+ KaJiaN SoSiaL +

HaPPy BiRthDaY 21th PuSPa, AiSHaH & FaHMi

| 09 January 2012
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua yang sudi berkunjung ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Semester 3/2012 ini. Apa khabar kalian semua? Macam mana dengan sesi kuliah yang baru ini, mesti semua sedang bergembira kan, terutama kepada semua guru pelatih PISMP Sem 3 sebab pada semester ini kita akan terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Kami PISMP Kajian Sosial dari IPG Kampus Dato' Razali Ismail telah terpilih untuk menganggotai pasukan Kadet Remaja Sekolah, alamatnya kena berkawad la, hehehe. Untuk pengetahuan kalian, pemilihan unit beruniform di IPG kami adalah tertakluk kepada Unit Kokurikulum IPG, kebetulan takdir Allah telah menetapkan kami akan menganggotai Kadet Remaja Sekolah, maka kami menerimanya seadanya walaupun mungkin perbelanjaan untuk uniform KRS agak tinggi, diharapkan tidaklah terlalu tinggi, insyallah.

Sebenarnya pada kali ini kami ingin berkongsi berita gembira kami bersama kalian. Pada bulan Januari 2012 ini, kami sekelas akan menyambut ulangtahun kelahiran beberapa orang ahli KS0 yang berderet hari kelahiran mereka. Kami dari PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-21 buat mereka yang bertuah ini. Individu bertuah yang dimaksudkan ialah Pusparajan A/L Thiagarajan yang dilahirkan pada 8 Januari 1991 di negeri jelapang padi iaitu Kedah Darul Aman. Insan bertuah kedua ialah Siti Nur Aishah Binti Mukhtar yang dilahirkan pada 9 Januari 1991 di negeri pesisir pantai yang indah iaitu Terengganu Darul Iman. Manakala insan ketiga ialah Muhamad Fahmi Bin Ab Rasib yang dilahirkan pada 10 Januari 1991 di daerah Machang di negeri Serambi Mekah, Cik Siti Wan Kembang dan Tanah Serendah Sekebun Bunga iaitu Kelantan Darul Naim. Hehehe mereka kini sudah melangkah ke umur 21, dah tua rupanya ye, hehehe Apapun semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan cepat kawen, hehehe
Jumpe di entry akan datang, Wassalam.


JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +