+ KaJiaN SoSiaL +

TaKWiM IPG & PeRSeKoLaHaN 2012

| 31 December 2011
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada yang sudi berkunjung lagi ke teratak PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Apa khabar kalian smua? Sudah semestinya begitu bersemangat menempuh tahun baru 2012 ini bukan? Insyallah, selamat menempuh 2012 dan rancanglah kehidupan kalian dengan sebaiknya. Tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum semua guru pelatih IPG di seluruh Malaysia akan memulakan sesi kuliah. Uniknya guru pelatih di IPG ini ialah cuti dan waktu kuliah diadakan serentak dengan cuti dan waktu persekolahan di sekolah-sekolah biasa. Mengapa begitu? Tidak lain tidak bukan bertujuan untuk membiasakan diri setiap guru pelatih dengan masa dan waktu di sekolah. Tambahan pula di IPG kesemua guru pelatih harus mengikuti PBS & Praktikum yang semestinya bersangkut paut dengan waktu sekolah harian. Jadi sekiranya kalendar kuliah di IPG adalah sepertimana di IPTA/IPTS, maka akan berlaku masalah dalam mengikut PBS dan Praktikum di sekolah-sekolah. Dari situlah wajarnya kesemua guru pelatih di IPG bercuti dan berkuliah sepertimana waktu cuti dan interasi di sekolah harian.

Justeru, untuk memudahkan kalian merancang cuti sama ada membeli tiket bas, flight dsb, kalian boleh mendapatkan takwim persekolah yang kami lampirkan di bawah ini. Ini merupakan surat pekeliling terkini dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Kerajaan Persekutuan Rakyat Malaysia. Mungkin ada yang sedang merancang ingin bercuti bersama keluarga, merancang ingin mengadakan program besar ataupun mungkin juga ada yang merancang ingin melangsungkan pertunangan ataupun perkahwinan, bolehlah kalian manfaatkan kalendar ini. Untuk mendapatkan salinan sofcopy, dapatkannya dengan meng'klik' di link ini. Semoga bermanfaat.
Wassalam....




JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +