+ KaJiaN SoSiaL +

SeLaMaT BeRKuLiaH !

| 30 December 2010
Assalamualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia kepada semua pengunjung teratak PISMP Kajian Sosial Semester 1/2011 IPG KDRI. Kami dari PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari/2011 Ingin Mengucapkan SELAMAT BERKULIAH kepada semua guru pelatih IPG KDRI khususnya dan guru pelatih dari seluruh IPG di seluruh Malaysia amnya. Semoga sesi baru bagi tahun baru ini akan memberikan kita semangat yang tinggi menggunung dalam memartabatkan jatidiri agar menjadi seorang guru pelatih yang berwibawa dan seterusnya sebagai seorang pendidik yang berjasa kepada Agama & Negara. Ingatlah bahawa amanah kita sebagai seorang guru teramat besar dan sukar untuk dipenuhi. Justeru segala kudrat 4 kerat harus dikerah dalam merealisasikan pemprofesionalan kerjaya perguruan. Insyallah dengan keluarnya kita sebagai seorang guru kelak, kita akan dapat mengangkat martabat seorang guru disisi manusia kerana sekarang sudah ramai manusia yang mempertikaikan jasa guru mereka sendiri. Sesungguhnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan kerjaya yang paling mulia disisi Allah jika kena pada syariatnya. Justeru, marilah kita sama-sama bermuhasabah dalam membentuk keperibadian kita sebagai seorang guru.
Wassalam.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +