+ KaJiaN SoSiaL +

SeLaMaT BeRCuTi AkhiR SemEsTEr 2011

| 19 November 2011

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung sekali lagi ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 ini. Apa khabar kalian semua? Terutama semua guru pelatih yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir dan sekarang berada di kampung halaman masing-masing bersama keluarga. Rasanya tidak terlambat lagi bagi kami untuk mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada kalian semua. Semoga di kesempatan cuti ini, kita manfaatkannya dengan sebaiknya dan ambillah peluang yang ada ini untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama kita dan ahli keluarga yang lain. Maklumlah kita banyak menghabiskan masa di IPG dan jarang-jarang kita dapat pulang ke kampung, justeru, masa yang diberikan ini haruslah dimanfaatkan dengan sebaiknya, insyallah. Pesanan kami lagi, sepanjang cuti ini, isikannya dengan aktiviti bermanfaat seperti melawat sanak-saudara, shabat2 sekolah menengah dan rendah dahulu, atau mungkin kalian boleh bekerja sambilan di mana-mana restoran makanan segera, kedai buku, stesen minyak, kedai basuh kereta dan sebagainya, sekurang-kurangnya terisi juga masa lapang kita sewaktu cuti ni kan. Satu lagi jaga keselamatan kalian sepanjang cuti ni terutama kepada kaum hawa sekalian. Jangan keluarga secara bersendirian ke mana-mana pada bila waktu sekalipun. seeloknya keluar bertiga supaya keselamatan kalian lebih terjamin. Baiklah sahabat-sahabat, mungkin sepanjang cuti ni blog unit kami jarang diupdate kerana tiada aktiviti baru, tetapi insyallah jika terdapat apa-apa yang penting, kami akan updatekan di sini dan kalian semua boleh mengunjunginya untuk mendapatkan maklumat, selamat bercuti, Wassalam....

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +