmo hendaknya. Insyallah di masa hadapan, akan kami paparkan lagi apa2 aktiviti dan juga sambutan kelas kami di blog aktiviti PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Berjumpa lagi di entry akan datang, Wassalam...

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

PiLiHaNRaYa KaMPuS IPG KDRI 2012

| 16 January 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Diharapkan agar kalian semua sihat walafiat hendaknya. Pada kali ini kami ingin berkongsi aktiviti terbaru kami untuk semester ini. Seperti kebiasaannya, pada akhir tahun akan diadakan pemilihan ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang baru bagi IPG kami. Maka pada awal tahun 2012 ini, telah diadakan sesi pemilihan jawatankuasa yang baru. Bagi IPG kami, pemilihan JPP adalah melalui undian oleh guru pelatih sendiri dan bukannya secara lantikan. Setiap guru pelatih boleh dicalonkan untuk menjadi ahli jawatankuasa dan akan bertanding dalam pemilihan JPP yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan JPP yang telah dilantik. Setelah 2 1/2 tahun kami berada di IPG ini, ini julung-julung kalinya geng KS0 telah menceburkan diri di dalam pemilihan JPP.

Bagi pemilihan JPP, akan terdapat dua kategori iaitu calon umum dan juga calon semester. Bagi calon umum, tidak ditetapkan sebarang kuota dan sesiapa bebas bertanding untuk merebut jawatan tertinggi dalam JPP seperti Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Setiausaha Agung dan juga Bendahari Kehormat. Pengundian adalah terbuka kepada semua guru pelatih. Bagi calon umum ini bolehlah diumpamakan sebagai ahli Parlimen bagi Pilihanraya negara Malaysia. Manakala calon semester pula ialah calon yang dipilih dan hanya akan diundi oleh guru pelatih dari semester yang sama sahaja. Dan kategori ini mempunyai kuota sebagai contoh bagi kuota PISMP semester 3, hanya 5 orang lelaki dan 2 orang perempuan akan dipilih untuk memegang kerusi EXCO dalam JPP. Bolehlah dianggap bahawa calon semester ini diumpamakan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pilihanraya di Malaysia. Alhamdulillah pada pemilihan JPP pada kali ini, seramai 5 orang geng KS0 akan bertanding dalam pilihanraya.

Bagi calon semester 3, ahli geng KS0 yang terlibat ialah AMINNULHAKIM BIN ABD ISA (S302) MUHAMMAD ADIB BIN MISSLANI (S303) & ZAINAB ASILAH BINTI ABDULLAH (S307). Untuk mengundi mereka bertiga, hanya guru pelatih dari semester tiga sahaja yang akan mengundi manakala semester-semester lain akan mengundi mengikut calon semester masing-masing sahaja.

Manakala bagi kerusi Majlis Tertinggi JPP atau calon umum, PISMP KS0 telah menghantar 2 orang wakil untuk menduduki kerusi Setiausaha 1 & Setiausaha 2 iaitu MUHAMMAD IQBAL BIN ZAHANUDDIN (U010) & NURAZLINDA BINTI AZHAR (U012). Bagi calon umum, sesiapa sahaja guru pelatih PISMP, PPISMP, GSTT & DPLi dapat mengundi calon yang mereka yakini. Jadi, kepada semua guru pelatih dari IPG KaDRI, Kuala Terengganu, Jangan lupa mengundi calon dari KS0 kami ye, hehehe. Insyallah, semoga mereka semua memenangi pemilihan JPP pada kali ini dan kita akan mendapati suara unit minoriti akan semakin didengari, insyallah, Amiin...
Wassalam...



JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

HaPPy BiRthDaY 21th PuSPa, AiSHaH & FaHMi

| 09 January 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua yang sudi berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Semester 3/2012 ini. Apa khabar kalian semua? Macam mana dengan sesi kuliah yang baru ini, mesti semua sedang bergembira kan, terutama kepada semua guru pelatih PISMP Sem 3 sebab pada semester ini kita akan terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Kami PISMP Kajian Sosial dari IPG Kampus Dato' Razali Ismail telah terpilih untuk menganggotai pasukan Kadet Remaja Sekolah, alamatnya kena berkawad la, hehehe. Untuk pengetahuan kalian, pemilihan unit beruniform di IPG kami adalah tertakluk kepada Unit Kokurikulum IPG, kebetulan takdir Allah telah menetapkan kami akan menganggotai Kadet Remaja Sekolah, maka kami menerimanya seadanya walaupun mungkin perbelanjaan untuk uniform KRS agak tinggi, diharapkan tidaklah terlalu tinggi, insyallah.

Sebenarnya pada kali ini kami ingin berkongsi berita gembira kami bersama kalian. Pada bulan Januari 2012 ini, kami sekelas akan menyambut ulangtahun kelahiran beberapa orang ahli KS0 yang berderet hari kelahiran mereka. Kami dari PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-21 buat mereka yang bertuah ini. Individu bertuah yang dimaksudkan ialah Pusparajan A/L Thiagarajan yang dilahirkan pada 8 Januari 1991 di negeri jelapang padi iaitu Kedah Darul Aman. Insan bertuah kedua ialah Siti Nur Aishah Binti Mukhtar yang dilahirkan pada 9 Januari 1991 di negeri pesisir pantai yang indah iaitu Terengganu Darul Iman. Manakala insan ketiga ialah Muhamad Fahmi Bin Ab Rasib yang dilahirkan pada 10 Januari 1991 di daerah Machang di negeri Serambi Mekah, Cik Siti Wan Kembang dan Tanah Serendah Sekebun Bunga iaitu Kelantan Darul Naim. Hehehe mereka kini sudah melangkah ke umur 21, dah tua rupanya ye, hehehe Apapun semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan cepat kawen, hehehe
Jumpe di entry akan datang, Wassalam.


JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

SeLaMaT KeMBaLi BeRKuLiaH !

| 01 January 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua yang sudi berkunjung ke taratak terindah PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011, semoga kalian semua sihata walafiat hendaknya disamping insan yang tersayang. Ditambah pula sambutan tahun baru 2012 yang insyallah dipenuhi dengan semangat dan keazaman yang baru. Kami di sini ingin mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE IPG kepada semua guru pelatih di seluruh IPG di seluruh Malaysia, hehehe sedar x sedar dah habis rupanya cuti cekgu2 pelatih IPG selama sebulan 2 minggu lalu. Insyallah kita akan bercuti lagi di cuti umum bersempena Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Dengan keazaman yang baru, insyallah semester baru ini akan menjadi semester yang lebih baik kepada kita semua berbanding semester2 lepas dan semester yang akan datang akan kita buat yang lebih terbaik berbanding semester baru ini. Yang penting Don't be Sad ats apa sahaja keputusan peperiksaan kita semester lepas. Kegagalan adalah langkah pertama menuju kejayaan. Tanpa kegagalan, kita tidak akan mengenal erti kemanisan kejayaan kerana kejayaan yang dicapai dengan susah payah adalah lebih manis ertinya berbanding kejayaan yang dicapai secara jalan singkat. Semoga kita smua sukses dalam apa jua bidang yang kita sertai, insyallah.
Wassalam

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !
 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +