Assalamaulaikum w.b.t. & salam sejahtera kami ucapkan kepada kalian smua yg sudi berkunjung ke Teratak PISMP Kajian SOsial Semester 1/2011 ini. Semoga kehidupan kita sentiasa ceria disamping insan yang amat kita kasihi dan sayangi buat selamanya iaitu family tercinta. Pada kali ini kami ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA kepada sesiapa sahaja yang di dalam kad pengenalannya tertera perkataan PEREMPUAN di bawah gambar passportnya. Tidak kira anda seorang nenek, moyang perempuan, ibu, ibu tiri, ibu angkat, ibu susuan, isteri, tunangan perempuan, adik perempuan, anak perempuan, adik angkat perempuan, anak saudara perempuan, ibu saudara perempuan atau sesiapa sahaja yang terdapat perkataan PEREMPUAN di hujung pangkalnya, kami unit PISMP Kajian Sosial Sem 1/2011 mengucapkan selamat menyambut hari wanita. Walaupun mungkin tersasar sedikit dari tarikh sebenar sambutan hari wanita iaitu pada 8 Mac setiap tahun. Namun dikesempatan ini kami ini mengucapkannya kepada anda kerna anda adalah pelengkap kepada dunia ini terutama kepada golongan Adam. Tanpa kalian sebagai perempuan, kehidupan seorang insan Adam tidak akan sempurna kerna Hawa dan Adam itu saling melengkapi antara satu sama lain. Tanpamu Hawa, tiadalah erti kebahagiaan kasih sayang antara insan bergelar suami isteri.
Tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncangkan dunia, itulah ungkapan yg selalu kita dengar. Dan sememangnya begitulah yang terjadi kepada kehidupan manusia semenjak dari dahulu kala lagi, tanpa wanita mungkin tidak akan muncul wira2 dunia dari kaum Adam. Rasullullah S.A.W juga mempunyai hawa di sisi Baginda iaitu Saidatina Khadijah R.A. Saidatina Khadijahlah yang sentiasa bersama Rasullullah sewaktu suka dan duka Baginda. Sewaktu Baginda menerima wahyu daripada Allah Taala, Saidatina Khadijahlah yang sentiasa di samping baginda menenangkan perasaan baginda yang sedang gundah gulana. Sungguh besar perananmu wahai wanita. Semoga dengan sambutan hari wanita ini, kalian akan lebih berbangga dilahirkan sebagai wanita kerana 1001 kelebihan yang kalian terima daripada Allah Taala. Jangan kalian melampaui batas dalam meminta hak yang tidak berhak kamu miliki atas syariat yang telah Allah Taala turunkan. Semoga kalian akan semakin maju sebagai penghias dunia yang paling berharga untuk dimiliki seorang insan bergelar sang Adam.
Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah wujudnya Hari Wanita Antarabangsa yang begitu tragik, sila layari http://elaksamana.blogspot.com , wslm

0 komen:
Post a Comment