+ KaJiaN SoSiaL +

SeLaMaT BeRCuTi aKHiR SeMeSTeR 2012

| 11 November 2012
 Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Malaysia kepada semua pengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 4/2012. Kami dari PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI AKHIR SEMESTER 2012 kepada semua mahasiswa guru di IPG seluruh Malaysia dan juga semua anak murid di sekolah. Insyallah kita akan bertemu kembali di semester akan datang dan kami akan melangkah ke semester 5 iaitu semester pertama kami akan berpraktikum iaitu selama sebulan, insyallah. Bertemu di semester akan datang !

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI,
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

TaNaM KeLaPa SaWiT PRoJeK LeSTaRi IPG KDRI

|
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung ke Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 4/2012, pada kali ini kami ingin berkongsi dengan kalian semua mengenai aktiviti MENANAM KEPALA SAWIT bersempena Program Lestari IPG KDRI. Program ini merupakan program IPG KDRI iaitu setiap Jabatan di IPG KDRI akan diberikan beberapa pohon pokok yang bersesuaian untuk ditanam di sekitar IPG KDRI. Bagi Jabatan Kajian Sosial (JKS), JKS telah diberikan 14 batang pokok kelapa sawit untuk ditanam di tempat yang sesuai. Tempat yang telah dipilih ialah kawasan diantara Blok JKS dengan Blok TellTraC. Kesemua mahasiswa guru dibawah JKS telah ditugaskan untuk menanam pokok-pokok tersebut. Kami telah ditugaskan pada pagi selasa untuk menanam baki pokok tersebut. Senior KS Sem 6 telah menanam 9 batang pokok pada hari sebelumnya. Sewaktu penanaman tersebut, Puan Hajah Anisah turut serta memberikan nasihat mengenai cara penanaman pokok tersebut. Jom kita tengok proses penanaman pokok kelapa sawit tersebut bersempena program melestarikan IPG KDRI.
 























JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

SeMiNaR iThiNK JaBaTaN KaJiaN SoSiaL

|
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 4/2012 ini. Pada kali ini kami nak berkongsi aktiviti kami seminggu sebelum Peperiksaan Akhir Semester 4/2012. Kami sekelas telah dijemput untuk menghadiri Seminar i-Think anjuran Jabatan Kajian Sosial. Kesemua mahasiswa guru di bawah Jabatan Kajian Sosial (JKS) telah dijemput untuk terlibat dalam seminar ini. Antara kelas dibawah JKS yang terlibat ialah KS Sem 8, KS 1 & 2 Sem 6, PSV Sem 6, kelas kami dan juga PPISMP Sejarah Sem 3. Malah abang dan kakak GSST Sejarah dan PSV juga terlibat dalam seminar ini. Seminar ini menjelaskan mengenai kaedah atau cara untuk menggunakan peta minda dan juga Graphic Organizer (GO) dalam mengulangkaji pelajaran. Seminar i Think ini disampaikan oleh Tuan Haji Johari iaitu pensyarah Kajian Sosial JKS.































JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !
 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +