+ KaJiaN SoSiaL +

PiLiHaNRaYa KaMPuS IPG KDRI 2012

| 16 January 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Diharapkan agar kalian semua sihat walafiat hendaknya. Pada kali ini kami ingin berkongsi aktiviti terbaru kami untuk semester ini. Seperti kebiasaannya, pada akhir tahun akan diadakan pemilihan ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang baru bagi IPG kami. Maka pada awal tahun 2012 ini, telah diadakan sesi pemilihan jawatankuasa yang baru. Bagi IPG kami, pemilihan JPP adalah melalui undian oleh guru pelatih sendiri dan bukannya secara lantikan. Setiap guru pelatih boleh dicalonkan untuk menjadi ahli jawatankuasa dan akan bertanding dalam pemilihan JPP yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan JPP yang telah dilantik. Setelah 2 1/2 tahun kami berada di IPG ini, ini julung-julung kalinya geng KS0 telah menceburkan diri di dalam pemilihan JPP.

Bagi pemilihan JPP, akan terdapat dua kategori iaitu calon umum dan juga calon semester. Bagi calon umum, tidak ditetapkan sebarang kuota dan sesiapa bebas bertanding untuk merebut jawatan tertinggi dalam JPP seperti Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Setiausaha Agung dan juga Bendahari Kehormat. Pengundian adalah terbuka kepada semua guru pelatih. Bagi calon umum ini bolehlah diumpamakan sebagai ahli Parlimen bagi Pilihanraya negara Malaysia. Manakala calon semester pula ialah calon yang dipilih dan hanya akan diundi oleh guru pelatih dari semester yang sama sahaja. Dan kategori ini mempunyai kuota sebagai contoh bagi kuota PISMP semester 3, hanya 5 orang lelaki dan 2 orang perempuan akan dipilih untuk memegang kerusi EXCO dalam JPP. Bolehlah dianggap bahawa calon semester ini diumpamakan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pilihanraya di Malaysia. Alhamdulillah pada pemilihan JPP pada kali ini, seramai 5 orang geng KS0 akan bertanding dalam pilihanraya.

Bagi calon semester 3, ahli geng KS0 yang terlibat ialah AMINNULHAKIM BIN ABD ISA (S302) MUHAMMAD ADIB BIN MISSLANI (S303) & ZAINAB ASILAH BINTI ABDULLAH (S307). Untuk mengundi mereka bertiga, hanya guru pelatih dari semester tiga sahaja yang akan mengundi manakala semester-semester lain akan mengundi mengikut calon semester masing-masing sahaja.

Manakala bagi kerusi Majlis Tertinggi JPP atau calon umum, PISMP KS0 telah menghantar 2 orang wakil untuk menduduki kerusi Setiausaha 1 & Setiausaha 2 iaitu MUHAMMAD IQBAL BIN ZAHANUDDIN (U010) & NURAZLINDA BINTI AZHAR (U012). Bagi calon umum, sesiapa sahaja guru pelatih PISMP, PPISMP, GSTT & DPLi dapat mengundi calon yang mereka yakini. Jadi, kepada semua guru pelatih dari IPG KaDRI, Kuala Terengganu, Jangan lupa mengundi calon dari KS0 kami ye, hehehe. Insyallah, semoga mereka semua memenangi pemilihan JPP pada kali ini dan kita akan mendapati suara unit minoriti akan semakin didengari, insyallah, Amiin...
Wassalam...



JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

2 komen:

{ Cikgu Iqmal } at: January 16, 2012 at 10:03 AM said...

semoga berjaya!

{ KiTaORaNG AdaLaH.... } at: January 17, 2012 at 12:27 AM said...

Thanx Taufiq Jamal : )

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +