+ KaJiaN SoSiaL +

TaHNiaH AtaS ReSuLT yaNG MeMBeRanGSanGKaN !

| 29 December 2012


Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 5/2013 ini. Sedar tak sedar dah nak habis cuti akhir tahun kami selama 1 bulan 15 hari plus2. Pada tengah bulan 11 ari tu kami dah menempuhi peperiksaan akhir semester 4/2012 dan alhamdulillah beberapa hari lepas kami telah berjaya mendapat tahu keputusan peperiksaan semester lepas kami. Alhamdulillah dari feedback smua geng KS0 IPG KDRI, kami telah mendapat keputusan yang memberangsangkan. Walaupun subjek-subjek agak though trutama subjek PSV, rmai yg dapat 'A' subjek tu, apapun kepada smua ahli geng KS0 yang mendapat kputusan cemerlang diucapkan TAHNIAH ! Insyallah, kite cube kekalkan kecemerlangan kita di masa-masa hadapan. KS0 tetap hebat !


Semester hadapan (sem 5) kite akan menjalani praktikum P&P di sekolah-sekolah di sekeliling Terengganu selama sebulan, pastinya mencabar. Praktikum lain dengan PBS sbb praktikum kite akn brada slama sebulan dan mcm2 kerenah murid kite akn hadapi, tlibat dgn pelbagai aktiviti2 skolah scara langsung, berinteraksi dgn warga2 skolah dsb. Mungkin swaktu PBS kite berasa happy berada di sekolah dgn keletah murid2, tpi itu hanya untuk tempoh seminggu sahaja. Jika berpraktikum kelak, kite berada di sekolah sebulan dan kite akn merasai ketensioan kerjaya seorang guru. Sewaktu itu baru kite akn buka mata dengan cabaran di sekolah dan kite dpt belajar pelbagai perkara sebelum kelak kite btugas sebagai guru sebenar. Apapun kerjaya seorang guru harus dipenuhi dengan komitmen dan kesabaran yang kuat. Jika kita seorang yang cepat panas baran, kurang menggemari kanak-kanak, tidak suka bersosial, tidak boleh dibangkang pendapat kita, maka cabaran kita kelak akan lagi mencabar. Belajarlah untuk mematangkan diri dan berlapang dada dalam apa jua keadaan dan kawallah amarah kita. Apapun semoga sukses semuanya. Kami pun dh separuh jalan berada di IPG skrg, maka insyallah doakan kami akn trus bsemangat lagi utk meneruskan separuh lagi perjalanan kami, Insyallah... Jumpe lagi di masa hadapan, wassalam...

- admin PaRaDoX -

1 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +