Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1dunia kepada semua pengunjung yang sudi berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai aktiviti terbaru kami yang baru sahaja berlangsung sekitar seminggu lepas. aktiviti yang kami maksudkan ialah Kursus Kepenggunaan 2012 yang sebahagian dari kami telah sertai. Kursus ini dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Sahabat Alam Malaysia dan juga lain2. Kursus ini diadakan bermula pada 2 Mac 2012 dan berakhir pada 4 Mac 2012 iaitu 3 hari 2 malam. Sebanyak 4 buah IPG telah menghantar guru pelatih ke sini iaitu IPG KaDRI (campur geng KS0, Lembaga Koperasi, Biro Keusahawanan JPP), IPG Mizan (PISMP Sains Sem 3/2012), IPG IPTAA (PISMP KS Sem 3/2012) dan IPG KB (PPISMP BM). Kursus ini telah diadakan di lokasi Peladang Agro Resort di Setiu, Terengganu, jadi x jauh sgt la dari IPG kami. Kami bertolak ke sana dengan menaiki bas IPG pada pukul 3.15 petang iaitu seusai solat jumaat. Antara geng kami yg terlibat ialah Adib Misslani (Exco Bir Keusahawanan JPP), syazrin, admin, asilah, aida, shamimi, fatin. Jom kite tengok gelagat kitaorng sepanjang program berlangsung.
HARI 1
Sedang memenuhkan bagasi kami ke dalam perut bas, sempat lepak2 sblm btolak.
Suasana dalam bas, sebelum smpai ke destinasi, kami sempat lagi singgah di stesen minyak petronas utk beli barang2. Syazrin sempat beli berus gigi, hehehe
Akhirnya kami pun tiba ke lokasi aktiviti iaitu Peladang Agro Resort, Setiu. Tempatnya agak cantik dan dengar khabarnya ada kem PLKN berdekatan tempat ni.
Pergh... kami ingt dpt tido dlm chalet 4 bilik srumah, rupanya kne dok dlm dorm penginapan, wakaka terimbau kembali kenangan wktu admin dok hostel time skool dlu, hehehe saling x tumpah...
Lepad siap kemas2 brg ala kadar (yer la sbb dok dorm je), kami pun gi la makan petang, time tu suasana hujan ngah turun renyai2...
Tpi sblum gi makan, kitaorng cri surau dulu, nasib baek jumpe, ada surau bdekatan dgn kantin. Kitaorng pn smyang la, hehehe
Bile dh hbis solat, kitaorng trus gi makan di kantin. Tapi yg anehnya kantin tu lepas kite makan, kite kne basuh sendiri pinggan yg kite makan, perghh.... memang mcm dok hostel time skool dulu la, hahaha bile dh hbis makan, kami smua msuk ke dewan utk program sterusnya. Ada program ice braeking (atau program memecah ais)...
Antara aktiviti Ice Breaking (memecah ais) kami... diberi kertas, disuruh lukis bulatan dan buat mcm pnomboran jam dan cri partner. Permainan ni dikenali sebagai permainan dating...
Amacam, dh pnuh gk akhirnya permainan dating ni, wakakaka x pernh jumpe lagi ice braeking mcm ni, tpi ok la dri xder kan...
Lepas hbis ice breaking, kitaorng pun dibenarkn blik ke tmpt penginapan dan bsiap utk solat. So malam tu bsolat rmai2 dkat surau yg x jauh dri dorm penginapan. Ada sikit kuliah maghrib yg disampaikn oleh urusetia. Lepas hbis solat isyak, maka kami pun bsiap utk aktiviti strusnya. Tak ingt dh aktiviti apa, tpi nice la aktiviti dia tu...
Aktiviti pada malam tu hbis skitar jam 11 malam gk, Jadi bile balik dorm smua letih, tpi sempt gk kenal2 dgn geng IPG lain, hehehe itulah kebaikan plg baik program ni, boleh jalin ukhuwwah...
HARI 2
Pada hari ini, kami smua bangun awal, trus solat subuh, ada solat di surau, ada solat di bilik je. Mandi pagi2 memang sjuk trutama yg mana mandi dgn air kolah. Memang trasa mcm dok asrma la, wakakaka
Aktiviti trus bermula dengan sarapan pagi di kantin (kne basuh pinggan sendiri), pastu siap trus gi dewan ada aktiviti mcm2. Taklimat mengenai kepenggunaan, latihan dalam kumpulan (LDK) dsb. Malah setiap kumpulan diharuskan mencipta 1 cheer utk stiap kumpulan. Mcm biasa la kan klu mlibatkan program mcm ni. (admin dh bosan sbenarnya dgn cheers2 ni)
Bile time makan pagi, kami dihidangkan dgn kueh mueh beraneka, minuman air tea o suam. Lepas siap makan sempat lagi tinjau2 buku2 CAP yg dijual di kaunter, byk yg bmanfaat, rugi rasanya x beli kan... kt kedai (MPH, Kinokuniya, Popular) mmg xder jual buku2 gini..
Lepas tu aktiviti bermula seperti biasa. Seminar, taklimat, aktiviti dlm kumpulan dsb. Dalam setiap kumpulan ni campur2 IPG, tujuannya utk saling bkenalan, alhamdulillah dpt kenal gk..
Antara aktiviti dlm kumpulan, mmbuat ksimpulan dlm ssuatu isu dan membentangkan di hadapan kumpulan2 lain. Kira mcm buat ABM n bentang dlm kuliah la, heheh
Ada gk kumpulan yg siap buat lakonan situasi lagi, hehehe
Ada gk kne reka pantun mengenai nama kumpuln dn nyanyi rmai2 menggunakan tone lagu rasa sayang dan lirik adlh dari pantun yg direka...
Permainan kosa kata kepenggunaan...
Lepas tu kne bentang di hadapan jgk... kosa kata tu pula akan ditampal di dinding sbgai bukti aktiviti kumpulan...
Lepas hbis aktiviti, pada petangnya kami akan menjalani outdoor activity. Lepas wktu zohor, kami berehat seketika, sempat makan2 n lepas tu trus di ke tasik bdekatan dgn dewan. Seorang instructor telah memberikan sedikit peringatan, taklimat dan penerangan mengenai aktiviti yang akan kami lakukan iaitu berenang menggunakan lifejacket dan river crossing (bkn river pun, just tasik je) heheheh mmg enjoy la time tu, ada gk aktiviti bkayak...
Waktu ni hujan turun renyai2, mmg sejuk je smua, psal tu smua menunduk je, hehehe
Lepas hbis aktiviti ni, kami smua pun naik la ke darat dan balik ke dorm penginapan utk rehat, makan n tukar2 baju. Wlaupun keletihan tpi mmg bes la, hehehe Pada malamnya pula, kami akan mempunyai aktiviti lagi dan aktiviti tersebut bermula pada jam 9 malam. Jadi lepas je aktiviti outdoor ptg tdi, mmg masa terluang smpai pkul 9.00 malam. Kami gunakan sepenuhnya dgn berehat (tido) hehehe
Pkul 9.00 malam, kami bergegas ke dewan utama utk aktiviti seterusnya.
Pada sebelah malamnya, telah diadakan program debat alam sekitar. Tapi bukn mcm debat yg btanding dkat U tu. Setiap kumpulan akan diberikan peranan sama ada sebagai penduduk kg, NGO alam sekitar, kerajaan, YB, JKKK dan juga pemaju (perumahan, komersil & Pelancongan). Sebuah peta pulau akan diberikan dan kesemua pemaju akan berusaha untuk membangunkan pulau tersebut berdasarkan ciri-ciri kelestarian. Manakala NGO alam sekitar akan memantau projek pemaju dan mengkritik projek tersebut sekiranya memusnahkan alam sekitar. Manakala YB dan JKKK pula akan menyokong pendapat penduduk dan berusaha melobi kpd kerajaan untuk membuat keputusan adil. Keputusan akhir akan dibuat oleh Kerajaan (Pejabat Tanah & Galian) berdasarkan hujah2 yg telah dipersembahkan.
Maka aktiviti pun bermula, nmpk tak syazrin, geng KS0 kami di tengah2 sedang memerhati..
Maka sesi perdebatan pun bermula, pada mulanya perdebatan agak panas tpi lama2 dia jdi slow la, hehehe mgkin smua dh letih n ngantok kot, hehehe
Pemaju sektor pelancongan sedang membentang pelan pembangunan mereka.
Penduduk Kampung sedang mempertahankan hak mereka dari diceroboh oleh oleh pemaju, sungguh aktif mereka ini, hehehe
Pemaju dari sektor komersil sedang membentangkan projek pembangunan mereka.
Pihak JKKK sedang melaksanakan penggulungan dan mempertahankan hak mereka dan penduduk kampung.
Program debat pada malam itu berakhir nk dekat2 pkul 1 malam jugak. Mungkin sbb smua asyik bhujah dan mempertahan hujah msing2. Lepas hbis aktiviti, maka kami semua pun balik ke dorm penginapan dan berehat. Esok ada aktiviti lagi, yeay esok nk balik IPG dh, hehehe
HARI 3
Hari ini merupakan hari terakhir kami mengikuti kursus kepenggunaan ini. Kami telah bangun diawal pagi, bersiap2 dan pegi sarapan di kantin (mcm biasa pinggan kne basuh sendiri)... Sebelum msuk dewan, sempat gk kami berposing bergambar terutama si syazrin ni, hehehe
Maka aktiviti pada pagi tu pun bmula la, kami still duduk dlm keadaan pdebatan mlm tdi, tpi xder debat dh, just dgr penerangan dan taklimat dri Abang Shah, urusetia program.
Sempat gk tengok klip video yg pelbagai mengenai isu2 kepenggunaan dan alam sekitar.
Ada latihan dalam kumpulan (LDK) dan sedikit pembentangan sebelum majlis penutup.
Azlinda tu, geng KS0...
Wan Akmal, snior KS0 sem 7 sedang melakukan pembentangan.
Setelah selesai pembentangan, kami berkumpul mengikut IPG msing2 dan diberikan penerangan mengenai bagaimana ingin menubuhkan kelab alam sekitar atau kelab pengguna di IPG msing2...
Suasana sewaktu tklimat berlangsung...
Lepas selesai taklimat, maka kami pun berehat dan minum pagi di kantin, Tpi sebelum tu kne kemas dewan dulu, kne atur kerusi2 utk majlis penutup nnt..
Sempat lagi bergambar sblm gi makan pagi (kueh & air suam je)...
Bile dh hbis makan pagi, masa masih panjang dan kami sempat balik ke dorm penginapan mengemas barang2 ke dlm beg, x sbar nk blik dh, hehehe
Syazrin ngah kemas barang2 dia, hehehe sibuk cri plastik sbb nk buh pakaian basah...
Wooiitt.... curi bantal ke....
Dlm pkul 10.45, kami trus bergegas ke dewan utk Majlis Perasmian Penutup. Pada hari tu Wan Akmal yg jadi MC utk program majlis pnutup, mmg kehebatannya sebagai MC terserlah, ala2 DJ radio gitu...
Ucapan dri wkil CAP...
Ucapan Perasmian Penutup oleh wakil pengarah KPDNKK
Hadiah untuk kumpulan2... Tempat pertama, kedua, ketiga dan saguhati...
Cendehati dari CAP kpd wkil KPDNKK...
Taklimat akhir sebelum btolak pulang ke IPG msing2... time perpisahan sudh menjelma..
Sblm btolak pulang ke IPG msing2, sempat gk makan tengahari dulu, takut perut berbunyi nnt dlm bus, hehehe
Ruangn kantin tempat makan (kne basuh pinggan & cawan sendiri tau)....
Beratur mendapatkan makanan...
Seusai makan tenghaari (makan penutup kursus), kami pun balik ke dorm penginapan dan trus siap2 barang utk pulang. Bus IPG sudah tiba ke lokasi...
Memuatkan bagasi ke dalam perut bus...
Sempat bergambar sebelum pulang ke IPG, kenangan manis...
Selamat Tinggal Peladang Agro Resort, ada jodoh kite bertemu kembali... insyallah...
~KENANGAN KURSUS KEPENGGUNAAN~
IPG PANTAI TIMUR
DI PELADANG AGRO RESORT, SETIU
2 - 4 MAC 2012
JUMAAT - AHAD
IPG Kampus Dato' Razali Ismail
IPG Kampus Sultan Mizan
IPG Kampus Kota Bharu
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !
2 komen:
Kat sini lah kem plkn tu dulu... now plkn tu dah ditutup dan dpindahkan je jabi, besut dengan mgunakan nama baru... pusat latihan plkn saujana jabi impian.
Assalam..sy nak tya..brpa hrga yang kna byar utk seorang/day ?
Post a Comment