+ KaJiaN SoSiaL +

SeLaMaT MeNeMPuH PePeRiKSaaN AkHiR SeM 2/2011

| 07 November 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & sama 1Dunia buat kalian yang sudi berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 Ambilan Jan/2011 ini, semoga kalian semua sentiasa dalam rahmatNya. Sedar tidak sedar kini kita sudah menginjak ke akhir semester kedua tahun 2011, sungguh tidak kita sedar masa sungguh cepat berlalu. Kami PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 ingin mengucapkan SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2011 buat semua guru pelatih di seluruh IPG di seluruh negara, semoga semua guru pelatih dapat menjawab peperiksaan akhir dengan hati yang tenang lagi menyenangkan. Yang penting ingatlah pesanan para ulama iaitu AZAM + USAHA + DOA + TAWAKKAL = insyallah BERJAYA. Semoga kita semua dapat menjadi bakal guru dan seterusnya guru yang sentiasa bertanggungjawab dalam belajar dan mengajar nanti, insyallah. Baru-baru ini kami telah menge'post' tarikh dan waktu peperiksaan akhir bagi PISMP Kajian Sosial, namun kali ini kami ingin memaklumkan tarikh peperiksaan bagi PISMP Kajian Sosial yang baru. Terdapat beberapa perubahan terkini dalam jadual peperiksaan dan ianya selaras di seluruh IPG seluruh negara.

10 November 2011 (2.30 - 5.00 petang) : Murid & Alam Belajar (EDU 3103)
15 November 2011 (8.00 - 11.00 pagi) : Perkembangan Sejarah Negara (PSS 3103)
16 November 2011 (8.00 - 11.00 pagi) : Geografi Persekitaran (PSS 3104)
17 November 2011 (2.30 - 5.00 petang ) : Pergerakan Asas (PJM 3102)

Selamat Menjawab Peperiksaan, Wassalam...


0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +