Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Malaysia kepada semua pengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 4/2012. Apa khabar semua?? Hendaknya semua sihat walafiat menempuh kehidupan dengan bagus dan hebat sekali. Insyallah dengan hidup yang hebat, anda akan menjadi insan yang penuh dengan kejayaan. Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan anda semua aktiviti terbaru kami iaitu Jamuan Awal Semester bersempena meraikan keputusan peperiksaan semester lepas yang tinggi (3.8 keatas). Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan kurniaNya kita dapat menikmati kejayaan ini bersama-sama.
Justeru, kami sekelas telah merancang untuk mengadakan jamuan kesyukuran diawal semester untuk meraikan kejayaan kami ini. Jamuan ini telah diadakan di Restoran NR 2 iaitu di Pantai Mengabang Telipot. Tak jauh dari IPG kami. Jamuan bermula selepas maghrib iaitu sekitar jam 8.00 malam bagi mengelakkan kesesakan sewaktu menikmati juadah. Pada kebiasaannya selepas isyak rmai la pengunjung ke restoran ini. Pelbagai menu juadah telah dipesan dan disamping menjamu selera, kami berbual mesra, merancang aktiviti kelas seterusnya dan sebagainya. Semoga ikatan persahabatan kelas kami akan sentiasa utuh Insyallah.
Program jamuan awal semester + jamuan kesyukuran result exam telah tamat sekitar jam 9.30 setelah kami selesai menikmati juadah. Sewaktu kami makan pun ada kakak-kanak senior KS Sem 6 turut makan di restoran ni. Terserempak dengan mereka, hehehe oklah, nnt berjumpa lagi kita di entry akan datang, insyallah, Wassalam...
p/s : harga makan2 pada malam tu mencecah RM2rat lebih2, kaya la NR...
p/s : harga makan2 pada malam tu mencecah RM2rat lebih2, kaya la NR...
JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !
0 komen:
Post a Comment