
Namun tepatnya 1 Januari 2011 ini, ada seorang insan yang bergembira dengan kedatangan tarikh tersebut iaitu Aminnulhakim Bin Abd Isa. Aminnulhakim ataupun Akim dilahirkan pada 1 Januari 1990 dan pada 1 Januari setiap tahun dia akan menyambut ulangtahun kelahirannya. Walaupun mungkin tidak sempat untuk meraikannya bersama sahabat sekelas yang lain, kami tetap mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-21 buat hakim walaupun hanya melalui perhubungan maya ini. Kepada Hakim, semoga maju jaya dalam segala apa yang akim tempuhi sepanjang tahun 2011 dan tahun-tahun akan datang. Ingat kim, umur kau dah 21 tahun, dh lebih 2 dekad dh, dah tua tau, he3x... Dan jangan lupa daftar nama sebagai pengundi si SPR sebab khabar angin mengenai Pilihanraya Umum ke-13 semakin hangat diperkatakan, takut tak sempat nak mengundi, rugi tau, undi adalah satu amanah dan harus dipertanggungjawabkan oleh kita. Selamat Maju Jaya.
Wassalam...

0 komen:
Post a Comment