+ KaJiaN SoSiaL +

SaLaM MaHaBBaH RaSuLLuLLaH S.A.W 1434H/2013M

| 23 January 2013


Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera & Salam 1Dunia kepada semua pengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Semester 5/2013. Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya dan kami di sini juga sihat walafiat semuanya. Pada kali ini kami dari PISMP Kajian Sosial ingin mengucapkan SALAM MAULIDUR RASUL 1434H/2013M kepada semua umat islam di seluruh IPG seluruh Malaysia termasuk juga pengunjung yang berkunjung ke Teratak Terindah kami. Semoga dengan sambutan Maulid Rasul ini, perasaan cinta, kasih dan mahabbah kita kepada Baginda RASULLULLAH S.A.W akan semakin bersemi. Bagaimana kita ingin menzahirkan perasaan cinta dan kasih kita kepada RASULLULLAH S.A.W.? Iaitu dengan mengamalkan as-Sunnah Baginda RASULLULLAH S.A.W. Insyallah, kita sama-sama amalkan Sunnah Baginda, kalau tidak semua pun amalkan yang mudah-mudah contohnya memelihara janggut walaupun sedikit. Berikut merupakan hadis-hadis berkaitan galakan memelihara janggut :

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Jadi insyallah mari kita sama-sama amalkan sunnah yang mudah ini. Jika tidak sepanjang janggut Ustaz Azhar Idrus pun, kita pelihara janggut sejemput pun okey, hehehe Apa kelebihan memelihara janggut?  Antaranya ialah : 

· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita :)
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu.




Jadi apa lagi, hehehe jom kita pelihara janggut sama, untuk lelaki je la, perempuan x perlu simpan janggut, nanti takde sape nak dekat, hehehe Malah pernikahan juga merupakan sunnah RASULLULLAH S.A.W dan bile kite berkahwin kite dapat pahala ikut as-Sunnah RASULLULLAH S.A.W dan juga pahala mendirikan masjid, hehehe Berikut adalah antara amalan-amalan Rasulullah SAW buat ikutan kita sebagai ummatnya. Biarpun tidak semua dapat kita ikuti, cubalah untuk beristiqamah dengan apa yang kita termampu. Semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian. Insyaallah.

Amalan:
Amalan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW ialah kekal (istiqamah) sekalipun sedikit. (Riwayat Termizi dan Nasai daripada Aisyah dan Ummu Salamah)

Puasa:
Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin dan Khamis (Riwayat Ibnu Majah)

Tahajjud:
Rasulullah SAW bangun menghidupkan malam (tahajjud) hingga bengkaklah kedua kaki Baginda (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi, Nasai, Ibnu Majah kepada Mughirah)

Pakaian:
Adalah pakaian yang paling disukai Rasulullah SAW ialah gamis (Riwayat Abu Daud, Termizi, Hakim daripada Ummu Salamah.

Bertemu:
Adalah Rasulullah SAW apabila mendatangi rumah seseorang, ia akan berdiri menghadap di hadapan pintu akan tetapi baginda akan berdiri di sebelah kanan atau kiri pintu sambil mengucapkan; Assalamualaikum. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud daripada Abdullah bin Bisr)
Sujud syukur:
Apabila Rasulullah SAW didatangi dengan berita yang menggembirakan hatinya Baginda akan terus sujud syukur pada Allah SWT (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Bakrah.

Berbaring:
Apabila Rasulullah SAW hendak berbaring (untuk tidur), Beliau akan meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya (Riwayat Tabrani daripada Hafsah)

Makan:
Adalah Rasulullah SAW apabila beliau makan tengah hari Baginda tidak akan makan malam lagi dan jikalau beliau makan malam beliau tak akan makan tengahari (Riwayat Abi Na'im daripada Abi Sa'id)

Berwuduk:

Apabila Rasulullah SAW berwuduk, Baginda akan meyelati janggutnya dengan air (Riwayat Tabrani daripada Ibnu Umar)

Ketawa:
Apabila Rasulullah SAW ketawa, Baginda meletakkan tangannya di atas mulutnya (Riwayat Baghawi daripada Walid Murrah)

Istighfar:
Apabila Rasulullah SAW menghadiri satu majlis kemudian hendak bangun meninggalkannya, Baginda akan beristigfar sebanyak sepuluh hingga lima belas kali (Riwayat Ibnu Sinni daripada Abi Umamah)

Berani:
Adalah Rasulullah SAW orang yang paling baik, paling pemurah dan paling berani. (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah dari Anas)

Benci dusta:
Adalah perangai yang sangat dibenci olehnya (Nabi SAW) ialah dusta (Riwayat Baihaqi dari Aisyah)

Marah:
Apabila Rasulullah SAW marah dan baginda dalam keadaan berdiri baginda akan duduk , dan jikalau sedang duduk baginda akan berbaring, hingga hilanglah marahnya (Riwayat Tebrani daripada Ibnu Mas'ud dan Ummu Salamah)

Beri salam kepada kanak-kanak:
Apabila Rasulullah lalu di hadapan anak-anak, Rasulullah SAW akan beri salam (Riwayat Bukhari kepada Anas)

Memotong kuku:
Rasulullah SAW memotong kuku dan menggunting misainya pada hari Jumaat sebelum keluar sembahyang. (Riwayat Baihaqi kepada Abi Hurairah)

Sekian buat kali ini, berjumpa lagi di posting akan datang, Wassalam...


0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +