+ KaJiaN SoSiaL +

FaMiLY DaY JKS 2011

| 22 February 2011
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat kalian yang sudi bertandang ke teratak PISMP Kajian Sosial Semester 1/2011 ini. Kini sudah menghampiri 2 bulan kami menjejakkan kaki ke alam pengajian ijazah perguruan setelah lebih 1 tahun 6 bulan menjalani pengajian persediaan ke program ijazah. Melangkah ke program ijazah ini sungguh mengujakan kami, tetapi kne tabah la utk menghadapi plbagai dugaan yang mendatang nnt trutama utk PBS yg x lama lagi akan kami tempuhi bersama. Biasa la benda mule2 kite buat, mesti agak gementar, kernalin, takut dan sbgainya. Tiap2 tahun kitaorng akan menjalani program interaksi pelajar dan pensyarah Jabatan Kajian Sosial IPG KDRI. Maka pada tahun 2011 ini, kitaorng turut tlibat skali lagi, bermakna buat kali kdua kami mnyertai program Family Day atau dalam bahasa omputisnya Hari Keluarga Jabatan Kajian Sosial. Family day ini diadakan pada setiap penggal pertama tahun itu. Bermakna dalam bulan 2 gitu la pd kebiasaannya,, he3x...

Pada tahun lepas, hari keluarga JKS diadakan di pantai merang, iaitu skitar 30km je dari IPG, tapi utk tahun ni agak menarik la sebab diadakan jauh dri IPG, tpi xlah smpai 300km dri IPG, dlm 70-80km je, kire nak jamak solat pun confius lagi, he3x.... Family Day JKS 2011 ini diadakan di Lata Belatan yang terletak di Jertih/Besut. Tapi tempat dia memang menarik sangat, kmudahan pun banyk, jadi x perlu bimbang la kmudahan xder, he3x... Air dia pun bes je, klu bwk family mmg ssuai sgt tau. Jom kite layan gambar2 kitaorng berFamily Day di Lata Belatan. Lata Belatan ek, bukan Lata Tembakah tau, klu dari KT kite akan jumpe Lata Belatan dulu baru jumpe Lata Tembakah, 2 entiti yang berbeza ek..

Gambar di atas menunjukkan geng laki yg tdiri dari Iqbal, Amsyar, Syazrin, Akim & Puspa tmasuk kameraman iaitu Aiyad ngah brehat dkat wakaf depan pintu msuk IPG. Kitaorng bngun awal2 lagi utk btolak ke sne2 alih2 bus xder lagi sbb dgunakan utk hantar budak hoki gi match. So kitaorng mnunggu la smpai pkul 8 lebih2 gitu baru bleh btolak sbb ketiga2 bus maktab dgunakan utk pegi sne. Family Day ni bukn mlibatkan opsyen Kajian Sosial Saje, tapi melibatkan opsyen PSV gk sbb PSV dibawah Jabatan Kajian Sosial, unit muzik pun bawah JKS gk, malah unit KH pun bawah JKS gk. So memang rmai la lecturr KS ni sbb mliputi 4 unit iaitu JKS sendri, unit PSV, unit KH dan unit Muzik.

Maka stelah mtahari meninggi di ufuk timur, ketiga2 bijik bus IPG pun smpai le ke depan Dewan Al-Farabi tu, kitaorng pun ready la nak naik bus, alih2 kne naik bus WCM jugak, bus era 80-an tu, xpe la asalkan slamat smpai ke Lata Belatan dh cukup, he3x... Bus WCM ni ditanda dengan nama Sem1 KS dan KPLI PSV. Ini bermaksud, penumpang bus ini ialah KS Sem 1 dan juga abang2 & kakak2 PSV KPLi. So naik la kitoarng bus tu dgn hepinya, he3x... Yang penting smpai Lata dan bleh main air puas2, he3x...


Maka our journey pun bermula, perjlanan yg ditempuh sjauh lebih kurang 80km sehala itu mengambil masa dlm sejam lebih jugak, sbb bus xlah laju sgt, lgpun bus ni berkonvoi, so xlah laju sgt drebar bus bwk. Gambar kt bawh ni mnunjukkan bus tengah melalui jalan yang sungguh sempit dari jalan utama ke kawasan Lata Belatan. Memang muat2 je bus lalu ats jalan ni, klu berselisih dengan bus lain, memang jadi masalah yg agak besar gk la... Waktu dlm perjalanan pegi ni ader gk yg tertido, maklumla, geng laki pd malam sblm gi Lata Belatan ni, kitaorng ader keje skit, so x brape nk tido la, plg awal tido pun pkul 3, ader gk yg x tido langsung...

Alhamdulillah, stelah sejam lebih perjalanan, kitaorng pun tibe di Lata Belatan di Jertih/Besut. Turun je bus trus hepi tengok keadaan sekeliling yg hijau merimbun, semua barang2 diangkat utk dibawa ke site.

Selamat Datang Ke Hutan Lipur Lata Belatan !


Sampai je dkat site program, smua guru pelatih dikehendaki untuk beratur di dalam kumpulan msing2 yg telah ditetapkan, klu nak tukar suke sme suke bleh je, asalkn ahli smua kumpln seimbang la, he3x... Maka kitaorng pun beraturlah, kawasan dia xlah jauh sgt, btul2 di kaki air terjun lata belatan, kawasan air mengalir pun xlah dalam sangat, elok2 dkat paras betis je, paling dalam pun stakat peha kot, iaitu di kawasan gelongsor air tu.


Sambil2 tu sempat lagi amik gambar. Kt atas & kt bwh ni adalah Iqbal Smarties yang berposing bersama kameranya, DSLR kot, he3x... Lens panjang tu, lens brape mm ntah, x ingt la, admin x pandai sgt kamera DSLR ni, klu kamera digital panasonic Lumix admin tahu la, he3x... Tapi gambar dia mmg style giler, ader seni la katakan, harga DSLR ni pun agak berseni la, he3x...

Lepas smua guru pelatih sudah mempunyai dan berada di dalam kumpln msing2, kitaorng pun diarahkan utk bsama fasi msing2 bagi sesi taaruf, ceewah ala2 arab gitu bahasa yg digunakan, kirenya sesi suaikenal la, maklumla ader lagi yg x brape kenal, mgkin lebih kenal nama panggilan dri nama sbnar, so masa ni la nk tahu nama sbnar sstengah antra kite, he3x.. Stiap kumpuln bebas utk memlih tempat bagi diadakan sesi suaikenal ni, he3x...

Lepas hbis sesi suaikenal, kirenya dh kenal nk mkin serasi, maka semua pserta diminta bkumpul smula utk aktiviti sterusnya, iaitu explorace berstesen, kumpuln yg ada adalah 10 smuanya, so stesen pun ader 10 gk, stiap kumpulan harus melepasi stiap stesen dan mengumpul mata/markah di stiap stesen. Stiap kumpln dberikan panduan stesen manakah yang harus dimulakan dahulu, contohnya gambar di bawah menunjukkan kumpln 4. Maka kumpulan ini harus memulakan exploracenya di stesen 4. Setelah selesai smuanya, maka bergerak ke stesen sterusnya iaitu stesen 5, dan seterusnya smpai stesen 3 dan permainan explorace ni pun hbis la, he3x...

Maka bermulalah explorace yg sungguh mengujakan dan menyeronokkan itu, he3x... Gambar di bawah ni mnunjukkan stesen 4, iaitu Muhaimin dgn couplenya, bukn couple ehem2 tu couple skerja daa... Dia ngah memberi penerangan mcm mne permainan nih, he3x...

Permainan ni dinamakan sbgai sarang labah2, kite kne jadi labah2 tpi bukan jalan atas tali tu, tpi kne jalan di celah2 ruangan kosong tali tu, xleh sentuh, klu tali tu tsentuh sluar xpe, tpi klu tsentuh kaki or kasut kire xder markahla, he3x... n byk lagai sbnarnya game2 yg dijalankan, tpi x sempat nk diuploadkn sbb terlalu byk, ader 10 game smuanya, upload yg senang2 je la ek, he3x... Apapun jom kite layan aktiviti kitaorng yg lain, byk lagi sbnarnya, he3x...

Lepas hbis explorace oleh peserta Familt Day dari kalangan guru pelatih, kini tibalah aktiviti/game utk pensyarah JKS lak, he3x... game yg dijalankan tidaklah terlalu susah dan tidaklah terlalu senang, skadar isi air dalm botol je, tapi x diadakan di atas daratan, ianya diadakan di dlm aliran air sungai lata belatan, so agak sush la sbb nk kne redah air lagi, he3x... Smua lecturer tlibat sme, he3x... Game dia senang je, xlah susah sgt...


Sambil2 AJK program ngah setting tempat utk game pensyarah, ader gk sstengah AJK & peserta amik ksempatan bermain gelongsor air yang disediakan oleh pihak PBT, he3x... Memang best main, tpi yg ni xlah dalam sangat, yg dlm ader 1 lagi, tpi dalam tu xlah dalam sgt, stakat peha je, tpi utk kanak2 mungkin dlm gk la...

Peserta program family day JKS dan ajk program ngah menjadi pemerhati/penonton game/sukaneka pensyarah JKS. kitaorng pd mulenya hnya memerhati dari atas je, pastu mcm tpikat lak dgn air yg mengalir, so ader gk yg turun utk mrasai main2 air, he3x... Tpi xlah smpai basah lenjun sbb nnt ader aktiviti mempersembahkan cheers kumpuln msing2...

Maka bermulalah game utk lecturer, he3x... Iaitu game mengisi air merah/sirap dalam botol, tengok kumpulan 1 atau kumpuln 2 yg menang, he3x...

Encik Hasnol Hadi, our beloved history lecturer ngah isi air sirap/merah dlm botol yg disediakan, he3x... Sush gk nak isi dlm botol, kdg2 ar sirap yg dibawa tu hbis sebab tumpah time dlm pjalanan ke botol, jdi xleh bawak laju2 nnt tumpah, so kne slow & steady jer...

Sambil2 tengok lecturer ngah wat sukaneka tuh, semapt gk la posing2 gitu, bleh wat kenangan, smua ni akn jadi kenangan manis tau, nnt tunjuk dkat anak2 n cucu2 mcm mne rupe ayah or atok diorg waktu blaja dkat maktab dlu, tpi gambar ummi or nenek xder sbb kelas lain, ceewaah...

Wah anak2 dara ni, berposing basah lagi, he3x.. baru hbis sukaneka, mesti la basah sbb kne redah air sungai tuh, stesen sukaneka pun satu, diletakkan berjauhan antra dua tebing, so nk gi stesen tu kne redah air la, nk naik jambtn gantung xleh sbb urustia x bgi...

Dekat bawh ni lak si IQBAL dan LENTIK ngah try take picture via DSLR, kameraman lain gaya diorg amik gambar, he3x... kejap ke atas, kejap ke bawah, kejap duduk, kejap baring, terlentang pun ader utk dptkn pos yg istimewa gitu...

Lepas slesai sukaneka kitaorng dan sukaneka utk para lecturer JKS, maka smua diarahkan utk bkumpul di tempat lapang dekat2 mule2 kitaong adakan sesi suaikenal tu, stiap kumpulan iaitu 1 hingga 10 harus bersedia dengan cheers masing2, cheers akn dipersembhkn di hadapan. Maka setiap cheers akan dinilai untuk mendapatkan markah dan dicampur dengan markah sukaneka tu, so tengoklah sape plg byk markah, nnt dpt la hadiah... Klu nk cam kelas kitaorng, try tengok yg pkai baju ader belang putih kiri dan kanan baju, kitaorng la tu... Tapi ader gk snior yg pkai baju biru putih gk, tpi design diorg agk blainan sdkit la...



Lepas hbis je persembahan cheers stiap kumpulan, maka KJ JKS iaitu Encik Mohamed telah membenarkan smua peserta untuk bermandi manda di sungai lata belatan ni. So kitaorng pun x lepaskn pluang la, trus je mencebur dalam air tu, ader naik gelongsor gk, he3x... Sambil2 tu kitaonrng smua dberikan nasi sbgai makanan tengah hari, sape yg nak makan dlu pegi la makan, sape yg nk mandi dlu, bleh je mandi dlu, tapi ader gk yg makan dlu, perut lapar boh, tu kne mkn cepat2, gambar di bawah mnunjukkan Iqbal, Puspa dan Shamil ngah makan di tebing sungai lata belatan ni, memang best sagt2 la..

Lepas je hbis makan nasi berlaukkan ayam pedas tu, kitaorng pun apa lagi, x lepaskn pluang nak mandi, trus je masuk dlm air n mandi dengan smua geng2 lain, ader anak2 lecturer skali mandi, ktiaorng lebih kpd jaga kselamatn anak2 lecturer yg kecik2 ni, walaupun air tohor/cetek je, tapi dbimbangi diorg hanyut or lemas ke, malang x berbau kan.. Tapi still x lepaskn pluang utk mandi, ader pluang je trus mnyelam walaupun x terselam pun kepala, yela sbb cetek sgt kan..

Lepas dalam 40 minit gitu mandi n berehat2 dkat tepi tebing, maka siren pun berbunyi menandakan waktu utk mandi manda telah tamat, kesemua pserta diminta utk naik ke daratan dan salin pakaian. Kepada sesape yg x makan lagi, kne la gi makan dlu sblm tukar pakaian. He3x...Kitoarng pun tukar pakai baju warna hitam iaitu baju rasmi kelas, sblm tu kan kitaorng pkai baju warna biru gitu...

Bile smua dh siap tukar pakaian, makan n rehat, maka majlis pnutup hari keluarga JKS pun berlangsung, kali ni tetamu yg hadir adalah Tuan Timbalan Pengarah IPG KDRI iaitu Tuan Haji Shaipullah Bin Haji Awang Ibrahim mewakili tuan Pengarah IPG KDRI yang tidak dapat hadir atas sebab kerja luar. Sambil2 majlis ni diadakan, cabutan bertuah telah diadakan dan dicabut oleh pensyarah dan timbln pngarah. Ramai jugak yang dapat hadiah, he3x... Gambar di bwah ni menunjukkan KJ (Ketua Jabatan) JKS tengah mmberikan ucapannya, banyak gak amanat yg diberikan, trutama bkaitan dengan hubungan persaudaraan diantara smua unit yg ada.... x kira KS atau PSV...

Lepas tu tibalah upacara perasmian penutup oleh Tuan Timbalan Pengarah, Tuan Haji Shaipullah Bin Haji Awang Ibrahim, mewakili Tuan Pengarah IPG KDRI. Ucapannya serba ringkas tetapi pnuh dgn amanat yg bermakna kepada ktiaorg smua...

Gambar di bawah ni mnunjukkan upacara cabutan bertuah untuk pensyarah, Cik Nurhijrah menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pensyarah yg bertuah iaitu Encik Sam unit Muzik, he3x...

Gambar ni bawah ni menunjukkan our beloved KU, Pusparajan A/L Thiagarajan yg menerima cenderamata yg dsampaikn oleh Tuan Timbln Pngarah, stiap unit dapat hadiah ni sbgai tanda terima kasih dari pihak urusetia program kepada sesiapa sahaja yg tlibat menjayakan program yg pnuh kenangan & gemilang ini...


Maka setelah lebih kurang 20 minit majlis perasmian penutup berlangsung, maka tamatlah sudah program Hari Keluarga Jabatan Kajian Sosial 2011 di Lata Belatan. Maka kitaorng pun berkemaslah utk pulang ke IPG menaiki 3 buah bus yg sama iaitu bus IPG gk. Sampah sarap dikutip untuk memastikan kelestarian alam sekitar sentiasa dijaga dan terpelihara. Klu x kite yg jaga alam ni, sape lagi kan. Gambar bawah ni lak menunjukkan 3 dara pingitan terengganu ngah posing di atas jambatan gantung sebelum bertolak balik ke IPG. Dari kiri Aishah, Syuhada & Mimiy.

Sebelum naik bus balik ke IPG, kitaorng sempat solat zuhur di surau yg disediakn di Lata Belatan ini. Lepas slesai solat zuhur, kitaorng pun balik ke IPG sme2, he3x... menaiki bus WCM (Wan Che Muda) skali lagi dengna driver pun sme gk, he3x...

Setelah sejam lebih perjalanan, maka ktiaorng pun tibalah di IPG dengan keadaan badan yg lenguh2 dan letih. Dalam perjlanan tdi pun rmai yg tertidur, tmasuk gk admin yg mengupdatekn blog nih, kne rehat scukupnya sbb pd malamnya pula ader latihan senamrobik lak, he3x...

Alhamdulillah akhirnya selamat tibe ke IPG dengan jayanya, sesungguhnya Sambutan Hari Keluarga JKS 2011 kali ni memang meriah dngan pelbgai aktiviti yg mnyeronokkan dan sudah semestinya terpahat dalam ingatan kami, Semoga dengan berlangsungnya program ini, kitaorng akn smkin rapat dan mengenali antra satu sama lain, insyallah...


SAMBUTAN HARI KELUARGA
JABATAN KAJIAN SOSIAL
IPG KDRI 2011
19 FEB 2011

1 komen:

Anonymous at: March 31, 2011 at 9:20 AM said...

im pleased to see u happy.do tc. :)

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +