+ KaJiaN SoSiaL +

SaLaM TaHuN BaRu 2012 Masehi

| 31 December 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung yang setia mengikuti perkembangan aktiviti PISMP Kajian Sosial Ambilan Jan 2011 ini. Apa khabar kalian semua? Hendaknya sihat walafiat selalu kerna kehidupan kita ini dipenuhi dengan citra warna yang pelbagai. Juster untuk menghadapinya, maka kesihatan sama ada mental, fizikal dan rohani haruslah sentiasa di tahap yang membaguskan. Sekiranya masih di tahap tidak bagus, marilah kita sama-sama berusaha untuk membaguskan pemikiran, emosi dan spiritual kita untuk menghadapi segala macam cerna kehidupan.

Sedar tidak sedar sudah setahun kita berada di tahun 2011. Justeru, kami PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 MASEHI kepada semua yang berkunjung ke blog aktiviti kami ini. Dan genaplah setahun kami dari PISMP Kajian Sosial berada di dalam arus pendidikan siswazah guru. Diharapkan agar segala kerja buat kami sepanjang 2011 ini membuahkan hasil kalau tidak banyak pun sedikit sudah memadai. Diharapkan segala hasil tersebut dapat memberikan manfaat kepada kami dalam kami menempuhi kehidupan sebagai seorang guru kelak. Pada tahun 2012 ini merupakan antara tahun yang agak mencabar buat kami kerna buka semester ini sahaja kami akan mengikuti kursus Kokurikulum Badan Beruniform yang sudah smeestinya memerlukan belanja yang agak besar untuk kami mengikutinya terutama belanja dari sudut pakaian. Insyallah dengan semangat azam tahun baru 2012, kami akan menjalaninya dengan sebaiknya tambahan pula 2012 merupakan tahun trakhir kami berPBS, kerna pada 2013 kami akan mula menjalani praktikum secara rasmi di sekolah yang bertuah mendapat guru pelatih seperti kami ini, hehehe

Insyallah di tahun 2012 ini, lebih banyak aktiviti yang sedang menanti kami. Antara aktiviti yang mungkin akan kami ikuti ialah lawatan ke Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri, program kemanusiaan di Kemboja yang insyallah menurut maklumat akhir akan diadakan pada akhir tahun 2012 dan beberapa lagi siri lawatan, kajian lapangan dan sebagainya. Malah mungkin juga perkhemahan BIG, badan beruniform dan sebagainya. Sungguh berwarna-warni 2012 nanti, insyllah, Diharapkan kami dapat menjalaninya dengan selamat, gembira, bermanfaat, riang dan penuh dengan pengalaman dan pengetahuan yang bermanfaat. Buat kalian di luar sana, rajin2lah jenguk blog aktiviti kami ini kerna dari sini anda mungkin dapat pengetahuan atau idea baru untuk menjalani atau menguruskan sesuatu program. Kalian juga boleh berkongsi pengalaman setiap program yang kami jalani. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. Bertemu kembali di 'entry' akan datang yang insyallah penuh berinformasi. Selamat maju jaya semuanya. SELAMAT TAHUN BARU 2012 !
Wassalam


JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +