Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera dan salam 1Malaysia kepada kalian semua yang sudi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial yang insyallah penuh dengan informasi mengenai aktiviti terbaru kami. Pada kali ini kami nak berkongsi dengan anda semua iaitu kami baru sahaja menerima Baucer Buku 1Malaysia. Pada mula-mula BB1M ini diperkenalkan oleh kerajaan, IPG Malaysia telah menerima surat bahawa penuntut di IPGM seluruh Malaysia tidak layak menerima BB1M atas alasan bahawa kami sudah menerima elaun bulanan. Tapi Alhamdulillah ats keprihatinan kerajaan, baru-baru ini kami diwar-warkan bahawa kami turut sama menikmati BB1M ini seperti sahabat-sahabat di IPTA/IPTS yang lain. Program pengagihan BB1M ini diadakan secara rasmi iaitu pada 1 APRIL 2012 (AHAD) baru-baru ini di Dewan Besar Al-Farabi IPG KDRI. Majlis pengagihan disempurnakan oleh Pengarah IPG KDRI, Encik Ghulan Sarver Bin Mubarak Ali. Dikhabarkan sesiapa yang tidak menghadiri majlis tersebut tidak akan menerima BB1M. Maka pada pagi Ahad tersebut berpusu-pusulah para mahasiswa guru sekalian menghadiri majlis tersebut. Apapun terima kasih kepada pihak kerajaan Malaysia kerana telah memberikan wang rakyat kepada rakyat kembali.
Pada pagi itu, rmai guru pelatih menghadiri majlis tersebut dengan begitu bangga.
Dewan dipenuhi dengan hadirin yang terdiri dari pelbagai lapiran opsyen pengajian, kaum, umur, etnik, pangkat dan sebagainya. Sungguh ceria pada pagi itu.
Semua kelihatan tidak sabar-sabar lagi ingin melihat majlis penyerahan baucer tersebut daripada Tuan Pengarah, En. Ghulam Sarver Bin Mubarak Ali.
Bawah : Kelihatan Tuan Timbalan Pengarah memasuki dewan dan menanti kedatangan Tuan Pengarah.
Akhirnya majlis bermula setelah ketibaan Tuan Pengarah IPG KDRI, dan majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan dari Ketua Jabatan Hep. Beliau begitu terharu dengan sokongan para mahasiswa guru yang datang memenuhi segenap inci dewan pada pagi itu.
Menurut KJ HEP lagi, pada minggu ini bermula 1 APRIL sehingga 3 APRIL, pihak HEP telah menjemput beberapa syarikat buku dari TERENGGANU terutama syarikat buku yang membekalkan buku-buku rujukan untuk mahasiswa guru khusus di IPG. Bolehla kami membeli buku pelajaran yang penting termasuk untuk semester hadapan.
Setelah itu, tibalah pula giliran our beloved Director of IPG KDRI, En. Ghulam Sarver Bin Mubarak Ali memberikan ucapan beliau. Nasihat beliau kepada para mahasiswa guru, gunakan baucer dengan sebaiknya terutama membeli buku untuk menambah ilmu di hati.
Maka tibalah acara kemuncak iaitu penyerahan BB1M oleh Tuan Pengarah kepada wakil tutor untuk diagihkan kepada tutee masing-masing.
Akhirnya majlis selesai juga dengan pengagihan baucer tersebut. Semoga para mahasiswa guru dapat menggunakan baucer tersebut dengan baik untuk menambah ilmu di hati. Bertemu lagi di posting akan datang, Wassalam...

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 komen:
Post a Comment