+ KaJiaN SoSiaL +

DraF aWaL JaDuaL PePeRiKSaaN Sem 2/2011

| 22 October 2011
Klik Untuk Besarkan Jadual di Bawah ni

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung lagi ke teratak terindah PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 ini. Apa khabar kalian smua? Diharapkan semuanya dalam keadaan sihat walafiat hendaknya sebab tak lama lagi kesemua guru pelatih PISMP & PPISMP di IPG seluruh Malaysia akan menghadapi peperiksaan akhir smester. Apa yang menariknya penilaian di IPG sebenarnya tidak tertakluk kepada kertas dan pen semata-mata kerana klu nak jadi cikgu setakat ilmu silibus shj tak memadai. Sebab tu ada markah dikira berdasarkan sahsiah, penglibatan dalam aktiviti tertentu, penganjuran dan pengurusan sesuatu program dan sebagainya. Jadi kalau nak jadi cikgu ilmu pengetahuan memang kne ada + sahsiah/akhlak diri yang baik + kemahiran komunikasi yg baik dgn masyarakat + ilmu pengurusan/pengendalian program yang sukses = baru boleh jadi cikgu yang berjaya. Klu tak memang jdi cikgu yang makan gaji buta la. Secara ringkasnya jadual di atas boleh diekstrak menjadi data seperti di bawah :

10/11 (Khamis - 2.30 ptg) : Murid & Alam Belajar (EDU 3103)
15/11 (Selasa - 8.30 pg) : Perkembangan Sejarah Negara (PSS 3103)
16/11 (Rabu - 8.30 pg) : Geografi Persekitaran (PSS 3104)
17/11 (Khamis - 2.00 ptg) : Pendidikan Jasmani (PJM 3102)


Ada orang kata belajar di IPG xlah seteruk dan sepayah belajar di IPTA/IPTS. Tapi boleh atau tidak jika kami ingin katakan bahawa belajar untuk menjadi cikgu di IPG lebih sush dari belajar menjadi cikgu di IPTA/IPTS yang hanya berkuliah shj? Memang xleh nak dibandingkan kepayahan belajar di IPG dgn kepayahan belajar di IPTA/IPTS sbb IPG mmg dikhaskn utk jadi cikgu, kluar2 je trus kne mengajar n xleh berpindah ke opsyen lain slagi blum hbis kontrak 10 tahun di KPM. Klu belajar di IPTA/IPTS mmg course tu pendidikan (education) tapi keluar blum tentu dpt jadi cikgu kcuali individu yg dh dapat biasiswa KPM. Kami di IPG juga dilatih btul2 mcm cikgu, kne ikut & tahu peraturan2 di sekolah, sistem pengajaran di sekolah, tiap2 semester wjib turun ke sekolah untuk belajar ilmu mengajar n mcm2 lagi la. Hanya pelajar IPG tahu betapa sushnya nk jdi cikgu ni. So kepada semua guru pelatih di seluruh IPG di seluruh Malaysia, kami dari PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan akhir semester. Walaupun jadual di atas ni hanya draf/cadangan pertama utk jadual peperiksaan, better klu kite amik langkah study awal utk elakkan berserabut pada malam peperiksaan. So, GOOD LUCK !
Wassalam


1 komen:

Anonymous at: November 3, 2011 at 12:16 AM said...

soalan spot xde ke??hehe...

Post a Comment

 

Copyright © 2010 .+ KaJiaN SoSiaL +