+ KaJiaN SoSiaL +

SuBJeK SeMeSTeR HaDaPaN

| 29 November 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini, semoga semuanya sihat belaka hendaknya. Sedar tak sedar dalam sebulan lagi kita akan melangkah ke semester baru bagi semua guru pelatih di seluruh IPG di seluruh Malaysia. Sungguh masa begitu cepat berlalu. Kepada semua guru pelatih dari unit PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011, kalian boleh ketahui subjek-subjek yang akan dipelajari pada semester hadapan. Nampaknya sem depan kita masih akan belajar geografi, etnografi & sejarah, itu yang pasti. Malah di dalam subjek WAJ 3106 Hubungan Etnik juga kita akan belajar sekali lagi mengenai DEB, DPN, Wawasan 2010, 13 Mei 1969 kesultanan melayu melaka, topik yang sama diulang sejak PPISMP. Justeru cekgu2 KS/PS semua mesti mahir dn dpt skor tinggi subjek WAJ 3106 Hubungan Etnik ini, hehehe Bagi kami guru pelatih PISMP Kajian Sosial di IPG Kampus Dato' Razali Ismail, kami mengambil subjek Pengajian Melayu sebagai subjek elektif II dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan sebagai subjek elektif I. Justeru itulah kami akan mengambil subjek BMM 3101 Pengajian Sukatan Pelajaran BM Sekolah Rendah. Apapun jom tengok senarai subjek yang akan PISMP Kajian Sosial belajar di semester hadapan iaitu semester 3/2012...

Klik Untuk Perbesarkan Imej

Dan kepada semua guru pelatih, tak kira di mana sahaja kalian menuntut ilmu keguruan, kalian bolehlah mendapatkan koleksi nota2 PISMP terutama subjek-subjek yang umum diambil oleh semua guru pelatih seperti subjek dengan kod WAJ, EDU, PJM & BMM. Bagi subjek dengan kod PSS hanya guru pelatih Kajian/Pengajian Sosial sahaja yang mengambilnya. Untuk mendapatkannya, sila layari http://notapismpks.blogspot.com atau klik je di ikon sebelah kiri atas laman blog kami ini, pelbagai nota yang boleh kalian dapati. Malah nota2 PISMP Sem 1 & 2 juga boleh kalian dapatkan atau suggestkn pada junior-junior. Semoga bermanfaat, Sekian, Wassalam....

SaLaM MaaL HiJRaH 1433H / 2011M

| 26 November 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & Salam 1Dunia kepada kalian semua, semoga semuanya sihat walafiat hendaknya. Jagalah kesihatan & keselamatan kalian sewaktu bercuti di kampung, terutama kepada sesiapa yang kawasan rumahnya termasuk dalam kawasan banjir, diminta lebih berhati-hati dan elakkan sesuatu yang tidak diingini dari berlaku, sebagai manusia kita mampu berusaha, selebihnya serahkan kepadaNya. Pada kali ini, kami PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ingin mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1433H / 2011M kepada semua guru pelatih di seluruh IPG di seluruh negara, malah kepada sesiapa sahaja yang membaca blog kami ini. Semoga tahun baru Hijrah ini akan kita manfaatkan sebagainya untuk bermuhasabah apakan yang telah kita lakukan di tahun 1432H yang lalu dan apakah yang akan kita laksanakan transformasi/pembaharuan sewaktu di tahun Hijriah yang baru nanti. Semoga segala kerja buat kita mendapat keredhaanNya dan sentiasa di dalam rahmatNya, insyallah, Amiinn...

DOA AKHIR TAHUN
Dibaca 3x selepas Solat Asar
(klik untuk besarkan imej)

DOA AWAL TAHUN
Dibaca 3x Selepas Solat Maghrib nanti
(klik untuk besarkan imej)


TaKwiM IPG 2102

| 22 November 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini, hehehe walaupun x masuk sem baru lagi, dek kerana ke'excited' kami untuk melangkah ke semester 3, maka kami gunakan gelaran baru ini secara rasminya, hehehe sedar tak sedar dah lebih 2 tahun 5 bulan kami berada di IPG, sungguh tidak disedari masa itu begitu cepat berlalu. Gambar rasmi kelas pun dh 3 kali kami shot, 2 kali pakai baju kemeja dan 1 kali pakai baju PJ, agaknya untuk masa depan nanti nak pakai baju ape lak, baju korporat kot, hehehe Mungkin ramai guru pelatih IPG dah kurang aktif dlm web & net sbb msing2 sibuk bersama keluarga di rumah. Ada yang balik kg jumpe atok, tokwan, tok ki & opah, ader yg keje sambilan, ader yg tlibat dgn aktiviti NGO & suka rela or alumni skolah dulu ke, tak kurang jugak ada yang relaks kt rumah je sebab air banjir dh naik, tggu greenlight utk bpindah ke pusat pemindahan banjir jer, hehe Apa sahaja aktiviti kalian di cuti smeester 7 minggu ni, yang penting kne berhati-hati dalam segala jua keadaan, semoga kita selamat bertemu di semester akan datang, insyallah.

Sebenarnya kali ni kali nak share dgn kalian mengenai Takwim IPG bagi tahun 2012, ni secara rasmi tapi mungkin ada beberapa pindaan bersesuaian dengan keadaan. Kita manusia hanya mampu merancang dan Allah lah yang menentukan segalanya tau. Jadi kepada sesape yg dh pelan nk beli tiket awal ke, nk rancng holiday time cuti ke, or mungkin ader yg nak wat kenduri bertunang or kawen, hehehehe bolehla tgk2 takwim ni, Semoga bermanfaat ek. Yang penting kite merancang dlm hidup kita sebab Jika Anda Tidak Merancang Hidup Anda, Sebenarnya Anda Merancang Hidup Untuk Gagal. renung2kanlah, jumpe lagi di lain post, insyallah, Wassalam....


p/s : Untuk membesarkan gambar di atas, klik button kanan mouse, klik OPEN IN NEW TAB.

SeLaMaT BeRCuTi AkhiR SemEsTEr 2011

| 19 November 2011

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung sekali lagi ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 ini. Apa khabar kalian semua? Terutama semua guru pelatih yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir dan sekarang berada di kampung halaman masing-masing bersama keluarga. Rasanya tidak terlambat lagi bagi kami untuk mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada kalian semua. Semoga di kesempatan cuti ini, kita manfaatkannya dengan sebaiknya dan ambillah peluang yang ada ini untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama kita dan ahli keluarga yang lain. Maklumlah kita banyak menghabiskan masa di IPG dan jarang-jarang kita dapat pulang ke kampung, justeru, masa yang diberikan ini haruslah dimanfaatkan dengan sebaiknya, insyallah. Pesanan kami lagi, sepanjang cuti ini, isikannya dengan aktiviti bermanfaat seperti melawat sanak-saudara, shabat2 sekolah menengah dan rendah dahulu, atau mungkin kalian boleh bekerja sambilan di mana-mana restoran makanan segera, kedai buku, stesen minyak, kedai basuh kereta dan sebagainya, sekurang-kurangnya terisi juga masa lapang kita sewaktu cuti ni kan. Satu lagi jaga keselamatan kalian sepanjang cuti ni terutama kepada kaum hawa sekalian. Jangan keluarga secara bersendirian ke mana-mana pada bila waktu sekalipun. seeloknya keluar bertiga supaya keselamatan kalian lebih terjamin. Baiklah sahabat-sahabat, mungkin sepanjang cuti ni blog unit kami jarang diupdate kerana tiada aktiviti baru, tetapi insyallah jika terdapat apa-apa yang penting, kami akan updatekan di sini dan kalian semua boleh mengunjunginya untuk mendapatkan maklumat, selamat bercuti, Wassalam....

SeLaMaT MeNeMPuH PePeRiKSaaN AkHiR SeM 2/2011

| 07 November 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & sama 1Dunia buat kalian yang sudi berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 Ambilan Jan/2011 ini, semoga kalian semua sentiasa dalam rahmatNya. Sedar tidak sedar kini kita sudah menginjak ke akhir semester kedua tahun 2011, sungguh tidak kita sedar masa sungguh cepat berlalu. Kami PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 ingin mengucapkan SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2011 buat semua guru pelatih di seluruh IPG di seluruh negara, semoga semua guru pelatih dapat menjawab peperiksaan akhir dengan hati yang tenang lagi menyenangkan. Yang penting ingatlah pesanan para ulama iaitu AZAM + USAHA + DOA + TAWAKKAL = insyallah BERJAYA. Semoga kita semua dapat menjadi bakal guru dan seterusnya guru yang sentiasa bertanggungjawab dalam belajar dan mengajar nanti, insyallah. Baru-baru ini kami telah menge'post' tarikh dan waktu peperiksaan akhir bagi PISMP Kajian Sosial, namun kali ini kami ingin memaklumkan tarikh peperiksaan bagi PISMP Kajian Sosial yang baru. Terdapat beberapa perubahan terkini dalam jadual peperiksaan dan ianya selaras di seluruh IPG seluruh negara.

10 November 2011 (2.30 - 5.00 petang) : Murid & Alam Belajar (EDU 3103)
15 November 2011 (8.00 - 11.00 pagi) : Perkembangan Sejarah Negara (PSS 3103)
16 November 2011 (8.00 - 11.00 pagi) : Geografi Persekitaran (PSS 3104)
17 November 2011 (2.30 - 5.00 petang ) : Pergerakan Asas (PJM 3102)

Selamat Menjawab Peperiksaan, Wassalam...


SaLaM AiDiLaDHa 1432H

| 03 November 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1dunia kepada semua yang sudi berkunjung ke teratak trindah PISMP Kajian Sosial Ambilan Jan/2011 ini. Semoga kalian semua terhibur dengan segala informasi berkenaan dengan aktivit-aktiviti yang kami telah sertai sepanjang kami bergelar guru pelatih di IPG Kampus Dato' Razali Ismail. Pada kali ini kami ingin mengucapkan SALAM AIDILADHA kepada seluruh umat islam di seluruh dunia yang berkesempatan menjengah di laman blog aktiviti kelas kami ini. Semoga ianya bermanfaat. Sama-samalah kita mengambil ikhtibar dan pengajaran dari kisah asal usul Aidiladha di waktu Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S. Semoga kisah tersebut dapat memperkuatkan lagi keteguhan iktikad keimanan kita kepada Allah Taala. Sebagai umat islam, berbanggalah dengan agama Allah yang syumul yang diberikan oleh Allah Taala kepada kita semua. Selamat menyambut Aidiladha 1432H/2011M.
Wassalam

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +