+ KaJiaN SoSiaL +

TaHNiaH DiaTaS KeCeMeRLaNGaN ExaM AkhiR SemEsTeR 5

| 21 June 2013
 Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung setia Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Semester 6/2013 ini. Apa khabar kalian semua? Diharapkan semuanya sihat walafiat hendaknya. Kepada mahasiswa guru PISMP Sem 6 tu sudah bersedia ke untuk berpraktikum. Klu di IPG kami 14 Julai nnt bermulalah praktikum kami. Insyallah, doakan kami semua dapat buat yang terbaik tau.

Post pada kali ini bertujuan untuk mengucapkan TAHNIAH diatas keputusan yang cemerlang dan amat memberangsangkan di dalam peperiksaan semester kepada semua mahasiswa guru terutama ahli-ahli teratak kami. Alhamdulillah berdasarkan tinjauan rawak, kebanyakan ahli-ahli kelas kami memperoleh keputusan yang cemerlang. Semoga kecemerlangan ini dapat ditingkatkan lagi pada semester ini dan semester-semester akan datang.


Maklumlah sekarang ni banyak keluar isu ketiadaan jaminan posting/bekerja kepada mahasiswa guru di IPGM seluruh M'sia. Diharapkan agar dasar memberikan jaminan posting ini tidak berubah kerana kami telah menjalani pelbagai latihan-latihan perguruan yang maksium. Dah berpuluh kali kami ke sekolah sama ada menganjurkan penyelidikan, peninjauan dan seminar bersama pihak sekolah. Ditambah pula kami berpraktikum sebanyak 3 sesi dengan jumlah keseluruhan 6 bulan. Cukup untuk menjadikan kami mahasiswa guru yang terlatih insyallah.

Semoga kami dapat mengekalkan momentum pembelajaran kami untuk mendapat pointer yang tinggi bagi membolehkan kami ditawarkan kerjaya sebagai seorang guru. (akhirnya pembelajaran di IPGM pun jadi berorientasikan peperiksaan, bukan lagi kemahiran-kemahiran softskill sptmana yang diwar-warkan dahulu. Diharapkan pihak kementerian menilai dengan baik kerana banyak pelaburan telah dilaburkan kepada kami. Jangan kerana segelintir sahaja yang bermasalah, habis kelambu dibakar. Itu bukan tindakan yang bijak. Kami pun tinggal 3 semester sahaja lagi untuk berusaha bersungguh-sungguh dan struggle dalam memastikan pointer terkumpul kami berada pada tahap yang cemerlang, insyallah. Diharap semuanya berjalan dengan baik. Dan kalian jangan lupe untuk turut sama mendoakan kejayaan kami menjadi pendidikan anak bangsa kelak, insyallah

Wassalam....

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +