+ KaJiaN SoSiaL +

GoRenG CeNDaWaN CeLuP TePunG

| 16 April 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Malaysia kepada semua pengunjung teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 IPG KDRI. Apa khabar semua? Diharapkan semuanya sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah, kini kami telah selesai menyiapkan kesemua Kerja Kursus Berasaskan Ilmu untuk semua subjek dan tibalah masa kami untuk berehat menenangkan fikiran sebelum mula mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi Ujian Awal Kursus (UAK) dan juga peperiksaan Akhir (Final Exam) yang akan diadakan dalam masa terdekat. Tetapi apa yang mendukacitakan kami ialah ketiadaan bekalan elektrik selama 12 jam mulai 7.00 pagi sehingga 7.00 malam. Maka tak dapatlah kami enjoy dengan sebaiknya, huhuh. Bagi menenangkan jiwa kami, kami cuba untuk merehatkan minda dengan aktiviti-aktiviti lain. Antaranya ialah dengan memasak, hehehe.

Pada kali ini kami nak kongsikan dengan anda antara aktiviti mengisi masa lapang yang kami adakan iaitu masak cendawan celup tepung dan juga main permainan Karom. Lokasi memasak adalah dirahsiakan (Ultra Top Secret) hehehe tapi yang pastinya kami memasak menggunakan dapur gas portable milik seseorang yang dipinjamkan kepada kami. Cendawan dibeli oleh saudara Shamil Working-in-Class dan dimasak bersama-sama. Jom review aktiviti masak cendawan celup tepung kami, best woo... check it out....




Amacam, bes tak cendawan celup tepung kami? Semestinya rangup lagi melazatkan, hehehe Selain dari memasak cendwan celup tepung, kami juga main permainan yang dinamakan Karom bersama sahabat2 dari aras kami dan aras atas kami. Yang penting release tension dan tenangkan jiwa dengan bergelak ketaw disamping bermain permainan Karom.

Ni la lokasi kami main, ditambah pula akibat ketiadaan bekalan elektrik, kami terpaksa menghamparkan banner yang dah tak digunakan untuk dijadikan alas. Jom tengok kitaorng main Karom, hehehe Wassalam...






JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

ProGRaM HaRi BuMi IPG KDRI 2012

| 10 April 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Malaysia kepada semua kalian yang sudi berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Apa khabar semuanya? Semoga sihat walafiat hendaknya, kami di sini pun smua sihat, alhamdulillah. Pada kali ini kami nak share aktiviti terbaru kami yang sedang berjalan iaitu Program Sambutan Hari Bumi IPG Kampus Dato' Razali Ismail 2012. Program ini merupakan salah satu dari tuntutan silibus subjek Pendidikan Pembangunan Lestari yang kami sedang belajar pada semester ini. Antra matlamat utama perlaksanaan program sambutan hari bumi ini ialah untuk mendedahkan kepada semua mahasiswa guru di IPG KDRI mengenai cara hidup lestari yang sepatutnya diamalkan oleh semua mahasiswa guru. Terdapat beberapa program yang telah kami rangka antaranya ialah :

[1] KUTIPAN BAHAN KITAR SEMULA

Program ini dilaksanakan mengikut beberapa tarikh yang telah dibincangkan antara smua jawatankuasa peringkat unit. Kutipan ini akan dilakukan dari bilik ke bilik dari blok ke blok yang meliputi blok di pihak perempuan dan lelaki. Waktu kutipan adalah berdasarkan pertimbangan setiap AJK kutipan bagi setiap blok. Antara bahan kitar semula yang dikutip ialah kertas terpakai (akhbar, kertas recycle dll), plastik (botol plastik, beg plastik dll), kaca (botol, bekas ubat dll) dan juga tin/aluminium. Kesemua barang ini akan dikutip dan dikumpulkan sebelum diaudit pada tarikh yang telah kami tetapkan. Kesemua barangan ini akan dijual kepada syrikat kitar semula (RD Papers) dan dana akan digunakan untuk mengadakan program alam sekitar lain di IPG KDRI.


[2] TAYANGAN FILEM WALL-E & PENERANGAN ISU ALAM SEKITAR DALAM NEGARA

Selain kutipan barang kitar semula ini, kami turut mengadakan sesi tayangan filem yang penuh maklumat dan pengajaran mengenai peri pentingnya alam sekitar ini dijaga. Filem tersebut ialah filem animasi bertajuk WALL E iaitu mengisahkan pengembaraan sebuah robot mencari tumbuhan hidup di bumi yang telah musnah dan ditinggalkan oleh manusia. Misinya untuk membawa balik tumbuhan tersebut yang menandakan bahawa bumi sudah pulih dan manusia yang merantau di angkasa lepas boleh kembali semula ke bumi. Selain tayangan filem ini, kami turut menayangkan video-video penerangan mengenai beberapa isu alam sekitar yang berlaku dalam negara. Antarnya video penerangan mengenai peristiwa kebocoran bahan kimia radioaktif di Perak (1984), kisah pembuangan bahan kimia sianida di Raub, Pahang 2009, kisah pengondolan hutan yang amat berleluasa di Sarawak dan isu terbaru iaitu isu pembukaan kilang Nadir Bumi LYNAS di Gebeng Kuantan yang memberikan pelbagai impak kepada persekitaran. Alhamdulillah tayangan ini telah diadakan dengan jayanya dan mendapat penyertaan yang amat memberangsangkan walaupun malam tayangan tersebut bertembung dengan program Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2012) dan pelbagai mesyuarat yang secara semerta diadakan oleh pihak-pihak di dalam IPG kami.


[3] KUIZ ALAM SEKITAR 2012

Kuiz ini telah diadakan bermula 9 April sehingga 19 April pada mulanya. Namun setelah beberapa pertimbangan seperti waktu yang suntuk, ketiadaan bekalan elektrik di IPG dan sebagainya, maka tarikh akhir penghantaran borang jawapan kuiz telah dilanjutkan kepada 24 APRIL 2012. Kuiz ini dibahagikan kepada 4 kategori iaitu PPISMP Sem 2, PISMP Sem 1, PISMP Sem 3 dan GSTT (DPLi & PPISMP). Jawapan akan diberikan kepada setiap kelas oleh AJK yang bertugas dari unit kami dan jawapan dihantar semula dalam 3 bentuk, sama ada memberikan sendiri kepada AJK atau AHLI PISMP KS0 kami, atau memasukkan ke dalam kotak jawapan yang disediakan di blok PKPG atau dimasukkan ke dalam kotak di Papan Kenyataan JPP berdekatan Perpustakaan Ibnu Sina IPG KDRI. Hadiah amat lumayan iaitu bernilai RM40 untuk tempat PERTAMA, RM 30 untuk tempat KEDUA dan RM 20 untuk tempat KETIGA. Pertandingan adalah percuma dan hadiah disediakan. Kepada mahasiswa guru di IPG KDRI, jangan lepaskan peluang...


[4] MAJLIS PERASMIAN / PENUTUP HARI BUMI IPG KDRI 2012

Pada mulanya majlis ini dirancangkan pada 22 APRIL 2012 yang akan dilakukan serentak melibatkan semua warga IPG KDRI. Namun disebabkan oleh masalah ketiadaan bekalan elektrik di seluruh IPG KDRI dalam jangka masa sebulan, berkemungkinan besar program ini akan ditunda kepada tarikh 29 APRIL 2012 dan dilakukan di Dewan Kuliah Teltrac yang mempunyai bekalan elektrik alternatif. Sekiranya majlis ini diadakan di Dewan Teltrac, berkemungkinan besar hadirin yang dijemput hanyalah warga Jabatan Kajian Sosial sahaja disebabkan oleh kapasiti dewan tersebut yang tidak dapat menampung kesemua warga IPG KDRI. Namun sekiranya elektrik ada pada tarikh 29 APRIL 2012 ini, lokasi dan penglibatan adalah sepertimana cadangan asal iaitu di Dewan Al-Farabi dan melibatkan seluruh warga IPG KDRI. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, insyallah....


JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

BiNa InSaN GuRu SiRi 3/2012

|
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Malaysia kepada semua yang sudi berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Semoga kalian semua sihat walafiat hendaknya. Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan aktiviti kalian semua mengenai aktiviti terbaru kami iaitu Bina Insan Guru (Kegiatan Kemasyarakatan) bagi semester 3/2012 ini. Untuk BIG ini, kami telah diarahkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KDRI untuk merencanakan sebuah program yang bercorakkan kebajikan dan kemasyarakatan untuk dijadikan program BIG. Sebenarnya program BIG ini merupakan salah satu silibus wajib untuk semua mahasiswa guru di IPG di seluruh Malaysia. Malah terdapat peruntukan khas dari pihak KPM untuk mengadakan program ini bagi mendekatkan mahasiswa guru dengan masyarakat disamping belajar menguruskan sesuatu program melibatkan orang luar dan memupuk kemahiran bersosialisasi dengan masyarakat persekitaran.

Untuk program BIG bagi semester ini, kami PISMP Kajian Sosial IPG KDRI telah bersepakat untuk mengadakan program kebajikan di Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Batu Rakit. Rumah perlindungan ini mempunyai kira-kira 200 orang penghuni yang terdiri dari seawal tahun 3 sehingga tingkatan 5. Ramai diantara mereka datang dari keluarga yatim, yatim piatu dan juga keluarga fakir miskin. Lokasinya betul-betul berdekatan dengan pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu dan hanya kira-kira 3 kilometer sahaja dari IPG kami sendiri. Setelah beberapa kali mesyuarat peringkat jawatankuasa kelas diadakan, akhirnya kami telah bersepakat untuk memilih tarikh 31 Mac 2012 (Sabtu) untuk mengadakan program ini. Akhirnya setelah beberapa kali kertas kerja cadangan program diajukan kepada pihak pengarah, kami telah berjaya mendapat kelulusan untuk mengadakan program ini dan sejumlah peruntukan telah diperuntukkan untuk program ini. Maka kami melaksanakan pelbagai usaha untuk menjayakan aktiviti ini dan akhirnya pada 31 Mac 2012, program ini berjalan dengan jayanya.

Program bermula seawal jam 7.00 pagi iaitu kami telah berkumpul di wakaf berhadapan dengan bilik penyelia kolej kediaman untuk menikmati sedikit sarapan pagi yang disediakan. Sewaktu sesi sarapan pagi tersebut, our tutor iaitu Tuan Haji Nazli turut bersama, kebetulan pada pagi tersebut beliau ada sesi pengkuliahan untuk guru yang terlibat dengan PGSR.

Memang semua berselera makan pada pagi tu...


Setelah selesai sarapan, maka kami pun bertolaklah ke lokasi iaitu Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Darul Salam, Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu. Tidak jauh hanya sekitar 3 kilometer sahaja dari IPG KDRI dan kami bertolak ke sana menaiki kenderaan persendirian kerana peruntukan untuk menggunakan bas IPG sebagai pengangkutan tidak diluluskan akibat jarak yang terlalu dekat dengan IPG. Maka kami menggunakan 5 buah kereta dan 3 buah motor untuk mengangkut barang2 yang diperlukan sepanjang program dan penumpang.

Setibanya kami di sana, sudah kelihatan anak rumah Darul Salam sedang menanti kami tiba di sana. Setibanya kami di sana, kesemua peserta program terus dikumpulkan hadapan tapak perhimpunan dan diberikan sedikit taklimat oleh saudara Aminnulhakim.


Sesi permulaan pada pagi itu bermula dengan sesi taaruf ataupun memperkenalkan diri oleh para fasilitator iaitu terdiri dari unit kelas kami, PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012. Seorang demi seorang akan memperkenalkan diri masing2.


Suasana perkenalan yang sungguh mesra dan ceria terutama sesi pengenalan oleh Abang Yin (Syazrin), hehehe...


Setelah selesai sesi suaikenal oleh para fasilitator, kesemua peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan setiap kumpulan akan mempunyai 2 orang fasilitator. Sesi pembahagian kumpulan diketuai oleh saudara Aminnulhakim juga.

Setelah selesai, kesemua ahli kumpulan akan berada di dalam kumpulan masing2 bersama fasi msing2 di beberapa lokasi. Sesi suaikenal kali kedua iaitu di peringkat kumpulan diadakan. Tempat ditentukan sendiri oleh para fasi cuma tidak keluar dari kawasan rumah Darul Salam.


Sempat lagi bergambar kenang-kenangan sebelum bergerak ke lokasi untuk kegiatan kumpulan di lokasi pilihan.

Gambar atas : Saudari Syuhada menjadi leader utk kumpulan. Gambar bawah : Saudara Fahmi mengetuai kumpulannya mencari lokasi aktiviti kumpulan yg ssuai.

Pelbagai lokasi, kaedah dan cara proses suaikenal dilakukan. Ada secara berdiri (tapi duduk juga akhirnya, lenguh), ada secara santai di atas kerusi & meja konkrit dan ada just bersila di atas jalan tar sahaja. Yang penting matlamat harus tercapai iaitu sesi suaikenal antara ahli dalam kumpulan dengan fasilitator.





Setelah selesai sesi suaikenal antara fasilitator dengan ahli kumpulan msing2, maka kesemua peserta telah dikumpulan dan berada dalam kumpulan untuk mengikuti aktiviti seterusnya iaitu aktiviti gotong-royong membersih pantai dan memungut bahan yang boleh dikitar semula.

Setelah selesai berkumpul, kesemua kumpulan bergerak serentak ke lokasi pantai. Tetapi sebelum bergerak, setiap kumpulan telah diberikan beberapa keping plastik sampah untuk diisi dengan sampah dan barang yang boleh dikitar semula yang ditemui.


Maka kutipan pun bermula, ada yang ambil botol plastik, kaca, kertas, tin dan juga sampah organik macam pelepah pokok dsb.


Aktiviti gotong-royong di pantai Batu Rakit yang melibatkan penghuni Rumah Darul Salam dengan mahasiswa guru PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012.



Sempat lagi bergambar setelah letih bergotong-royong. Banyak juga sampah yang diperolehi sehingga plastik sampah yang dibekalkan tidak mencukupi. Terpaksa pengarah program sendiri turun padang pegi beli plastik hitam sampah.



Setelah selesai kutipan, tambahan pula plastik sampah sudah kehabisan, maka kesemua peserta bergegas pulang ke Rumah Darul Salam untuk berehat menghilangkan lelah.


Setelah selesai berehat, maka aktiviti kumpulan seterusnya diadakan. Lukisan bermotif, audit sisa pepejal dan aktiviti-aktiviti lain telah diadakan bagi mengisi selang waktu program.

Sedang mengaudit sampah dari barang yang boleh dikitar semula.

Banyak kan botol plastik dsb yg dapat dikumpulkan...


Beberapa jenis bahan yang boleh dikitar semula yang berjaya diperolehi oleh peserta sewaktu sesi bergotong-royong di tepi pantai tadi...



Di bawah ni pulak lukisan bermotif. Fasi akan melukis satu corak di atas kertas major putih yang dibekalkan dan peserta akan menyambung lukisan tersebut sehingga membentuk sesuatu berdasarkan imiginasi mereka. Pelbagai hasil kretiviti peserta telah berjaya dirakam lensa kamera AJK Dokumentasi kami.

Bawah ni lak aktiviti pelaporan audit hijau setiap kumpulan. Setiap kumpulan diarahkan untuk mencatat jumlah audit barangan kitar semula yang telah ditemui dan dibentangkan diantara ahli kumpulan sahaja. Untuk melatih mereka tidak malu dalam berkomunikasi.

Sambil2 tu sempat lagi saudara Iqbal ataupun nama gelarannya IqBaL SMaRTieS a.k.a IqZa sedang membersihkan sisa-sisa sampah yang ditinggalkan sewaktu sesi audit barang kitar semula tadi. Rajin betul dia...

Antara aktiviti yang diadakan...


Sambil2 tu, AJK Makanan iaitu saudara Aminnulhakim sempat lagi membersihkan cawan yang ingin digunakan untuk jamuan penutup kelak. Rajin sungguh Akim Luffy ni, ada bakal jadi waiter restoran 5star, hehehe

Setelah selesai kesemua aktiviti yang diadakan (Gotong-Royong, Audit Hijau, Lukisan Bermotif dsb), maka tibalah penghujung program iaitu majlis penutup. Untuk majlis penutup ini, our beloved tutor telah datang bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Majlis diadakan di kantin Rumah Darul Salam kerana tiada dewan yang bersesuaian di Rumah Darul Salam.

Seperti biasa, saudara Iqbal Smarties a.k.a IqZa iaitu Pengacara sensasi di IPG KDRI menjadi Juruacara untuk majlis penutup ini. Majlis dimulakan dengan Ucapan aluan dari tutor, pihak Rumah Darul Salam dan seterusnya aktiviti penyampaian hadiah kepada kesemua kumpulan.

Majlis penyampaian hadiah kepada peserta oleh anakanda kepada penaung Rumah Darul Salam ini sambl diperhatikan oleh tutor kami, Tuan Haji Nazli...

Tuan Haji Nazli menyerahkan sedikit sumbangan berbentuk material dan kewangan kepada pihak Rumah Darul Salam...


Inilah wajah-wajah peserta program BIG kami pada kali ini. Terasa sayu hendak meninggalkan mereka. Semoga mereka smua sukses di dunia dan di akhirat, insyallah... Amiin...

Setelah selesai majlis, maka kesemua peserta sempat bersalaman dengan para fasilitator dari IPG KDRI dan beberapa kata penguat semangat telah kami bekalkan untuk mereka terus berjaya. Kerana merekalah tunggak keluarga kini untuk mengubah kehidupan ahli keluarga yang lain.

Setelah selesai semua aturcara majlis, maka kami sempat menikmati sedikit makan tengahari sebelum kami pulang ke IPG KDRI. Makan tengahari bersama tutor kami, Tuan Haji Nazli Hamzah. Ahli seni IPG KDRI...


Gelagat kami sewaktu makan tenghari, semuanya lega kerana majlis sudah berakhir dengan jayanya. Diharapkan objektif program ini akan tercapai dan memberikan kesan kepada kami semua, insyallah...



Seusai makan tengahari, maka kami pun pulang ke IPG, kesemua barang kutipan audit hijau dibawa pulang ke IPG untuk kami satukan dengan barang kitar semula di IPG kelak.


Sampah2 telah dibuang ke dalam tong sampah besar di luar dan barangan kitar semula yang dikumpul diletakkan di dalam kereta yang ada untuk dibawa balik ke IPG. Fatin telah memuatkan barang kitar semula ke dalam kereta kenarinya.


Maka berakhirlah program Bina Insan Guru (BIG) Siri 3 oleh PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 dari IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu. Wassalam...

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !
 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +