+ KaJiaN SoSiaL +

SeLaMaT KeMBaLi ke IPG KaDRI

| 26 March 2011
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera serta salam 1Dunia buat kalian smua, apa khabar semua? Terutama sesiapa sahaja yang bergelar guru pelatih PISMP Semester 1/2011 dari IPG seluruh Malaysia, sudah pasti anda semua baru sahaja menamatkan Penilaian Berasaskan Sekolah di sekolah idaman masing-masing bukan. Pastinya ramai yang membuat PBS di sekolah berdekatan rumah kan? Namun ada jugak segelintir yg berpakat dengan kawan2 untuk melakukan PBS bersama di sekolah, tidak lupe juga sesiapa yang melakukan PBS berseorangan di sekolah mana2 pun termasuk juga di sekolah dekat rumah atok, nenek, kawan, mak/bapa saudara dan sebagainya. Yang penting kita semua selamat kembali ke IPG untuk meneruskan pembelajaran setelah selamat menjalani PBS di sekolah masing-masing. Diharapkan agar kita semua sentiasa didalam RahmatNya dalam meniti kehidupan di dunia sebagai khalifah Allah S.W.T. Dengan ini kami guru pelatih PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 ingin mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE IPG : SEMOGA BERJAYA MENEMPUH KEHIDUPAN SEBAGAI BAKAL PENDIDIK buat kalian semua. Sesungguhnya kalian adalah aset negara yang paling penting dalam membangunkan negara dari pelbagai aspek terutama aspek pendidikan duniawi dan ukhrawi. Semoga kalian berbahagia selalu.
Wslm.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +