+ KaJiaN SoSiaL +

PeRaSMiaN iHYa' RaMaDHaN IPG KDRI 2012

| 17 July 2012

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung Teratak Terindah IPG KDRI. Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan kalian semua aktiviti terbaru di IPG KDRI yang kami ikuti iaitu Majlis Pelancaran Sambutan Ihya' Ramadhan 2012 IPG KDRI. Majlis ini telah diadakan pada 16 Julai 2012 di Dewan Utama IPG KDRI iaitu Dewan Al-Farabi. Sambutan ini telah diadakan tepat jam 2.30 petang dengan kehadiran semua warga IPG KDRI termasuk staf akademik dan kakitangan IPG KDRI.

Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan 2012 IPG KDRI dan Pelancaran Tabung Ihya' Ramadhan ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dengan Kerjasaman Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG KDRI atau secara khususnya oleh Biro Agama, Kerohanian dan Disiplin IPG KDRI. Alhamdulillah sambutan yang diterima agak menggalakkan oleh warga IPG KDRI dan majlis berjalan dengan jayanya. Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengarah IPG KDRI iaitu Tuan Haji M. Shaipullah Bin Awang Ibrahim. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ceramah mengenai Penghayatan Madrasah Ramadhan oleh Ustaz Sabawi dari Jabatan Pendidikan Islam.

Hadirin yang hadir sewaktu majlis berlangsung.


Gaya ceramah secara santai dan penuh jenaka yang disampaikan oleh Ustaz Sabawi sedikit sebanyak dapat menghalang hadirin dari mengantuk. Diselitkan juga dengan loghat Manglish beliau yang boleh mencuit hati hadirin.

Selain itu, sesi ceramah ini juga memberikan ruangan kepada para hadirin untuk bersoal jawab dengan Ustaz Sabawi berkenaan dengan hukum hakam di bulan Ramadhan al-Mubarak kelak. Antara soalannya ialah boleh atau tidak memakai contact lense, tidur sewaktu berpuasa, derma darah dan sebagainya. Jawapan diberikan secara santai oleh Ustaz Sabawi namun begitu menjawab soalan yang dikemukakan oleh penanya.



Hahaha, di bawah ni lak gelagat para ahli KSO yang turut serta di dalam majlis tersebut. Setia mendengar setiap bait kata oleh Ustaz Sabawi. Sungguh ilmiah.




Setelah tamat sesi ceramah dan bersoal jawab bersama Ustaz Sabawi, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dari pihak Jabatan Pendidikan Islam (JAPIM) kepada penceramah iaitu Ustaz Sabawi. Cenderahati disampaikan oleh Tuan Timbalan Pengarah IPG KDRI, Tuan Haji M. Shaipullah dengan diiringi Ketua Jabatan JAPIM, Ust Salleh.


Majlis diteruskan lagi dengan sedikit klip video mengenai keistimewaan Madrasah Ramadhan al-Mubarak yang disunting oleh unit Multimedia BADAMD JPP IPG KDRI. Sungguh kreatif dan menjadi suatu idea baru kepada majlis keramaian di masa hadapan kelak. Majlis pada hari tersebut tamat sekitar jam 4.30 petang dan hadirin bersurai.


JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +