+ KaJiaN SoSiaL +

PRoGRaM AnaK AngKaT Kg. LuBuK LeSuNG

| 19 April 2011
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera salam 1Malaysia kepada semua yg sudi berkunjung ke teratak PISMP Kajian Sosial yang insyallah bermanfaat ini, semoga smuanya dlm rahmatNya, insyallah... Maaflah kerna kami x sempat mengupdate blog kelas kami ni sbb kami terlampau sibuk dgn pelbgai xtvt yg mmbuatkn kitaorng sbuk ssgt, he3x... baru2 ni kitaorng ader UAK (Ujian Awal Kursus), BIG (Bina Insan Guru) Siri 4, hantar assignment yg btimbun mlah tbaru ni kne wat folio utk bberapa subjek yg perlu dhantar utk dijadikan bahan persediaan seandainya kami diaudit oleh MQA nnt. Begitulah kata lecturer yang penyayang lagi prihatin. Kali ni kitaorng nk berkongsi berkenaan dengan aktiviti kitaorng yg lepas iaitu PROGRAM KHIDMAT BAKTI SISWA di KAMPUNG LUBUK LESUNG, KEMAMAN, TERENGGANU. Program ini merupakan program bagi subjek pengurusan GERKO yang dikelolakan oleh En Zaid dan Pn. Rosnah. Sebenarnya program ini melibatkan 7 unit iaitu unit Kajian Sosial sendiri, BM, Math 1, Math 2, PAI 3, PK dan juga TesL. Program ni bermula pada 31 Mac 2011 sehingga 2 April 2011, iaitu hari khamis, jumaat dan juga sabtu. Program ini sungguh memberikn makna kepada kitaorng sbb kitoarng dpt rasa hidup di kampung, hidup dgn suasana perskitaran yg sungguh nyaman, hidup macam orang kampg, makan makanan org kampg n mcm2 lagi, he3x... Jom kita telusuri bersama aktiviti yg kitaorng hadir, he3x...

PERSIAPAN SEHARI SEBELUM PROGRAM

Sebelum pergi ke program, kitaorng sempat bsiap2 utk program, amik baju program dri En Zaid di wakaf TV kolej kediaman depn bilik penyelia asrama, ambik buku2 yg dihadiahkan oleh Yayasan Islam Terengganu dan berbincang ttg progrm yg akn diadakan tak lama lagi.

Si Amsyar ngah membahagikan baju kpd anggota kelas KS, he3x...


BERTOLAK KE LOKASI PROGRAM


Pada pkul 11.30 pagi ari khamis, kitaorng pun bkumpullah di hadapan Dewan Al-Farabi utk bsedia ke program anak angkat ni. Program khidmat bakti ni @ program ank angkat sbnenarnya, he3x... Pada pagi yg panas tu, maka kitoarng pun berkumpullah di depn dewan utk berlepas ke lokasi program, he3x..


Kredit for IQBAL, utk gambar2 yg telah beliau amik swaktu program,he3x... kt bawh ni lak smua pserta ngah mndengar penerangan dan taklimat ataupun pesanan terakhir dari Timb. Pengarah IPG KDRI, Encik M. Shaipullah B. Awang Ibrahim di depan dwan sebelum btolak. Kesemua pserta kne beratur ikut kelas utk mndngr taklimt tu.

Maka kitaorng pun btolaklah ke lokasi program. Hepi je smuanya.

Sebelum smpai btul2 ke lokasi, sempt gk kitoanrg singgah di masjid Muktafi Billahshah, makan tengahari n solat bersama-sama. Masjid dia mmg cantik sgt, tpi macm x brape rmai org jer, mugkn kitaong pegi pada wktu yg xder org kot, he3x..


KETIBAAN & MAJLIS PERASMIAN

Alhamdulillah, dlm pkul 3 lebih2 kitaorng pun smpai la di kampung Lubuk Lesung, Kemaman, Terengganu. Smua peserta sempat brehat n letak barang di perkarangan masjid dan bergerak ke hadapan balai raya kg. lubuk lesung. Lepas tu kitaorng pun berehat la di bwh kanopi yg ader disediakan.


Aishah KS bersama S/U Program, he3x... penyambut tetamu la katakan...



Upacara perasmian oleh Wakil MB Trenganu dan dihadiri juga oleh Pengarah IPG KDRI, Encik Mohd Bin Ngah. Walaupun agak lambat VIP dtg, tapi majlis still boleh berjalan dgn lancar dgn dihadiri oleh TV3, RTM, Sinar dan sebagainya. Tapi sygnya xder satu pun masuk berita, akhbar or sbgainya.


Ucapan perasmian oleh wakil MB Trganu dan di bawah ni lak upcara penyerahan anak angkat kpd keluarga angkt secara rasmi.

Pengarah IPG KDRI sedng menyampaikan cenderamata kepada wakil dari KETENGAH.


Tengok kt atas, si Amsyar AJK Rakaman ngah amik video, dia mmg expert giler la amik video n gambar ni, he3x... kt bawah ni lak pengarah IPG KDRI ngah bagi ucapan sempena majlis perasmian Program Anak Angkat Kg. Lubuk Lesung, Kemaman, Terengganu.


Pada Dif jemputan kehormat sedang menikmati jamuan setelah selesai majlis perasmian pembukaan program. Jamuan diadakan di dalam balai raya kg. lubuk lesung. Di bawh ni lak En. Zaid, pensyarah Pengurusan GERKO yg begitu byk membantu sewaktu program.


GOTONG ROYONG KELILING KAMPUNG

Pada keesokan harinya, kitaorng pun ader aktiviti yg tbaru iaitu aktiviti gotong-royong. Aktiviti ni diadakan di sekeliling kampung. Kesemua peserta telah dibahagikan kpd 6 kumpulan besar dan diketuai oleh seorang AJK JKKK Kg. Lubuk Lesung. Semua peserta telah dibawa ke lokasi gotong-royong yg telah ditetapkan dan acara gotong-royong pun bermula.






KELAS BIMBINGAN DI S.K. AIR PUTIH

Sewaktu peserta program lain sibuk mengerjakan gotong-royong, beberapa peserta telah terlibat dengan kelas bimbingan UPSR yang diadakan di SK Air Putih. Kesemua yg tlibat akan berkumpul di hadapan balai raya pada jam 8 pagi dan btolak ke sana jam 8.30 pagi dgn 4 buah kenderaan. Kelas Kitaorng pun tlibat sama utk kelas bimbingan ini. Tapi yang menyedihkan, xder kelas bimbingan Kajian Tempatan, yang ada subjek sains. So kitaorng telah diarahkan oleh AJK Kelas Bimbingan utk mengajar subjek Sains sewaktu aktiviti ni. So dgn berat hatinya kitaorng pun terimalah, he3x... kelas bimbingan ni tamat pada jam 12.30 tengahari, nk dkat2 solat jumaat dh...

Wah2, adib sempat lagi posing dlm kelas time ngajar ek, kt bawah ni lak jamuan yg disediakan oleh pihak skolah kpd kami, mmg sedap n menyelerakan.





SOLAT JUMAAT & AKTIVITI BERSAMA FAMILY ANGKAT

Setelah selesai sesi kelas bimbingan di SK Air Puith dan kegiatan gotong-royong keliling Kg. Lubuk Lesung, maka kitaorng pun berehat la n bsedia utk solat jumaat. Masjid Lubuk Lesung dkat je dgn Balai Raya Kg. Lubuk Lesung, masjidnya xlah bsar sgt sbb penduduknya tidaklah terlalu ramai. Klu dilihat dari masjidnya, kita mugkn menganggapnya sbgai surau je, tpi sbnarnya masjid tau... Lepas je solat jumaat, kitaorng pun menghabiskan masa bersama keluarga angkat. Ader yg sempat di melaawat sekeliling Kg, ader yg smpat gi mandi Air Terjun, ader yg smpat di Memancing n mcm2 lagi tau.












SOLAT BERJEMAAH & JAMUAN OLEH PENDUDUK KAMPUNG

Setelah selesai melakukan aktiviti bersama keluarga, meronda keliling kampung, mandi dan memancing, pada malmnya pula kitaorng telah mengejakan solat maghrib dan isyak secara berjemaah bersama-sama penduduk kampg. Lepas je solat isyak, ader jamuan kecil-kecilan oleh penduduk kampung bersempena solat hajat yang diadakan kerana ada seorang penduduk kampung yg telah selamat membeli sebuah kereta VIVA putih 1000cc. Jadi solat hajat tersebut diadakan utuk keselamatan kereta dan pemandunya, insyallah...


Makan laksa beramai-ramai, yum....yum... besnya...


FORUM ILMIAH & BBQ

Pd malamnya pkul 9.15 malam bertempat di dewan serbaguna balai raya JKKK Kampng Lubuk Lesung, telah diadakan sebuah forum ilmiah yang bertajuk 'MENJAGA TEPI KAIN ORANG'. Ahli panel forum ni terdiri dari 2 org peserta program dri IPG dan seorang penceramah bebas tempatan dari Kg. Lubuk Lesung. Moderatornya pula ialah saudara Kuboq (bukan nama sebenar) dari unit PAI 3.


Lepas hbis Forum ilmiah, diadakan pula majlis cabutan bertuah dan upcara makan malam BBQ. Ayam BBQ telah diperap oleh AJK Makanan pada petagnya dan dibakar pada malamnya oleh unit Math 1 & Math 2. Mereka sememangnya ditugaskn utk mmbakar ayam2 tu. Kitaorng just makan je la, he3x..


Upcara memakan ayam2 BBQ dan meehun yg disediakan, mmg mengenyangkan la, he3x..

Wafiy Hasbullah dgn wajah nervousnya dan kepekatan loghat kelatenya sedang memberikan penerangan sewaktu sesi forum dilaksanakan.


GOTONG-ROYONG MELAPAH DAGING KORBAN

Setelah selesai pada malamnya menjalani aktiviti forum ilmiah dan memakan ayam BBQ beserta meehun best, pada pagi 2 Aprilnya pulak, ktiaorng tlibat dgn aktiviti yg plg bes iaitu melapah daging lembu utk dijadikan hidangan tengahari, he3x... Lembu ni merupakan sponsor dari MB Trganu iaitu Dato' Ahmad Said sendiri. walaupun cuma seekor, tapi nikmat gotong-royongnya memang terasa. Semangat kekampungan terasa dlm diri kami, maklumlah ade sstengahnya (terutama dari unit lain) x pernah lapah lembu pun, apatah lagi melihat daging lembu disembelih. Tapi Pusparajan mmg xleh tengok, dia ni jnis lovely animal skit, he3x... btul ke tak bahasa inggeris pun tak tahu, maen hentam je, he3x... Aktiviti ni bermula pagi2 lagi dlm jam 8.30 gitu la, dan berakhir menjelang tengahari iaitu jam 11.30 kot. Kne cepat2 sbb lpas tu ader majlis pnutup lak, lpas majlis pnutup ader mkan tengahari beramai2 di bawah kanopi depn dewan serbaguna balai raya JKKK kg. Lubuk Lesung.

Upcara memindahkan dging lembu korban dari lori ke kawasan gotong-ryong potong dging. Smua unit tlibat utk aktiviti ni, sbb smua nk mkn dging lepas ni. Sambil2 tu bleh merasa mcm mne potong dging kan, he3x...

Kt bawh ni si Fahmi ngah tekun mengapak tulang belakang lembu, sedap buat sup woo....


Bergotong-royong memotong dging lembu utk dijadikan hidangan makan tengahari. Terasa semangat ukhuwwah diantara penduduk kampung dan peserta yg hadir, he3x...


Dging lembu yg dipotong tdi kni telah siap dimasukkan ke dalam kawah utk dijadikan lauk. Amacam, sedap tak? he3x... memang jarang buleh makan lauk mcm ni tau, klu ader pun kt kenduri jer, he3x..



MAJLIS PENUTUP PROGRAM

Setelah selesai upcara bergotong-royong melapah dging lembu dan dimasukkan ke dlm kawah, kitaorng pun balik umah fmaily angkt msing2 n siap2 utk majlis pnutup lak. Majlis pnutup dijangka jam 12.30 tengahari. Maka semua peserta termasuk parent angkat telah bersiap2 utk menghadiri majlis ni. Perasmian penutup pada kali ni akan dirasmikan oleh Pengarah KETENGAH, dan turut dihadiri oleh Timb. Pengarh IPG KDRI, dif2 jemputan dari KETENGAH dan Majlis Daerah Kemaman sendiri. Sungguh meriah sbb rmai yg dtg, tambahan pula kebanyakan yg datang adalah dif jemputan penting smuanya.

Ucapan perasmian penutup program khidmat bakti siswa kg. lubuk lesung oleh pengarah KETENGAH. Bawah ni lak menunjukkan our KU ngah trima sijil penghargaan dari pengarah KETENGAH. Pusparajam A/L Thiagarajan. The only one indian male in our batch.


BERTOLAK PULANG KE IPG

Setelah selesai majlid perasmian penutup, penyerahan kembali anak angkat kepada Timb Pngarah IPG KDRI, maka berakhirlah dia program khidmat bakti siswa Kg. Lubuk Lesung. Setelah selesai majlis, para hadirin telah dijamu dengan sedikit jamuan tengahari yang telah sama2 diusahakan pada paginya. Sesi penggambaran diantara anak angkat dan family angkt juga diadakan utk mengabadikan kenangan bersama. Lepas tu, masing-masing telah berkesempatan utk bersalaman sebelum menaiki bas utk bertolak pulang ke IPG. Pada jam 3 petang, maka ketujuh-tujuh unit termasuk unit Kajian Sosial telah menaiki bas dan bertolak ke IPG. Perjalanan yg mengambil masa selama 3 jam telah membuatkan kitaorng smua tido sepanjng perjalanan, mungkin akibt letih kot, he3x....

Asilah sedang mengucup pipi ibu angkatnya sewaktu bersalaman perpisahan. Kelihatan seorang ibu angkat tidak mampu membendung air matanya dari terus mengalir.

Walaupun kelihtan ceria utk pulang, di dalam hati mereka tetap terasa kesedihan perpisahan dengan keluarga angkat masing-masing.

Sempt mengabadikan kenangan bersama family angkt sebelum menaiki bas bertolak pulang ke IPG KDRI di KT.


Lagak gangster KS vs PAI 3, he3x.... dari kiri Rain Johor, Syafick Pahang, Pusparajan Sungai Petani dan Mat Ariep Kelate. Sungguh stylo lagi bergaya.



PROGRAM BAKTI SISWA
KAMPUNG LUBUK LESUNG,
KEMAMAN, TERENGGANU

31 MAC 2011 - 2 APRIL 2011
PISMP KS SEM 1/2011

1 komen:

{ Unknown } at: March 21, 2014 at 11:34 PM said...

masih ad no jkkk kg tak ? kalau ada mohon share

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +