+ KaJiaN SoSiaL +

TaNaM KeLaPa SaWiT PRoJeK LeSTaRi IPG KDRI

| 11 November 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung ke Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 4/2012, pada kali ini kami ingin berkongsi dengan kalian semua mengenai aktiviti MENANAM KEPALA SAWIT bersempena Program Lestari IPG KDRI. Program ini merupakan program IPG KDRI iaitu setiap Jabatan di IPG KDRI akan diberikan beberapa pohon pokok yang bersesuaian untuk ditanam di sekitar IPG KDRI. Bagi Jabatan Kajian Sosial (JKS), JKS telah diberikan 14 batang pokok kelapa sawit untuk ditanam di tempat yang sesuai. Tempat yang telah dipilih ialah kawasan diantara Blok JKS dengan Blok TellTraC. Kesemua mahasiswa guru dibawah JKS telah ditugaskan untuk menanam pokok-pokok tersebut. Kami telah ditugaskan pada pagi selasa untuk menanam baki pokok tersebut. Senior KS Sem 6 telah menanam 9 batang pokok pada hari sebelumnya. Sewaktu penanaman tersebut, Puan Hajah Anisah turut serta memberikan nasihat mengenai cara penanaman pokok tersebut. Jom kita tengok proses penanaman pokok kelapa sawit tersebut bersempena program melestarikan IPG KDRI.
 























JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +