+ KaJiaN SoSiaL +

PeRTaNDiNGaN MeNCiPTa BLoG AnTaRa UNiT

| 05 March 2011
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera salam 1Malaysia semuanya. Terima kasih kami ucapkan atas jasa baik kalian yang sudi menyokong blog kami dengan berkunjung ke teratak kami ini, diharapkan agar perkongsian ini akan memberikan manfaat kepada kita semua kerana setiap aktiviti yang kami adakan dan sertai akan dikongsi di sini. Dari sini kita dapat mengeratkan ukhuwwah antara satu sama lain tanpa mengira batasan negeri, IPG, kaum, agama dan apa sahaja yang menjadi sempadan maya dalam menjalani agenda sosialisasi sesama kita. Sehingga saat ini, seramai 4173 pengunjung telah sudi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial Sem 1/2011 ini. Syukran jazilan, gracias & arigato diucapkan kepada semua yang sudi berkunjung.

Sebenarnya baru2 ini Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG KDRI melalui Biro Komputer JPP telah mengadakan PERTANDINGAN MENCIPTA BLOG ANTARA UNIT 2011 yang diumumkan melalui pengedaran risalah olej JPP. Admin telah menerima risalah ini dari rakan sekelas sewaktu selesai menjalani test subjek PKK di Dewan Al-Farabi pada 4 Mac 2011 (Khamis) baru2 ini. Alhamdulillah kerna kelas kami iaitu PISMP Kajian Sosial telah mempunyai blog seawal sem PPISMP lagi. Diharapkan agar penyertaan kami di dalam pertandingan ini akan mewujudkan persaingan yang amat sihat dan cerdas dalam kalangan unit lain jugak. Sebab tujuan utama pertandingan ini ialah untuk berkongsi pelbagai informasi kelas dengan sesiapa sahaja yang sudi berkunjung ke blog kami. Mulai bulan ni maka blog kami akan diperhatikan untuk dinilai markahnya berdasarkan entry yang dimasukkan. Diharapkan agar blog ini akan menjadi antara blog perhatian oleh pihak penilai, he3x...

Dilampirkan di post kali ini ialah risalah edaran dari Biro Komputer JPP mengenai Pertandingan Mencipta Blog Antara Unit 2011 ini. Turut disertakan adalah syarat-syarat penyertaan antaranya ialah domain bagi blog hendaklah menggunakan domain .blogspot sahaja. Alhamdulillah sejak dari awal penubuhan blog ini, kitaorng memang mnggunakan blogspot ekoran kemudahan yang pelbagai bagi membina blog ini. Semoga semuanya berjalan dengan lancarnya, insyallah amiin... Buat pembaca/pengunjung teratak PISMP KS Sem 1/2011 ini, doakan kejayaan kami dalam pertandingan Mencipta blog antara unit 2011 ini, amiin...
Wslm & salam sejahtera.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +