+ KaJiaN SoSiaL +

MUET Tak Diwajibkan di IPG

| 28 October 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi sekali lagi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 dari IPG Kampus Dato' Razali Ismail ini. Semoga kalian semua sihat walafiat hendaknya. Ada dalam mood raya lagi ke? Apapun semoga smuanya ok ye. Baru-baru ni kami menerima makluman ini daripada laman web IPG Kampus Keningau. Alhamdulillah berita ini akan menggembirakan hampir kesemua guru pelatih di IPG seluruh negara. Bermula Oktober 2011, kesemua guru pelatih PISMP di seluruh IPG tidak diwajibkan untuk mengambil Malaysian University English Test (MUET) untuk melayakkan mereka dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) syarat untuk memperoleh Ijazah ini tidak mewajibkan seseorang guru pelatih tersebut mengambil peperiksaan MUET. Jadi kami alhamdulillah walaupun dah 2 1/2 tahun di IPG, kami masih belum mengambil MUET lagi sbb ramai yang nak ambil di akhir PISMP nanti. Tup tup datang berita ni, lagi la menyenangkan hati tak gitu, hehehe Apapun, semoga semuanya sukses dalam jurusan apa jua kalian melibatkan diri.
Wassalam...


Sumber : http://www.ipks.edu.my/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=167&Itemid=41

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +